Modul Lengkap Mengajar Kanak Kanak Menulis
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
Modul Lengkap Mengajar Kanak-Kanak Menulis. Modul ini mengumpulkan pelbagai aktiviti latihan berkenaan dengan kemahiran menulis seperti aktiviti menyurih dan menyalin.
Modul ini mempunyai 64 halaman dan kanak-kanak tidak perlu menyiapkan semua latihan dalam sehari. Ia boleh dilakukan berdasarkan arahan guru atau kelapangan ibu bapa untuk memerhati kanak-kanak melakukan latihan ini.
Sebelum murid menjejakkan kaki mereka ke dalam alam persekolahan yang sebenar, mereka sekurang-kurangnya perlu mahir dalam menulis dan membaca. Kemahiran menulis amat penting kepada semua kanak-kanak kerana ia membantu dalam pelbagai aktiviti seperti memegang pensil, menaip dan memegang sebarang objek.
Ia melibatkan pergerakan otot kecil yang dipanggil sebagai kemahiran motor halus kanak-kanak. Manakala bagi kemahiran motor kasar, ia melibatkan pergerakan otot di bahagian badan yang besar seperti tangan, kaki dan sebagainya. Kemahiran motor kasar boleh ditingkatkan melalui aktiviti-aktiviti permainan seperti berlari, bermain tanah liat dan sebagainya.
Dapatkan “Modul Lengkap Mengajar Kanak-Kanak Menulis ” di sini
Di sini kami sediakan modul yang bermanfaat untuk murid prasekolah bagi melakukan praktis menulis. Para guru boleh menggunakan modul ini sebagai bahan bantu mengajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Ibu bapa juga boleh memberikan modul ini kepada anak-anak sebagai latihan tambahan mereka ketika waktu lapang.
Sila muat turun bahan melalui pautan yang disediakan di bawah.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : SKILLS FOR SCHOOL BEGINNING HANDWRITING AGES 5-6
Penutup
Diharapkan agar perkongsian mengenai Modul Lengkap Mengajar Kanak-Kanak Menulis ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan bahan pendidikan yang berkualiti kepada murid dan anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu kanak-kanak untuk menguasai kemahiran menulis mereka.
Di dalam perkongsian yang lepas, kami ada berkongsi beberapa bahan pendidikan yang boleh digunakan oleh murid prasekolah. Antaranya ialah:
Buku Kenali Bentuk Asas Sesuai untuk Murid Prasekolah
Modul Mencari Perkataan Tersembunyi
Buku Mewarna untuk Murid Prasekolah (Pelbagai Tema)
Lembaran Aktiviti Menyambung Lukisan (Trace The Dots)
Bagi ibu bapa dan para guru yang ingin mendapatkan lebih banyak lagi bahan pendidikan sama ada untuk murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online. Di dalam laman web ini juga menyediakan informasi terkini seperti isu pendidikan, bantuan pelajaran dan pelbagai lagi informasi terkini yang bermanfaat kepada para guru, ibu bapa dan orang ramai.
Modul Lengkap Mengajar Kanak-Kanak Menulis
Dzanifah Nadia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2021/09/modul-lengkap-mengajar-kanak-menulis.html