Jawatan Tunggal Pengerusi Spr Sedia Ke Mahkamah


Nor Athirah Mohd Hanapiah
Azhar Azizan Harun gembira kerana rakyat Malaysia lebih sedar tentang hak dan undang-undang berhubung saman itu. PETALING JAYA: Suruhanjaya pilihan raya (SPR) bersikap terbuka dengan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dan mempersoal kelayakan serta kedudukan agensi itu dalam menentukan proses pilihan raya, terutama melibatkan pilihan raya kecil (PRK) Semenyih.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun malah gembira dengan tindakan seorang pengundi di Semenyih yang bertindak memfailkan saman terhadap agensi itu bagi memohon perisytiharan mahkamah jika seorang pengerusi mencukupi untuk mengurus SPR.

“Saya gembira kerana ini menunjukkan rakyat Malaysia lebih sedar tentang hak dan undang-undang dan sanggup untuk tampil ke depan bagi membawa isu ini ke mahkamah.

“Saya mengalu-alukan saman itu,” katanya kepada FMT.

Sabtu lalu, seorang pengundi di Semenyih memohon perisytiharan mahkamah sama ada “anggota tunggal” SPR boleh menjalankan dan melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada badan itu oleh Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Shaharudin Ali berkata, saman pemula itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.

“Kami telah menfailkan saman memohon beberapa perintah perisytiharan, dan antara lain perisytiharan bahawa SPR tidak wujud dari segi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.

Plaintif, Sabariah Mohd Shariff yang menamakan pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun, SPR dan kerajaan Malaysia sebagai defendan juga meminta pilihan raya kecil (PRK) DUN Semenyih dijadualkan 2 Mac depan ditangguhkan sementara menunggu keputusan saman tersebut.

Shaharudin berkata, Azhar tidak boleh secara bersendirian memantau, mengarahkan dan mengawal penyediaan senarai pemilih untuk kedua-dua pilihan raya Parlimen dan negeri.

“Bagi kami, tidak munasabah fungsi sedemikian boleh dilakukan oleh seorang individu,” katanya.

Azhar bagaimanapun mempertahankan kedudukannya sebagai satu-satunya individu yang memegang posisi dalam agensi itu dan bersedia untuk dicabar di mahkamah.

Katanya, SPR juga akan memfailkan afidavit terhadap saman yang difailkan individu tersebut dan berharap mahkamah dapat menetapkan perbicaraan bagi kes itu secepat mungkin.

“Kita akan mempertahankan kenyataan kita tempoh hari dan kita tetap dengan pendirian itu,” katanya.

Bulan lepas, Azhar berkata, beliau boleh bekerja bersendirian dan semua keputusan yang dibuatnya adalah sah dan mengikut undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan berdasarkan nasihat Pejabat Peguam Negara.

“Perkara 114 (1) mestilah dibaca bersekali dengan Perkara 114 (7) Perlembagaan. Kedua-dua peruntukan itu menyimpulkan bahawa fungsi pengerusi adalah sama seperti tugas SPR yang dijalankan secara kolektif sekiranya wujud kekosongan berikutan kehendak undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.

Azhar berkata, beliau boleh berfungsi secara bersendirian kerana wujud 6 kekosongan berikutan operasi undang-undang.

Kekosongan itu berlaku berikutan peletakan jawatan bekas timbalan pengerusi SPR dan 5 yang lain pada 1 Januari lepas. Calon baru ke jawatan terbabit belum diumumkan.

Azhar berkata, pihak yang mempersoalkan kuasa wibawanya harus juga membaca Perkara 114 (1) dan (7) bersekali dengan Seksyen 33C Jadual ke-11 Perlembagaan bahawa keputusan SPR tidak terjejas oleh kekosongan.

Katanya, Mahkamah Rayuan mengesahkan SPR boleh berfungsi secara sah sekiranya anggotanya kurang 7 orang atau jika terdapatnya kekosongan dalam kes Peguam Negara lwn Nurul Izzah Anwar dan 10 yang lain tahun lepas.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/jawatan-tunggal-pengerusi-spr-sedia-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Semenyih Prosedur Operasi Spr Akibatkan Nyawa Hilang Mana Pengerusi Spr

Prk Semenyih Prosedur Operasi Spr Akibatkan Nyawa Hilang Mana Pengerusi Spr

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 335 hits
Al Fatihah buat Allahyarhahm Ahmad Awang 59 Suasana pencalonan PRK Semenyih menjadi heboh apabila seorang penyokong BN tiba tiba rebah semasa berarak ke pusat pencalonan Mangsa yang rebah disahkan meninggal dunia oleh seorang doktor dari kl...
Ugut Bakar Bangunan Datuk Bandar Jepun Sedia Letak Jawatan

Ugut Bakar Bangunan Datuk Bandar Jepun Sedia Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 288 hits
Ugut bakar bangunan datuk bandar Jepun sedia letak jawatan Dikemas kini 3 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 1 Feb 2019
Lantikan Spr Azmi Sharom Akan Letak Jawatan Pensyarah Um

Lantikan Spr Azmi Sharom Akan Letak Jawatan Pensyarah Um

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 473 hits
MALAYSIAKINI Profesor Madya Dr Azmi Sharom yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya akan meletakkan jawatannya sebagai pensyarah Fakulti Undang undang Universiti Malaya Azmi berkata pada masa ini beliau dalam proses...
Agong Perkenan Lantik Azmi Sharom Sebagai Timbalan Pengerusi Spr Baharu

Agong Perkenan Lantik Azmi Sharom Sebagai Timbalan Pengerusi Spr Baharu

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 386 hits
THE MALAYSIAN TIMES PUTRAJAYA Profesor Madya Dr Azmi Sharom pensyarah undang undang Universiti Malaya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya baharu demikian umum Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar Ismai...
Pas Sedia Buka Pintu Jawapan Kepada N Presiden Mca

Pas Sedia Buka Pintu Jawapan Kepada N Presiden Mca

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 410 hits
KUALA LUMPUR 7 Feb Pas sedia membuka pintu untuk menjalinkan kerjasama de ngan mana mana parti termasuk MCA dalam menangani isu membabitkan kepentingan rakyat dan negara Malah Naib Presiden Pas Idris Ahmad menegaskan MCA tidak akan menjadi ...
Rm90j Pas Sambut Baik Sedia Beri K Sama Sprm

Rm90j Pas Sambut Baik Sedia Beri K Sama Sprm

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 341 hits
KUALA LUMPUR 7 Feb Pas bersedia untuk menzahirkan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan telah menerima RM90 juta yang dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin parti itu Setiausaha Agungnya Datuk ...
Isu Dana Rm90 Juta Hadi Sedia Sprm Siasat Semua Dakwaan

Isu Dana Rm90 Juta Hadi Sedia Sprm Siasat Semua Dakwaan

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 507 hits
MARANG Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan dana sebanyak RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin parti itu Beliau berkata terpulang kepada SPRM menyiasat mana...
Isu Rm90 Juta Pas Sedia Serah Dokumen Kewangannya

Isu Rm90 Juta Pas Sedia Serah Dokumen Kewangannya

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 525 hits
MALAYSIAKINI PAS sedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyiasat dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin parti itu Malah setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan berkata pihaknya sedia m...
Tnb S Share Price Falls After Federal Court Decision On Lhdn Case

No Promotions For Macc Officers With Bmi Above 27 From Next Year

Bank Rakyat Defends Ex Ybr Ceo S Termination Says Proper Procedures Followed

Nak Tanya Bekas Ketua Polis Negeri Sarawak Apa Manfaat Vape Ni Ye

Ahli Parlimen Temerloh Gesa Kerajaan Agensi Berkaitan Naik Taraf Dan Baik Pulih Bekalan Air Pahang Tanpa Alasan

Zunar Diam Membisu Cukai 1malaysia Vs Cukai Madani Mana Korang Suka

Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social

Oppo Reno14 Drops At Ooo Fest With Ai Cam Freebies


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Tempayan Dalam Kampung

Sakit Ke Rawatan Akar Gigi

Terima Kasih Kakak

Doa Dipermudahkan Urusan

Daripada Stalk Dia Baik Saya Pergi Cari Jodoh Baharu

Monolog Jiwa Hikmah Di Balik Kekurangan