Mogok Doktor Kontrak Mahu Kerajaan Dengar Permintaan Mereka


Oleh MOHD. FADHLI MOHD. SULAIMAN 

SEKUMPULAN pegawai perubatan kontrak menyertai hartal doktor kontrak yang diadakan di HTJ, Seremban, Julai lalu. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMINKUALA LUMPUR: Seruan letak  jawatan beramai-ramai dalam kalangan doktor kontrak bukan bertujuan `menghasut’ sebaliknya memberi mesej buat kerajaan agar mendengar permintaan mereka.
Jurucakap Hartal Doktor Kontrak, Dr. Muhammad Yassin berkata, keputusan meletak jawatan itu sememangnya sudah lama dirancang dan pihaknya bercadang memilih satu masa untuk mereka berhenti secara serentak. 
Bagaimanapun, katanya, beliau belum mendapat data tepat berapa ramai doktor kontrak yang bersedia menarik diri daripada berkhidmat dan pihaknya dalam proses mengumpulkan maklumat tersebut dari semasa ke semasa. 
“Mereka sudah rancang mahu berhenti, cuma daripada mereka berhenti pada hari yang berbeza-beza, kami mungkin usahakan supaya semua berhenti dalam satu hari yang sama supaya memberi mesej lebih tegas kalau isu ini tidak ditangani, lebih ramai akan berhenti. 
“Jadi, daripada setiap satu hari seorang atau lima orang doktor yang berhenti, mungkin pada 8 hari bulan depan nanti, kalau boleh kita dapatkan 100 hingga 200 doktor berhenti bersama-sama yang akan beri impak lebih besar,” katanya kepada pemberita dalam sidang media secara maya hari ini. 
Berdasarkan rekod, hasil daripada tinjauan Hartal Doktor Kontrak pada April lalu mendapati, sejumlah 3.9 peratus daripada 1,000 responden (doktor kontrak) sudah meletak jawatan manakala tinjauan kedua pada Jun lalu merekodkan pertambahan dua kali ganda atau sembilan peratus doktor yang keluar daripada perkhidmatan. 
Dalam tempoh setahun bermula Jun tahun ini hingga Jun tahun hadapan, pihaknya mengunjurkan sebanyak 20 peratus doktor kontrak akan meletak jawatan secara beransur-ansur. 
Pada 16 Oktober lalu, akhbar ini melaporkan, Hartal Doktor Kontrak merancang meletak jawatan secara besar-besaran menerusi siri mogok kedua di seluruh negara pada Disember ini, jika baki 22,288 doktor berkenaan tidak diserapkan ke jawatan tetap oleh kerajaan. 
Mengulas lanjut, Muhammad Yassin menafikan peletakan jawatan beramai-ramai pada hari tersebut akan menjejaskan sistem perkhidmatan dan penyampaian kesihatan di hospital. 
“Saya tidak rasa ia akan memberi kesan (yang teruk), kalau setakat hari itu ada lebih kurang 100 hingga 200 doktor letak jawatan, ia tidak akan beri impak kerana kalau bandingkan dengan jumlah doktor di seluruh negara, peratusannya tidaklah banyak. 
“Cuma, jika isu ini tidak ditangani, maka dijangka lebih ramai lagi yang akan letak jawatan pada masa hadapan dan sudah tentu ia akan menjadi masalah untuk sistem kesihatan negara,” katanya. 
Ditanya jika kerajaan mungkin tidak akan bertolak ansur untuk kali ini dan terus mengenakan tindakan undang-undang terhadap semua doktor kontrak, Muhammad Yssin berkata, pihaknya merasakan tiada hukuman akan dikenakan seperti yang dijanjikan menteri kesihatan sebelum ini. 
“Kami hanya luahkan hak untuk membantah dan menyuarakan pendapat kami. Kami akan pastikan penjagaan terhadap pesakit tidak terkesan dan tiada harta benda rosak, kami cuma luahkan isu ketidakpuasan hati terhadap apa yang telah berlaku sebab masa depan kami tidak terjamin,” katanya.  – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/mogok-doktor-kontrak-mahu-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Sasar Belanja Rm377 Juta Lantik 4 186 Doktor Kontrak Ke Jawatan Tetap

Kerajaan Sasar Belanja Rm377 Juta Lantik 4 186 Doktor Kontrak Ke Jawatan Tetap

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 218 hits
Kerajaan sasar belanja RM377 juta lantik 4 186 doktor kontrak ke jawatan tetap kata KJ Kerajaan bersedia membelanjakan lebih RM377 juta untuk 4 186 doktor kontrak ke jawatan tetap tahun depan kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Beliau ...
4 186 Doktor Kontrak Ke Jawatan Tetap Tahun Depan Kj

4 186 Doktor Kontrak Ke Jawatan Tetap Tahun Depan Kj

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 306 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan bersedia membelanjakan lebih RM377 juta untuk melantik 4 186 doktor kontrak ke jawatan tetap tahun depan kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Beliau berkata daripada jumlah itu 3 586 adalah pegawai perubatan 300 pe...
10 000 Doktor Kontrak Mesti Diserap Ke Jawatan Tetap Anwar

10 000 Doktor Kontrak Mesti Diserap Ke Jawatan Tetap Anwar

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 441 hits
Kontroversi mengenai penyerapan doktor kontrak sebagai kakitangan tetap Kementerian Kesihatan Malaysia mendapat keutamaan dalam sesi perbahasan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat pagi tadi Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanya berken...
Isu Doktor Kontrak Cadang Lanjut Tempoh Kontrak 10 Tahun

Isu Doktor Kontrak Cadang Lanjut Tempoh Kontrak 10 Tahun

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 184 hits
Oleh MOHD FADHLI MOHD SULAIMAN GAMBAR HIASANPETALING JAYA Jabatan Perkhidmatan Awam dicadangkan memanjangkan tempoh perkhidmatan doktor berstatus kontrak daripada dua tahun kepada 10 tahun di samping menambah lebih banyak perjawatan bagi go...
Hanya 4 2 Kontrak Doktor Ditawarkan Jawatan Kekal Sejak Akhir 2016 Kata Kkm

Hanya 4 2 Kontrak Doktor Ditawarkan Jawatan Kekal Sejak Akhir 2016 Kata Kkm

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 277 hits
BERNAMA Khairy Jamaluddin berkata KKM sedang menyediakan unjuran berkenaan jumlah pegawai perubatan yang perlu dilantik secara tetap Doktor kontrak memegang plakad ketika mengadakan himpunan secara aman di Hospital Kuala Lumpur Julai lalu K...
Parlimen Isu Hartal Doktor Kontrak Tumpuan Hari Ini

Parlimen Isu Hartal Doktor Kontrak Tumpuan Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 289 hits
Persidangan Dewan Rakyat hari ini antara lain akan mengupas isu berkenaan hartal doktor kontrak yang pernah mencetuskan mogok pada Julai lalu Menurut aturan urusan mesyuarat di laman rasmi Parlimen persoalan itu akan diajukan oleh Ahli Parl...
5 Hantu Perempuan Di Kampus Ini Jadi Urban Legend Terkenal Kamu Pernah Dengar Ceritanya

5 Hantu Perempuan Di Kampus Ini Jadi Urban Legend Terkenal Kamu Pernah Dengar Ceritanya

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 262 hits
Sebenarnya setiap kampus di Indonesia punya cerita horornya masing masing sih ini beberapa yang paling terkenal
Sama Saja Dengar Kata Pak Sedara Dengan Anak Sedar Pshanggggg

Sama Saja Dengar Kata Pak Sedara Dengan Anak Sedar Pshanggggg

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 227 hits
NORSHIDAH MOHD DAUDJenis jenis ubi x empuk camni mintak jauh la dari PHGerak kerja Jawatan Keja dia dok jadi penyambung lidah riwayat Rosyang Botak YasinSyok sendiri habuk pun xdeBila kalah mcm biasa DSAI kena perliKalau menang sibuk dok ri...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Makan Tengah Hari Di Ina Cafe Balik Pulau Dengan Permandangan Sungai

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Harga Bakar Poket Gas Ungu Untuk Peniaga Rm70

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dikecam Gila Kayuh Jauh Amar Baharin Buka Mulut Balas Guna Hadis Nabi

Tahun Kelima Alamanda Putrajaya The Golden Ticket Menampilkan Hadiah Tunai Rm 1000 Rm 500 Dan Rm 50

Era Baharu Perbelanjaan Bijak Rakyat Malaysia Kini Seimbangkan Harga Dengan Kualiti

Coffee Trains Good Vibes At Myrail Coffee Sendayan

Pertama Kali Melihat Kaabah Depan Mata

Malaysia Juara Dalam Best Cuisine Di Pertandingan Worldchefs National Cuisine Challenge 2025 Dubai