Modem Kena Petir Kongsi Pengalaman Apa Langkah Awal Yang Perlu Dilakukan



Modem Kena Petir ? Kongsi Pengalaman Apa Langkah Awal Yang Perlu Dilakukan | Salam semua, dah baca tajuk kan, nak cerita al kisah modem kena petir. Seram bila teringat balik. Bulan lepas tak ingat dah rasa macam nak masuk minggu akhir bulan September. Kejadian yang tidak diingini berlaku. Tak pernah seumur hidup dengar petir dah macam halilintar membelah bumi. Malam pulak tu. Malam tu pasang laptop sebab nak menaip entri. Ya lah, otak tenang sikit malam - malam ni kan.

Yang ini dah modem baru 
Kalau sis malam boleh tenang sikit nak menaip. Tak ada tanda apa - apa, tiba - tiba hujan turun.

Lama jugak hujan turun sebelum dengar guruh ringan - ringan sayup - sayup. Sis fikir tak ada apa -apa lah kan. Sekali dengar guruh lagi. Sis masih lagi menaip dan terus menaip huu.

Sis dalam bilik, tak tahu sebenarnya bonda sis pun sebenarnya ada kat luar dengan abah. Abah sis tengah nak ready nak pergi cabut plug internet.

Sekali petir yang kedua datang,  dalam beberapa saat, bunyi tu ya Allah kuatnya tu tak boleh nak cakap macam lalu kat atas bumbung rumah jer. Itu lah kali pertama sis dengar petir kuat sangat. Allahu Akbar terus rasa betapa kuatnya kuasa mu ya Allah. Kemudian, terus black out satu rumah.

Dengan keadaan terkejut, keluar bilik. rupanya bonda dan abah sis ada kat luar sebenarnya. Nak jadikan cerita abah sis tu dah nak jalan ke arah plug internet tu nak cabut.

Bonda sis tepi pintu bilik. Masa petir menyambar tu, abah sis nampak depan mata sendiri, plug internet jadi merah macam terbakar, ( kat luar dah tutup lampu sebab semua masuk bilik awal dah ) Rupanya nampak merah tu sebab  kilat dah panah plug internet.

Meletup depan mata dia, dengan habis satu plug tercabut tercampak siap nak dekat pintu bilik. Adui sis menaip pun rasa seram sejuk teringat balik. Kuat tak kuat petir memanah.


Allah masih lindungi abah sis, Nyaris - nyaris dah  abah nak jalan nak pergi tutup plug internet tu. :(. Jangan main - main dengan kilat, dalam masa beberapa saat, tak tahu bila, mata pun tak sempat nak berkelip, terus petir menyambar.

Esok tu, baru tengok apa kerosakan. Disebabkan plug internet di pasang dekat plug yang memang untuk komputer ada dalam 4 plug berderet. Kat situ memang ada lah beberapa plug yang pasang sebab tak cabut.

Untuk printer pun ada, Printer jer yang selamat. Yang lain, ada plug untuk walkman pun tercabut sampai nampak rangka dalam. Yang lain habis rosak akibat"pekikan"petir malam tu. Gambar atas tu plug walkman lupa nak cabut, tengok betapa teruknya meletup nampak rangka dalam.

Modem Kena Petir ? Apa Langkah Awal Yang Perlu Dilakukan 

Selepas kejadian petir menggila malam tu, sebenarnya, keempat -empat plug kat situ semua tak boleh on, "mati terus". Bila check dekat papan fius utama kat bahagian fius komputer, memang dah tak boleh on dah.

Sis tahu kebanyakan orang lain ada cara  tersendiri nak tahu modem internet tu boleh berfungsi ke tak. Disebabkan yang sis punya plug tu dah sampai meletup nampak rangka dalam, jadi tak payah nak check dah boleh on lagi ke tak modem tu. huu.

Kalau yang tak meletup tu, boleh cuba check guna plug yang lain, nak tahu menyala ke tak modem tu. Kalau dah sah memang  modem tak menyala, dah sah modem tu rosak.

Sis tahu ada yang beli sendiri modem sebab tak nak kaitkan dengan tmnet. Kalau yang pandai nak setting semua tu boleh la kot. Tapi sis pilih jalan selamat sebab tak nak serabut kepala hii. Dan juga sis tak panggil orang tmnet datang rumah sebab tahu mesti akan lambat sikit, nak datang bila pun tak tahu.

Apa yang perlu dilakukan selepas dah tahu modem tu tak menyala ?. Ini langkahnya :

1. Pertama sekali apa yang perlu dibuat dail 100 dan maklumkan kepada pihak tmnet.
2. Tmnet ada jual modem.  Sebenarnya kita diberi  2 pilihan sama ada nak setting sendiri ataupun bagi pihak tmnet sendiri yang setting. Bagi sis memang tak pandai nak setting, jadi serahkan semuanya dekat tmnet.
3. Bawa modem yang rosak sebab nak tunjuk bukti dekat pihak tmnet nanti.
4. Bawa sekali borang pendaftaran semasa nak ambil internet dulu untuk rujukan senang nanti pihak tmnet nak setting modem.
5. Beritahu kat pihak tmnet nak beli modem baru dan tunjuk yang lama sebagai bukti modem tersebut sudah rosak.
6. Untuk modem streamyx yang baru ini, bayaran dikenakan dalam RM 130 siap setting, kita cuma balik pasang itu jerr.


Beli yang  baru esok hari dan boleh guna terus internet, tak adalah nak main tunggu - tunggu pulak terus ke tmnet centre, ambil modem baru, balik pasang jerr. Dulu, model modem macam lama sikit, sekarang ni dah model baru. Katanya upgrade sikit.

Selepas beberapa hari baru tahu cerita yang kejiranan rumah sis ni ada dalam 4 buah rumah yang modem meletup sama pada malam petir menggila tu. Petir panah modem internet.

Huii seram. Sekarang ni sis berhati - hati dengar guruh sikit, pergi terus cabut plug. jenis tabiat memang tak cabut plug selepas guna ni memang payah huu, Tapi internet memang selalu on tak pernah tutup, melainkan ada petir tapi malam tu petir lain macam. Sampai tercabut nampak rangka dalam.

Nasib baik yang plug peti sejuk tak menyambar, kalau tak memang habis lah jugak. Nasib baik jugak ada pak saudara yang pandai baiki, dia lah yang baiki fius balik. Terfikir kenapa sampai meletup tu, bila arus elektrik  mengalir lebih pada had, memang boleh jadi letupan jugak. Itu yang abah sis nampak plug internet jadi merah terbakar.

Panjang sangat bercerita pasal kilat sambil selit kan pengalaman nak tukar modem. Seram aih. Sis pernah buat entri apa yang perlu dibuat untuk elakkan dari terkena panahan petir ni. Nak bagi peringatan jugak untuk  pesanan khidmat masyarakat. Boleh pesan kat anak -anak, orang dewasa sendiri pun kadang - kadang tak ambil tahu jugak huu.

Baca sini : Jangan Sesekali Abaikan 10 Langkah Ini Untuk Elakkan Dari Terkena Panahan Petir

Belakang rumah sis ni ada pokok kelapa tinggi, memang tinggi, lepas kejadian banyak hari baru sis perasan yang sebahagian pokok kelapa tu hangus saja nak tengok atas, tapi macam nampak pelik jer. Dah dipanah petir rupanya.


Petir ia panah tempat tinggi, pokok kelapa tu la paling tinggi. Banyak insiden yang pernah dengar libatkan panah petir ni, kita kena berjaga - jaga dan ada kesedaran bahayanya petir. Pengalaman sis sendiri bila berdepan dengan pekikan petir malam tu, memang rasa meremang bulu roma. Itu dalam rumah. Bukan tak pernah dengar petir tapi tak sekuat yang pernah alami malam tu.

Terima kasih sudi baca kisah panjang pasal kilat. Semoga kita sentiasa peka akan kehadiran petir yang tidak dapat dijangka. Kalau korang alami pengalaman modem kena petir ni mesti ada kisah tersendiri kan.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2019/10/langkah-awal-yang-perlu-dilakukan-bila-modem-kena-petir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Langkah Awal Menjadi Youtuber Berjaya

8 Langkah Awal Menjadi Youtuber Berjaya

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 357 hits
Adakah kita suka menonton Youtube di telefon bimbit Pernah
Bpbd Garut Lakukan Langkah Mitigasi Hadapi Musim Penghujan

Bpbd Garut Lakukan Langkah Mitigasi Hadapi Musim Penghujan

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 121 hits
Langkah mitigasi sendiri lanjut Tubagus menurutnya dilakukan untuk meminimalisasi dampak akibat bencana hingga langkah tepat ketika bencana terjadi Di luar itu pihaknya juga memberikan pemahaman kepada warga dari sejumlah ancaman bencana se...
Kondisi Demensia Seseorang Bisa Diketahui Berdasar Langkah Kakinya

Kondisi Demensia Seseorang Bisa Diketahui Berdasar Langkah Kakinya

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 206 hits
Penelitian menunjukkan bahwa seseorang yang memiliki demensia lewy body mengubah cara jalan mereka Para penderita ini memiliki tempo berjalan dan lebar langkah yang berjalan serta lebih asimetrik ketika berjalan dibanding penderita Alzheime...
Singapura Mengikut Langkah Malaysia Menguatkuasakan Akta Antiberita Tidak Benar Hari Ini

Singapura Mengikut Langkah Malaysia Menguatkuasakan Akta Antiberita Tidak Benar Hari Ini

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 291 hits
Akta Antiberita Tidak Benar diluluskan oleh kerajaan Malaysia pada April 2018 sebelum PRU 14 Ia menerima kritikan kerana dilihat sebagai akta yang menyekat kebebasan bersuara dan menghukum penyebaran berita yang tidak selari dengan lidah ra...
Hidayah Ditarik Semula Kakak Ikut Langkah Emma Maembong Buka Hijab

Hidayah Ditarik Semula Kakak Ikut Langkah Emma Maembong Buka Hijab

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 1052 hits
Pada Februari lalu pelakon Emma Maembong mengambil keputusan untuk tidak bertudung setelah hampir hampir lima tahun memakai hijab Terbaru kakaknya Shikin Maembong dipercayai mengikut jejak langkah yang sama apabila kelihatan semua entri ter...
Langkah Langkah Supaya Seorang Pedagang Ahli Jualan

Langkah Langkah Supaya Seorang Pedagang Ahli Jualan

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 321 hits
Pembahasan kita kali ini yakni Reseller ialah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Bila Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin punya income tambahan maka resel...
4 Langkah Mudah Hilangkan Ketumbit Mata Dengan Segera

4 Langkah Mudah Hilangkan Ketumbit Mata Dengan Segera

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 1018 hits
Sapa saja leh kena KETUMBIT Kelopak Mata jadi bengkak Kawan pula mengata anda sekondeng Anda jadi bahan jenaka mereka Geraaaamnya nu Ketumbit mata sebenarnya The post appeared first on
Kenyataan Awal Mahathir Menutup Sebarang Cubaan Suara Parti Rama Menari Sekali Lagi

Kenyataan Awal Mahathir Menutup Sebarang Cubaan Suara Parti Rama Menari Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 249 hits
Benih benih yang tidak menghormati majlis samseng keras kepala pelampau perlu awal lagi dicantas sebelum kadok Naik junjung
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash