Moga Ada Berita Gembira Dari Mahkamah





“JIKA saya terbaca atau menonton berita mengenai Muhammad Adib, saya akan cepat tutup dan buat kerja lain, tapi di sudut hati tetap terus mengharapkan kematiannya mendapat keadilan secepat mungkin.”

Begitu kata Asma Aziz, 52, ibu kepada anggota bomba yang terkorban akibat dibelasah oleh perusuh di Kuil Maha Mariamman, November lalu.


Asma berkata, setiap kali selesai solat, dia akan mendoakan prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anaknya berjalan lancar demi keadilan buat anggota keluarganya.


Katanya, dia hanya mahu melihat pelaku yang membelasah anaknya dijatuhi hukuman secepat mungkin.

“Sebagai ibu dan orang Islam, hanya doa yang saya mampu iringi supaya prosiding inkues berkenaan berjalan lancar, dalam keadaan sekarang, hanya Allah yang dapat membantu saya.

“Rindu kepada Adib tak pernah kurang, sudah hampir dua bulan dia pergi meninggalkan saya, masih terngiang-ngiang suaranya memanggil saya mak, perasaan saya bercampur aduk sekarang...harap akan ada berita gembira dari mahkamah selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Tahlil Untuk Adib anjuran penduduk Kampung Telaga Mas di Tapak Pasar Malam Tanah Merah, di Jitra, malam tadi.

Ibu kepada empat orang anak itu hadir ke majlis berkenaan bersama suaminya Mohd Kassim Abdul Hamid, 64.

Pasangan itu turut melahirkan rasa terharu atas keprihatinan masyarakat dan berterima kasih kepada penganjur tahlil khas untuk arwah anak mereka.

Pada 18 Januari lalu, pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, didengar di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan prosiding inkues dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad yang bersidang sebagai Koroner.

Sementara itu, penganjur majlis berkenaan, Mashkor Jamaludin, 47, berkata, biarpun tiada talian persaudaraan dengan keluarga Adib, namun dia sanggup mengeluarkan belanja bagi mengadakan tahlil dan jamuan kepada penduduk kampung.

Katanya, tahlil itu diadakan sebagai doa dan sedekah untuk Allahayarham Adib berikutan kematiannya sungguh menyayat hati rakyat Malaysia.

“Selain itu, saya mahu memberi petanda atau isyarat bahawa rakyat sangat mengambil berat isu yang berlaku kepada arwah Adib, walaupun saya hanya peniaga makanan dan tidak pernah mengenali keluarga Adib, namun saya mengambil tahu setiap perkembangan kes anggota bomba ini.

“Adalah menjadi harapan saya serta kira-kira 500 penduduk kampung dan kenalan yang hadir malam ini supaya kerajaan mengutamakan kes Adib dan tidak ‘melepaskan’ penjenayah yang menyebabkan kematian beliau,” katanya.

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa.

Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/02/moga-ada-berita-gembira-dari-mahkamah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tangguh Bicara Jabatan Peguam Negara Tulis Surat Ke Mahkamah Rayuan

Tangguh Bicara Jabatan Peguam Negara Tulis Surat Ke Mahkamah Rayuan

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 356 hits
NUZULSHAM SHAMSUDDIN 12 Februari 2019 12 19 PM KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan dalam kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dana RM42 juta SRC In
Inkues Adib Zuraida Sertai Mahkamah Koroner Ke Tapak Kuil

Inkues Adib Zuraida Sertai Mahkamah Koroner Ke Tapak Kuil

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 262 hits
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin akan turut menyertai Mahkamah Koroner lawatan mahkamah ke Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Zuraida tiba pada jam 10 pagi di perkarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam bersama Pengarah Ja...
Pas Bayar Sarawak Report Rm2 Juta Untuk Selesai Kes Luar Mahkamah

Pas Bayar Sarawak Report Rm2 Juta Untuk Selesai Kes Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 428 hits
Saman SR Dedahkan Terma London1 Maafkan saya kerana memberikan ulasan lanjut terhadap fiasco penarikan saman fitnah Presiden Pas yang berakhir dengan kredibiliti Pas semakin dipersoalkan Bermakna persetujuan penyelesaian itu nampaknya terde...
Tangguh Perbicaraan Permohonan Najib Dapat Kebenaran Mahkamah

Tangguh Perbicaraan Permohonan Najib Dapat Kebenaran Mahkamah

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 261 hits
Foto oleh BernamaPUTRAJAYA Perbicaraan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas tujuh tuduhan berhubung dana SRC International Sdn Bhd tidak akan bermula esok Ini berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim Mahkamah Rayu...
Jawatan Tunggal Pengerusi Spr Sedia Ke Mahkamah

Jawatan Tunggal Pengerusi Spr Sedia Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 272 hits
Azhar Azizan Harun gembira kerana rakyat Malaysia lebih sedar tentang hak dan undang undang berhubung saman itu PETALING JAYA Suruhanjaya pilihan raya bersikap terbuka dengan mana mana pihak yang tidak berpuas hati dan mempersoal kelayakan ...
Mahkamah Arah Rosmah Periksa Sahkan Barang Kemas Rm60 Juta

Mahkamah Arah Rosmah Periksa Sahkan Barang Kemas Rm60 Juta

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 412 hits
Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk memeriksa dan mengesahkan kewujudan 44 unit barang kemas bernilai AS 14 79 juta atau hampir RM60 juta di bawah milikannya yang didakwa diramp...
Kes Ditunda Najib Takut Ke Mahkamah Ng Suee Lim

Kes Ditunda Najib Takut Ke Mahkamah Ng Suee Lim

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 328 hits
Kes ditunda Najib takut ke mahkamah Ng Suee LimPosted By on February 14 2019Penundaan tarikh perbicaraan dakwaan penyelewengan dana SRC International ke atas Najib Razak menimbulkan tanda tanya ke atas prinsip berani kerana benar bekas PM i...
Mahkamah Tolak Permohonan Halang Pemaju Masuki Tapak Kuil

Mahkamah Tolak Permohonan Halang Pemaju Masuki Tapak Kuil

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 435 hits
13 Februari 2019 11 14 PM SHAH ALAM Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos permohonan bagi injunksi interlocutory oleh 50 penganut Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya un
Clare Yang Minta Supaya Kes Tidak Dipanjangkan Dan Selesai Di Luar Mahkamah

Clare Yang Minta Supaya Kes Tidak Dipanjangkan Dan Selesai Di Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 390 hits
Menjelang PRK Semenyih yang bakal menyaksikan kerjasama PAS UMNO dilihat berpotensi besar untuk melupuskan PPBM dan Pakatan di kerusi DUN tersebut semakin kerap dan semakin banyak pula fitnah yang dibuat oleh Melayu Melayu yang menjadi maca...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang

Sarapan Di Ashoka Curry House

Memang Tiada Kekasih Sampah Bertimbun Ahli Running Man Terkejut Lihat Rumah Kim Jongkook

Ulaq Dalam Semak

Sprm Tahan Empat Pegawai Terkait Bekas Perdana Menteri

Didie Alias Datang Lawat Amyza Aznan Beri Semangat Rai Hari Jadi Ke 19 Andre Di Wad