Mohon Pelbagai Kerja Kosong Di Husm Tahun 2022
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
Permohonan kerja kosong bagi pelbagai jawatan di HUSM bagi Tahun 2022 telah dibuka! Untuk pengetahuan semua, pada tahun ini ada banyak jawatan kosong yang ditawarkan kepada mereka yang layak dan berminat. Untuk memastikan permohonan anda diterima, sila pastikan anda membuat permohonan bermula pada 18 April 2022 atau tarikh paling akhir ialah 27 April 2022.
Bagi yang mencari info lengkap, kami akan terangkan beberapa perkara kepada anda disini dimana anda perlu tahu dan baca Surat Siaran Iklan mengikut jawatan yang disediakan dan Cara Permohonan Kerja Kosong mengikut jawatan yang ingin dipohon.
Surat Siaran Iklan Bagi Pelbagai (22) Jawatan Yang di Sediakan
Kepada semua yang berminat untuk memohon mana-mana kerja kosong di pelbagai jawatan yang ditawarkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) ini boleh mendownload Surat Siaran Iklan Jawatan Kosong yang telah disenaraikan di bawah.
Apa Details Yang di Kongsikan di Dalam Surat Siaran Iklan Tersebut?
Untuk pengetahuan semua, di dalam surat iklan tersebut anda akan diberikan pelbagai info jawatan yang dipohon seperti :
Detail Jawatan
Jadual Gaji & Pelbagai Imbuhan Berkaitan
Syarat-syarat Lantikan
Taraf Jawatan
Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Ringkasan Tugas
Bagaimana Cara Download Surat Siaran Iklan Jawatan Kosong di HUSM Tahun 2022?
Mudah sahaja, kepada mereka yang berminat, pastikan anda meneliti pelbagai jawatan yang disediakan dibawah dan tekan butang download di sebelahnya. Anda akan dibawa ke laman document viewer dan disana anda boleh tekan butang download atau view surat siaran tersebut.
KERJA
KOSONG
IKLAN
JAWATAN
PEGAWAI SAINS C41
DOWNLOAD
JURU X-RAY U29
DOWNLOAD
JURURAWAT U29
DOWNLOAD
JURUTEK. MAKMAL
PERUBATAN U29
DOWNLOAD
JURUPULIH PERUBATAN U29
DOWNLOAD
JURUTEK. PERUBATAN U19
DOWNLOAD
PEN. PEG. PERUBATAN U29
DOWNLOAD
PEN. PEGAWAI FARMASI U29
DOWNLOAD
PEMANDU KENDERAAN H11
DOWNLOAD
PEMB. PERAWATAN
KESIHATAN U11
DOWNLOAD
PEMB. OPERASI N11
DOWNLOAD
PEMB. AWAM H11
DOWNLOAD
PEGAWAI FARMASI UF41
DOWNLOAD
PEGAWAI PERGIGIAN UG41
DOWNLOAD
PEN. AKAUNTAN W29
DOWNLOAD
PEMB. MAKMAL C19
DOWNLOAD
PEMB. TADBIR
(KEWANGAN) W19
DOWNLOAD
PEMB. KESIHATAN AWAM U19
DOWNLOAD
PEMB. KEMAHIRAN H19
DOWNLOAD
PEN. PEGAWAI TADBIR N29
DOWNLOAD
PEMB. TADBIR
(PERKERANIAN/OPERASI) N19
DOWNLOAD
PEMB. PENYEDIAAN
MAKANAN N19
DOWNLOAD
*PEMB= Pembantu, PEN = Penolong, PEG= Pegawai
Bagaimana Cara Membuat Permohonan Kerja Kosong di HUSM Bagi Tahun 2022?
Untuk pengetahuan semua pemohon, pada tahun ini permohonan yang dibuat perlulah menggunakan laman web erecruit. Untuk membuat permohonan sila tekan butang yang disediakan disini :
eRecruit (Mohon Kerja di HUSM 2022)
Sila tekan link diatas.
Apakah Perkara-perkara Yang Perlu di Ketahui Oleh Para Pemohon Sebelum Membuat Permohonan?
Kepada semua pemohon erecruit, sila ambil perhatian beberapa perkara seperti berikut :
Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna erecruit.
Staf USM yang sedang berkhidmat dan aktif sila daftar erecruit melalui link STAF USM
Pemohon TIDAK PERLU menghantar sebarang cetakan maklumat yang telah diisi melalui Sistem Erecruit kepada Pihak Bahagian Sumber Manusia USM
Tarikh Permohonan adalah pada 18/04/2022 sehingga 27/04/2022 ;
Sukacita diingatkan bahawa maklumat yang diisi adalah LENGKAP dan BETUL dari segi EJAAN, PERKATAAN DAN NOMBOR.
Ditegaskan bahawa hanya maklumat permohonan yang LENGKAP dan BETUL serta memenuhi syarat skim perkhidmatan sahaja akan dipilih dalam proses penyaringan.
Ditegaskan bahawa hanya calon yang melepasi ujian saringan sahaja akan dipanggil ke sesi temuduga.
Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh enam (6) bulan maka permohonan tersebut dianggap TIDAK BERJAYA.
Apakah Butiran yang Perlu di Isi di Dalam eRecruit?
Sebenarnya ada pelbagai butiran yang perlu di isi dengan tepat dan lengkap oleh para pemohon. Jadi kami nasihatkan agar semua pemohon mengisi semua keperluan wajib yang dinyatakan di dalam laman web erecruit dengan teliti.
Antara yang anda perlu isi ialah :
MAKLUMAT PERIBADI
– Maklumat Peribadi
– Gambar
– Lesen Memandu
– Fizikal & Kesihatan
MAKLUMAT AKADEMIK
– PMR/SRP/LCE
– SPM
– STPM/STP/STAM/HSC
– Peperiksaan Tambahan
– Peringkat Pengajian Tinggi
– Keahlian dalam Badan Profesional Bertauliah
– Sijil / Akademik / Anugerah
MAKLUMAT KEMAHIRAN/PENGALAMAN KERJA
– Pengalaman Kerja
– Ikatan Perkhidmatan
– Kemahiran Bahasa
– Kemahiran Berkomputer/Bakat
MAKLUMAT TAMBAHAN UNTUK JAWATAN AKADEMIK
– Penyelidikan/Penyeliaan/Pengajaran
– Pembentangan Persidangan
– Pengalaman Mengajar
– Penerbitan Jurnal
MAKLUMAT KO-KURIKULUM
– Sukan/Kebudayaan/Persatuan/Kelab
– Rekacipta/Pencapaian
Peluang Kerjaya Yang Wajib di Kejar Oleh Anak Kelantan dan Semua Yang Berminat
Akhir kata, bagi saya peluang yang dibuka oleh pihak HUSM kali ini adalah sangat menarik dan besar. Dikala zaman covid19 yang masih belum selesai ini, ramai yang masih sukar mencari pekerjaan dan ramai juga yang sudah berada di luar negeri Kelantan dan ingin kembali bekerja menabur bakti di negeri sendiri. Tidak kira anda berasal dari mana, saya nasihatkan segera ambil kesempatan ini dan kejar cita-cita anda!
Semoga berjaya!
MOHON PELBAGAI (22 JAWATAN) KERJA KOSONG DI HUSM TAHUN 2022
3,198,047 people
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2022/04/kerja-kosong-husm-2022.html