Exam Pegawai Imigresen Gred Kp19 Tahun 2022 Spa


Exam Pegawai Imigresen KP19 Tahun 2022 SPA. Adakah anda dipanggil menduduki Peperiksaan Online PSEE Pegawai Imigresen Gred KP19 pada 7 April, 12 April & 14 April 2022 ini? Saya ucapkan Tahniah! Kamu semua adalah antara calon yang telah berjaya dalam tapisan awal pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk menjawat jawatan ini.



Pegawai Imigresen Gred KP19 ini akan ditempatkan di Jabatan Imigresen Malaysia. Sebelum anda dilantik ke jawatan tetap Pegawai Imigresen KP19, anda perlu melalui 2 saringan awal. Iaitu Peperiksaan Online PSEE kemudian baru lah anda dipanggil ke sesi temuduga.
Secara ringkasnya, laluan anda untuk jawatan Pegawai Imigresen KP19 ini adalah:
Lulus Peperiksaan >>> Lulus Temuduga >>> Lantikan Tetap
Peperiksaan ini hanya peringkat pertama untuk anda. Anda perlu LULUS peperiksaan ini jika mahu dipanggil ke sesi temuduga.


Format Exam Pegawai Imigresen Gred KP19

Sejak 2019, pihak SPA mewajibkan semua jawatan untuk menduduki peperiksaan terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk menapis dan menilai sejauh mana kebolehan calon menyelesaikan ujian yang diberikan.
Untuk peperiksaan kali ini, calon diwajibkan menjawab 2 bahagian iaitu:

Seksyen A – Daya Menyelesaikan MasalahSeksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris


Penerangan Format Exam Pegawai Imigresen KP19

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.
Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.
Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.


Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Imigresen KP19
Untuk membantu anda membuat persiapan awal sebelum menduduki peperiksaan online SPA. Pihak Kerjayasafety.com dengan ini, memberikan anda 20 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah iaitu Soalan Matematik dalam peperiksaan SPA nanti.
Berikut adalah soalan-soalan Daya Menyelesaikan Masalah/Matematik:
1. Sebuah gerai menjual 1,236 biji buah-buahan. 38% ialah buah nanas dan 15% ialah buah jambu. Berapakah bilangan buah-buahan selain nanas dan jambu?
A) 470
B) 581
C) 766
D) 786


Cara Penyelesaian:
38% + 15% = 53%
100% - 53% = 47%
1236 X 47% = 580.92 = 581


2. Sebuah peti sejuk menyimpan air minuman berbotol pelbagai saiz iaitu 75 botol berisi padu 1,500 ml, 65 botol berisi padu 750 ml dan 35 botol berisi padu 250 ml. Berapakah jumlah kandungan air minuman yang tersimpan didalam peti sejuk tersebut?
A) 112.50 liter
B) 160 liter
C) 161.25 liter
D) 170 liter


Cara Penyelesaian:
1500ml = 1.5L X 75 = 112.5L   
750ml = 0.75L X 65 = 48.75L
250ml = 0.25L X 35 = 8.75L
Maka,
112.5 + 48.75 + 8.75 = 170L


3. Jika 80 bungkus roti berharga RM288 dan 50 bungkus biskut berharga lebih RM 50 daripada harga 50 bungkus roti tersebut, berapakah jumlah harga bagi 100 bungkus roti dan 200 bungkus biskut?
A) RM1008
B) RM1280
C) RM1568
D) RM1640


Cara Penyelesaian:
288/80 = 3.60/ roti
3.60 X 50 = 180 (50 roti)
180 + 50 = 230
RM230/50 = RM4.60/biskut
RM3.60 X 100 = RM360
RM4.60 X 200 = RM920
Maka,
RM360 + RM920 = RM1280


4. Antara berikut nombor yang manakah BUKAN kuasa dua sempurna bagi satu nombor?
A) 1600
B) 1861
C) 1849
D) 1936


Cara Penyelesaian:
√1600 = 40
√1861 = 43.13
√1849 = 43
√1936 = 44


5. Hasil jualan roti Amin ialah 24% lebih tinggi daripada hasil jualan biskut Amran. Berapakah beza hasil jualan mereka berdua jika hasil jualan biskut Amran berharga RM5,650?
A) RM1,356
B) RM2,712
C) RM4,294
D) RM7,006


Cara Penyelesaian:
24 / 100 X 5650 = 1356
AMIN : 1356 + 5650 = 7006
AMRAN: 5650
Maka,
7006 – 5650 = 1356


6. Sejumlah 9,780 bungkus roti dibahagikan kepada dua bahagian yang sama banyak. Bahagian pertama akan diagihkan samabanyak kepada 14 kedai di Bandar Q. Bahagian kedua pula diagihkan sama banyak kepada 8 kedai di Bandar R. Berapakah jumlah baki bungkusan roti yang tidak dapat diagihkan?
A) 2
B) 4
C) 6
D) 8


Cara Penyelesaian:
9780/2 = 4890
4890/14 = 349
4890/8 = 611
349 X 14 = 4886
611 X 8 = 4888
Maka,
9780 – 4886 – 4888 = 6


7. Berapakah jumlah luas permukaan bagi sebuah kubus yang mempunyai ukuran panjang setiap sisinya ialah 28cm?
A) 3136cm²
B) 4704cm²
C) 21,952cm³
D) 21,956cm³


Cara Penyelesaian:
L = 6 X S²
   = 6 X 28 X 28
   = 4704


8. Sebuah van membawa 3 jenis makanan yang kesemuanya berjumlah 1580 bungkus. 1/6 daripada jumlah tersebut adalah bungkusan roti dan 2/5 adalah bungkusan kek. Berapakah bilangan bungkusan biskut?
A) 685
B) 895
C) 1.520
D) 1,580


Cara Penyelesaian:
1/6 X 1580 = 263.3
2/5 X 1580 = 632
T = 895.3
Maka,
1580 – 895.3 = 684.7 = 685


9. Segulung tali berukuran 35cm panjang akan digukanan untuk mengikat beberapa karung buah-buahan. Berapakah bilangan karung yang maksimum dapat diikat jika sebuah karung memerlukan 75cm tali?
A) 5
B) 15
C) 46
D) 47


Cara Penyelesaian:
75 cm = 0.75 m
35 m / 0.75 m = 46.67= 47 karung


10. Pendapatan Amin ialah RM8,550.00 sebulan. Dia membelanjakan 2/3 daripada gajinya. Dia memberi 1/5 daripada baki gajinya kepada isteri dan selebihnya disimpan. Berapakah jumlah simpanan tersebut?
A) RM1,010
B) RM1,120
C) RM2,240
D) RM2,280


Cara Penyelesaian:
8550 X 2/3 = 5700
8500 – 5700 = 2850
1/5 X 2850 = 570
4/5 X 2850 = 2280


11. {550, 400, 250, 100, -50, X}. Apakah nilai X?
A) -5
B) -100
C) -150
D) -200


Cara Penyelesaian:
550 – 400 = 150
400 – 250 = 150
250 – 100 = 150
100 – 150 = -50
Maka,
-50 – 150 = -200


12. Perjalanan sebuah kereta dari Bandar Q ke Bandar R mengambil masa 2 jam 30 minit. Berapakah purata kelajuan kereta tersebut jika jarak perjalanan yang dilalui ialah 210km?
A) 68 km/j
B) 75 km/j
C) 84 km/j
D) 91 km/j


Cara Penyelesaian:
210 km / 2.5 jam = 84 km/j


13. Amin masuk ke dalam lif di tingkat Q, lif itu naik sebanyak 9 tingkat, kemudian turun ke bawah sebanyak 7 tingkat dan naik semula 5 tingkat dan tiba di tingkat 12. Apakah tingkat Q?
A) 5
B) 8
C) 9
D) 10


Cara Penyelesaian:
Tingkat 9 – 7 = 2
Tingkat 2 + 5 = 7
Tingkat 12 -7 = 5


14. Sepokok jambu serentak, berapakah jumlah jisim (dalam unit kilogram) buah yang dihasilkan semusim jika purata sebiji buah jambu itu ialah 185g?
A) 3,700kg
B) 20,000kg
C) 27,000kg
D) 37,000kg


Cara Penyelesaian:
1g = 0.001kg
185g = 0.185kg
0.185kg X 80 = 14.8kg
14.8kg X 250 pokok = 3,700kg


15. 4/9  daripada sejumlah bilangan buah-buahan yang dijual di suatu gerai adalah buah tembikai 1/4 adalah buah cempedak manakala selebihnya ialah 275 biji buah nanas. Berapakah bilangan buah tembikai?
A) 225
B) 275
C) 400
D) 900


Cara Penyelesaian:
4/9 + 1/4 = 25/36
16/36 + 9/36 = 25/36
36/36 – 25/36 = 11/36
11/36 = 275
275/11 = 25
Maka,
25 X 16 = 400


16. Sebatang biskut dibahagikan mengikut nisbah 8:5:3. Didapati bahagianyang paling sedikit berjumlah 24 keping. Berapakah jumlah biskut didalam balang tersebut?
A) 84
B) 104
C) 128
D) 384


Cara Penyelesaian:
8 : 5 : 3
Jumlah keeping = 24
24/3 = 8
Maka,
3 X 8 = 24
5 X 8 = 40
8 X 8 = 64
Jumlah: 24 + 40 + 64 = 128


17. Antara berikut manakah yang BENAR?
A) 0.31 km bersamaan 301 m
B) 1.14 km bersamaan 1140 m
C) 4.5 km bersamaan 450 m
D) 1.25 km bersamaan 12500 m


Cara Penyelesaian:
1 km = 1000 m
1.14 km X 1000 = 1140 m


18. Bagi set data (33, 35, 32, 36, X, 37, 36, Y) mempunyai min data 35.75. Apakah nilai X jika Y = X + 7?
A) 33
B) 35
C) 70
D) 77


Cara Penyelesaian:
Y = X + 7
   = 35 + 7
Y = 42
Maka,
33, 35, 32, 36, 35, 37, 36, 42 = 286/8 = 35.75


19. Amin mula melayari internet pada jam 1945. Dia melayari internet selama 2 jam 15 minit dan berehat sebentar selama 1/3 jam sebelum memulakan pemantauan di pasar mala. Bilakah dia akan mula melakukan pemantauan tersebut?
A) 2115
B) 2120
C) 2220
D) 2235


Cara Penyelesaian:
19 45 + 02 15 = 21 60 = 22 00
1/3 X 60 m = 20 minit
Maka, 
22 00 +  20 minit = 22 20


20. 45 minit 35 saat + 55 minit 45 saat + 15 minit = ?
A) 1 jam 16 minit 00 saat
B) 1 jam 20 minit 00 saat
C) 1 jam 55 minit 20 saat
D) 1 jam 56 minit 20 saat


Cara Penyelesaian:
45 minit 35 saat + 15 minit = 60 minit 35 saat = 1 jam 35 saat
55 minit 45 saat + 35 saat = 55 minit 80 saat
55 minit + 1 minit = 56 minit
80 saat – 60 saat = 20 saat
Maka,
1 jam 56 minit 20 saat


Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pegawai Imigresen KP19
Sekiranya kamu nak dapatkan contoh soalan Kefahaman Bahasa Inggeris untuk Pegawai Imigresen Gred KP19 ini, anda boleh dapatkan Ebook Exam Pegawai Imigresen Gred KP19 dibawah ini:




4 Sebab Kenapa Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA
1. Ramai Calon Tak Tahu Format Peperiksaan
Antara sebab calon tidak dapat menjawab soalan kerana mereka tak tahu format peperiksaan. Bila tak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi.  
2. Masa Menjawab Tak Cukup 
Menjawab 20 soalan dalam masa 25 minit mungkin cukup, tetapi bagaimana jika anda langsung tak tahu format dan tiada persediaan awal? Satu soalan matematik memakan masa beberapa minit untuk selesaikan, anda harus tahu formula dan cara penyelesaiannya untuk jawab dengan betul.
3. Tak Tahu Nak Buat Persediaan Macam Mana 
Peperiksaan online PSEE ada 2 jenis. Peperiksaan Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris berbeza dengan Ujian Psikometrik! Kalau anda tak tahu bentuk soalan setiap bahagian ini, mesti anda akan terkejut masa menjawab nanti.
4. Perlu Faham Setiap Seksyen
Seperti yang kami terangkan diatas, setiap bahagian seksyen itu mempunyai tujuannya. Pengetahuan am merupakan isu dan pengetahuan tentang Kementerian/Jabatan terbabit. Manakala, daya menyelesaikan masalah adalah soalan matematik, dan kefahaman Bahasa inggeris adalah soalan dalam bahasa inggeris. Anda perlu fokus dengan soalan yang bakal ditanya, kebanyakkan soalan matematik tahap SPM je. 


Dapatkan Rujukan Peperiksaan Pegawai Imigresen KP19
Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.
Apa yang anda akan dapat dalam Pakej Rujukan Pegawai Imigresen KP19 ini? 

EBOOK RUJUKAN PEPERIKSAAN PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP19 Ebook Haluan KerjayaEbook 13 Strategi KerjayaEbook Penampilan TemudugaEbook Rujukan Pantas ResumeEbook Template ResumeEbook Latih Tubi Daya Menyelesaikan Masalah & Kefahaman Bahasa Inggeris (Pakej Paltinum & Pakej Gold)
Terus dapatkan dibawah….

[ KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN ]

P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!
Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan Pegawai Imigresen KP19 nanti. Terima kasih kerana membaca artikel Exam Pegawai Imigresen Gred KP19 Tahun 2022 SPA ini.
Semoga berjaya!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kerjayasafety.com/2022/04/exam-pegawai-imigresen-gred-kp19-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peluang Kerjaya Di Malaysia Airlines Tahun 2022 L Gaji Sehingga Rm5 370

Peluang Kerjaya Di Malaysia Airlines Tahun 2022 L Gaji Sehingga Rm5 370

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 443 hits
Peluang Kerjaya Di Malaysia Airlines Tahun 2022 Gaji Sehingga RM5 370 Syarikat penerbangan milik kerajaan Malaysia iaitu Malaysia Airlines telah membuka jawatan kosong terbuka kepada rakyat Malaysia Permohonan kini boleh dimohon di laman ra...
Pakej Buffet Ramadan The Haven All Suite Resort Ipoh Tahun 2022

Pakej Buffet Ramadan The Haven All Suite Resort Ipoh Tahun 2022

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 298 hits
Pakej Buffet Ramadan The Haven Resort Ipoh Tahun 2022 Assalamualaikum dan salam sejahtera Sedar tak sedar berbaki lebih kurang satu minggu sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan mulia bulan Ramadan Bulan Ramadan adalah bulan dimana uma...
Cara Tukar Transaksi Limit Maybank2u Untuk Tahun 2022

Cara Tukar Transaksi Limit Maybank2u Untuk Tahun 2022

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 243 hits
Jika anda inginkan transaksi yang lebih banyak anda boleh ubah atau tukar limit sebenarnya Jadi ikuti langkah ini cara tukar had atau transaksi limit Maybank2u terbaru untuk tahun 2022 Setiap bank ada mengehadkan transaksi atau pindahan wan...
Perdana Menteri Umum Bantuan Rm500 Tahun 2022 Untuk Rakyat Malaysia

Perdana Menteri Umum Bantuan Rm500 Tahun 2022 Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 274 hits
Berita baik untuk semua penjawat awam yang Gred 56 dan ke bawah kerajaan akan memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada mereka yang terlibat Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini bantuan Khas Aidilfitri ini Siapa Layak Terima...
Permohonan Bantuan I Fitri Rm250 Rm400 Bagi Negeri Terengganu Tahun 2022

Permohonan Bantuan I Fitri Rm250 Rm400 Bagi Negeri Terengganu Tahun 2022

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 249 hits
Permohonan Bantuan I Fitri RM250 RM400 Bagi Negeri Terengganu Tahun 2022 Kerajaan Terengganu baru sahaja mengumumkan pengumuman terbaru berkenaan Bantuan bagi Bantuan dana raya iaitu i Fitri yang bernilai RM56 juta akan dibayar kepada 148 7...
Rpt Tahun 1 Hingga Tahun 5 Semakan Terkini Sesi Persekolahan 2022 2023

Rpt Tahun 1 Hingga Tahun 5 Semakan Terkini Sesi Persekolahan 2022 2023

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 324 hits
Assalamualaikum dan Salam SejahteraSeperti yang dijanjikan Cikgu Jumrah akan kongsikan Rancangan Pengajaran Tahunan bagi sesi persekolahan 2022 2023 untuk Tahun 1 hingga Tahun 5 Awat Tahun 6 takda Ada ceq Jangan risau hari tu Cikgu Jumrah d...
10 Bazar Ramadan Terbaik Sekitar Negeri Selangor Tahun 2022

10 Bazar Ramadan Terbaik Sekitar Negeri Selangor Tahun 2022

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 228 hits
Berbuka Puasa dengan Seleksi Makanan Terbaik di Bazar Ramadan Sekitar Negeri Selangor Tentunya kedatangan bulan Ramadan yang mulia kali ini disambut meriah oleh seluruh umat Islam Selain dari memperbanyak amal dan ibadah bulan Ramadan juga ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan