Mahkamah Arah Rosmah Periksa Sahkan Barang Kemas Rm60 Juta



Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk memeriksa dan mengesahkan kewujudan 44 unit barang kemas bernilai AS$14.79 juta atau hampir RM60 juta di bawah milikannya yang didakwa dirampas oleh pihak polis, dalam masa tujuh hari.

Peguam Datuk David Gurupatham, yang bertindak bagi syarikat dari Lubnan, Global Royalty Trading SAL ketika ditemui pemberita berkata perintah itu dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman Wong Chee Lin selepas pengurusan kes saman berkenaan di dalam kamarnya, hari ini.

Loading...
Gurupatham berkata Rosmah perlu membuktikan di mana kesemua barang kemas berkenaan berada dan bukan anak guamnya yang perlu berbuat demikian.

"Mahkamah berpendapat dan bersetuju dengan hujahan kami bahawa perbicaraan akan tetap diteruskan walaupun barangan kemas itu ada atau tidak (dalam simpanan polis) kerana beliau (Rosmah) telah mengesahkan menerima dan menandatangani konsaimen bagi barangan kemas berkenaan," katanya.

Gurupatham berkata Rosmah telah mengesahkan menerima dan menandatangani konsaimen barangan barangan kemas itu atas permintaan beliau dan sekarang beliau menyatakan tidak perlu membuat pembayaran selepas mendakwa barangan kemas itu dirampas oleh polis.

"Mengikut peruntukan undang-undang, ia juga bukan tugas polis untuk membuktikan (kewujudan barangan kemas berkenaan)," katanya.

Peguam itu berkata mahkamah turut mengarahkan supaya semua pihak melengkapkan semua dokumen yang akan digunakan bagi perbicaraan kes yang ditetapkan pada 4 dan 5 Mac ini.

Pada 26 Jun 2018, Global Royalty selaku plaintif menyaman Rosmah selaku defendan menuntut beliau memulangkan 44 unit barang kemas yang dihantar kepadanya untuk dipilih atau membayar harga untuk semua barangan kemas berkenaan berjumlah US$14.79 juta atau hampir RM60 juta.

Dalam pernyataan tuntutannya, Global Royalty, pemborong barang kemas antarabangsa, mendakwa bahawa Rosmah telah lama menjadi pelanggan tetapnya dan bahawa firma itu akan menghantar konsaimen barang kemas kepadanya atas permintaan beliau. Rosmah kemudian akan menilai atau membeli barang kemas pilihannya yang akan dibayar sendiri olehnya atau melalui pihak ketiga.

Syarikat itu yang membekalkan barang kemas kepada kerabat diraja serta pelanggan dan ternama dari seluruh dunia, mendakwa bahawa barang kemas yang tidak dipilih biasanya akan dipulangkan, dan dalam keadaan tertentu Rosmah akan meminjam beberapa barang kemas itu dan memulangkannya kepada plaintif.

Global Royalty mendakwa pada 10 Feb 2018, ia telah menghantar 44 barang kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, masing-masing bernilai antara AS$124,000 dan AS$925,000 kepada defendan melalui serahan tangan menerusi dua ejennya.

Syarikat itu berkata semasa serahan, Rosmah mengesahkan dan menerima terma-terma serta syarat yang terkandung dalam Memorandum No 926 berkaitan barang kemas tersebut.

Syarikat itu mendakwa bahawa Rosmah, melalui surat bertarikh 22 Mei 2018, juga mengesahkan dan mengakui menerima barang kemas terbabit tetapi menyatakan kesemua barang kemas berkenaan tidak lagi berada dalam milikannya kerana telah dirampas dan ia kini berada di bawah simpanan pihak berkuasa Malaysia.

Global Royalty memohon pengisytiharan mahkamah bahawa firma itu adalah pemilik sah 44 unit barang kemas terbabit selain perintah pesanan yang menyatakan bahawa pemilikan barang kemas itu tidak pernah dipindahkan kepada defendan.

Ia juga memohon perintah mandatori supaya Rosmah menyediakan senarai barang kemas yang telah dirampas, perintah untuk barang kemas itu dipulangkan atau, jika tidak, Rosmah akan bertanggungjawab membayar harga barangan berjumlah, AS$14.79 juta (RM59.83 juta ).

Rosmah, dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Julai 2018 menafikan membeli mana-mana 44 unit barang kemas dan berkata barang kemas terbabit dihantar kepada beliau untuk dilihat atas sifat beliau sebagai isteri perdana menteri Malaysia atas kehendak dan kerelaan syarikat itu sendiri dan tanpa sebarang obligasi untuk beliau membeli barang kemas tersebut.

- Bernama
Loading...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/02/mahkamah-arah-rosmah-periksa-sahkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rosmah Fail Permohonan Gantung Prosiding Kes Saman Barang Kemas

Rosmah Fail Permohonan Gantung Prosiding Kes Saman Barang Kemas

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 338 hits
KUALA LUMPUR Datin Seri Rosmah Mansor akan menfailkan permohonan untuk menggantung prosiding kes saman sebuah syarikat pemborong barang kemas dari Lubnan yang menuntut beliau memulangkan 44 unit barang kemas yang dihantar kepadanya Peguam N...
Motor Dirusak Adi Saputra Adalah Barang Gadaian Dibeli Rp 3 Juta

Motor Dirusak Adi Saputra Adalah Barang Gadaian Dibeli Rp 3 Juta

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 246 hits
Ternyata motor itu milik Nur Ikhsan yang sedang digadai ke seseorang dengan nilai gadai Rp 6 juta Entah bagaimana cerita motor itu sampai muncul di Facebook dengan informasi dijual
Petua Membersihkan Barang Kemas

Petua Membersihkan Barang Kemas

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 433 hits
Bila sebut barang kemas Ianya amat sinonim dengan wanita Buat para wanita mesti ada yang mempunyai barang kemas samada cincin gelang rantai dan sebagainya Petua Membersihkan Barang Kemas Pernahkah barang kemas anda kelihatan tidak berseri s...
Ha Ha Ha Nabi Tak Simpan Duit Dan Barang Kemas Berbillion Ringgit Kat Rumah Kak Oii

Ha Ha Ha Nabi Tak Simpan Duit Dan Barang Kemas Berbillion Ringgit Kat Rumah Kak Oii

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 409 hits
Perjuangan Nabi mulanya tak ramai pengikut pesan Najib pada anak Nooryana anak perempuan pasangan bekas perdana menteri Najib Razak dan Rosmah Mansor merayu sokongan orang ramai menjelang perbicaraan bapanya dalam kes membabitkan pertuduhan...
Rosmah Bantah Kes Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi

Rosmah Bantah Kes Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 537 hits
Peguam Datin Seri Rosmah Mansor hari ini membantah permohonan pihak pembelaan untuk memindahkan ke Mahkamah Tinggi kes rasuah dihadapi isteri bekas Perdana Menteri itu berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah l...
Pas Bayar Sarawak Report Rm2 Juta Untuk Selesai Kes Luar Mahkamah

Pas Bayar Sarawak Report Rm2 Juta Untuk Selesai Kes Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 411 hits
Saman SR Dedahkan Terma London1 Maafkan saya kerana memberikan ulasan lanjut terhadap fiasco penarikan saman fitnah Presiden Pas yang berakhir dengan kredibiliti Pas semakin dipersoalkan Bermakna persetujuan penyelesaian itu nampaknya terde...
Mahkamah India Arah Bilionair Bayar Hutang Atau Masuk Penjara

Mahkamah India Arah Bilionair Bayar Hutang Atau Masuk Penjara

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 237 hits
Mahkamah India arah bilionair bayar hutang atau masuk penjara Dikemas kini 32 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 20 Feb
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana