Mohon Bantuan Untuk Keluarga Ira
Pada 4 April 2020 dulu masa awal Covid 19 saya pernah bantu keluarga muda empat beranak ini yang tinggal di rumah keluarga sebelah isteri di Cabang Tiga Rantau Panjang, Kelantan.
Ira @ Siti Hajar, isteri kepada Faiz @ Mohd Izlan, oku cacat penglihatan. Suami tidak dapat @ pernah bekerja. Hanya dia yang berkerja 2 hari seminggu sebagai pembantu gerai pasar malam setiap Jumaat dan Sabtu. Kerja dua hari dapat gaji RM50. Selain duit bantuan JKM sebanyak RM250 sebulan yang diterima suami.
Saya dihubungi Ira sendiri beritahu mereka putus makanan akibat tiada pendapatan kerana tidak dapat bekerja bila pasar malam dilarang beroperasi.
Dalam masa sama mereka sekeluarga semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi boleh dikatakan jarang mendapat bantuan sama ada makanan atau bantuan lain dari mana-mana pihak. Nasib baik keluarga tolong berkongsi rezeki sikit-sikit. Mungkin tercicir atau terlepas pandang oleh pihak yang berkenaan. Atau mungkin kerana mereka dah dapat bantuan JKM sebanyak RM250..
Hasil perkongsian saya mengenai keluarga ini di Facebook, alhamdulillah bantuan orang ramai datang mencurah-curah sama ada bantuan makanan mahu pun wang ringgit.
Jumlah keseluruhan duit yang diterima dalam hanya berapa hari sahaja berjumlah RM50,000 lebih.
Banyak tuh... saya sendiri pun terkejut boleh sebanyak itu. Syukur. Murah sungguh rezeki mereka.
Beberapa bulan kemudian iaitu awal 2021, empat beranak itu berpindah menumpang di rumah ibu bapa Faiz di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas.
Itu kisah imbas balik di Cabang Tiga, Rantau Panjang. Diteruskan pengkisahan di Bunut Susu, Pasir Mas.
Kini sekali lagi mereka minta tolong. Dua hari lepas setelah setahun lebih tidak berhubung antara kami, tiba-tiba dapat pesanan dari Ira bertanyakan bantuan.
Kali ini lebih kepada bantuan untuk pemasangan elektrik dan air di rumah baharu mereka.
Rupa-rupanya beliau sekeluarga sudah berapa bulan tinggal di rumah baharu yang dibina berperingkat-peringkat hasil dari duit RM50,000 lebih yang diderma orang ramai semasa di Cabang Tiga, Rantau Panjang dahulu.
Saya tanya sebelum ni ada ke sesiapa mari tolong mohon rumah bantuan kerajaan atau sudahkah membuat permohonan rumah bantuan kerajaan. Dia jawab ada buat tapi jawapan hampa.
Rumah yang berkeluasan lebih 700 kaki persegi dengan 2 bilik dan 1 bilik air boleh dikatakan siap sepenuhnya, cuma belum dibuat pemasangan elektrik dan air disebabkan kehabisan bajet.
Buat masa sekarang mereka 'menumpang' elektrik dan air dari rumah ibu bapa Faiz yang berdekatan.
Kebelakangan ini mereka juga mengalami kesuntukan duit untuk menyara makan minum mereka sekeluarga. Hanya bergantung dengan duit bantuan JKM RM300 dan ihsan keluarga mentua.
Jika sebelum ini Ira bekerja sebagai pembantu kantin sekolah tetapi terpaksa berhenti kerja kerana beliau sendiri mempunyai masalah kesihatan, kencing manis dan akhir-akhir ini penglihatan mula rabun..nak jadi supo Faiz.
Di rumah beliau, bekerja ambil upah kopek nyior. Dapat upah RM13 sehari.
Semasa saya datang ziarah hari ini, Ira sudah beberapa hari tidak dapat mengopek nyior kerana orang hok 'rukas' kelapa pula uzur.
Itulah ceritanya..maaf panjang saya menulis.
Akhir sekali saya tanya Ira dan Faiz apa yang boleh atau nak saya bantu. Dengan nada perlahan serta malu-malu, mereka sepakat minta saya tolong cari bantuan atau tular pula untuk dapatkan sumbangan duit bagi:1. Pemasangan elektrik2. Masuk air paip3. Buat sutuh depan atau peneduh muka pintu utama
Orang ramai, sahabat-sahabat yang simpati dan ingin membantu keluarga ini boleh hulurkan sumbangan terus ke akaun bank milik Faiz @ Mohd Izlan.:
MOHAMAD IZLAN ISKANDAR BIN MOHD NASIRAGRO BANK - 200611000202017
Sebarang pertanyaan hubungi Ira @ Siti Hajar +60 17-939 4781
Alamat rumah:Kampung Paya Ular, Bunut Susu17020 Pasir Mas, Kelantan
PAKAT-pakat BANTU. KASIHAN MEREKA TIADA TEMPAT MINTA TOLONG
Sumber FB Amran Rahman
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sambungtitik.blogspot.com/2022/08/des.html