Mn Pecah Atau Pn Terpecah



Kerajaan yang memerintah sekarang adalah Perikatan Nasional atau PN, walaupun ia belum lagi didaftarkan sebagai sebuah gabungan yang sah
Meskipun UMNO dan BN adalah kelompok Ahli Parlimen terbesar dalam PN, tetapi ia sudah mengesahkan tidak akan menyertai PN selepas didaftarkan nanti
Setujunya UMNO dan BN berada dalam PN adalah semata-mata sehingga habis tempoh Parlimen PRU14, manakala untuk PRU15, UMNO dan BN hanya komited untuk bekerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional atau MN
MN juga bukan sebuah gabungan yang sah, cuma sebagai hubungan pengikat untuk UMNO dan Pas bekerjasama serta bagi mengelakkan bertembung sesama sendiri
Melalui MN, UMNO dan Pas akan menggunakan logo masing-masing ketika pilihanraya, tetapi akan saling bertolong bantu antara satu sama lain
Sementara UMNO tidak mahu menyertai PN, parti itu dan Pas bagaimanapun setuju menjemput Bersatu untuk menyertai MN
Namun demikian, respon akar umbi UMNO didapati rata-rata menolak kemasukan Bersatu ke dalam MN
Dalam hal ini, Pas yang berada dalam MN bukan saja setuju Bersatu dibawa masuk ke dalam MN, bahkan mengesahkan akan turut menyertai PN
PN secara asasnya adalah gabungan yang sudah menjadi kerajaan dan kini ingin dijadikan sebuah gabungan politik tajaan Muhyiddin Yassin
Dengan Muhyiddin menaja penubuhan PN, sudah tentulah beliau yang akan jadi ketua atau pengerusi gabungan tersebut nanti
Dalam erti kata lain, ada tiga entiti politik berbeza sekarang iaitu PN, MN dan BN
Dalam BN, ada UMNO, MCA, MIC dan PBS
Dalam MN ada UMNO serta Pas dan selepas ini akan turut disertai Bersatu
Dalam PN, setakat ini hanya ada Bersatu dan satu-satunya parti yang sudah mengesahkan akan menyertainya ialah Pas, manakala UMNO enggan bersamanya, begitu juga lain-lain parti masih belum memberi sebarang komitmen
Sementara UMNO yang sudah sedia bersama BN hanya komited untuk bersama MN, Pas dan Bersatu ingin berada di dalam lebih daripada satu entiti
Pas yang sudah bekerjasama dengan UMNO melalui MN ingin pula menyertai PN kerana di situ ada Bersatu yang memberi parti Islam itu banyak jawatan, kedudukan dan nikmat dunia yang mereka tak pernah terbayangkan sebelum ini
Bersatu pula, meskipun menaja penubuhan PN, dalam waktu yang sama tidak menolak mahu menyertai MN bagi memastikan kedudukan lebih selamat dalam PRU akan datang
UMNO enggan bersama Bersatu dalam PN adalah kerana tidak mahu berkongsi kerusi, terutama kepada kumpulan pelompat yang diketuai Hamzah Zainuddin dan kumpulan pengkhianat Azmin Ali yang kini mengepung erat Muhyiddin untuk menyelamatkan masa depan politik mereka
Begitu pun, perkembangan mutakhir ini menampakkan banyak kekeliruan antara UMNO, Pas serta Bersatu dan kedudukan ketiga-tiganya di dalam MN atau PN
Pas yang sudah berada di dalam MN, kini mahu menyertai PN dan ia sama seperti Bersatu yang menaja penubuhan PN, tetapi setuju juga menyertai MN
Hanya UMNO yang berbeza iaitu mahu bersama MN, namun enggan menyertai PN
Lalu, ke mana akhirnya hubungan mereka itu
Bolehkah ketiga-tiga parti itu bersatu hati, baik di dalam MN atau PN atau salah satu gabungan itu terpaksa dikorbankan
Antara MN dan PN, mana yang lebih dulu bakal terpecah? (Shahbudindotcom 21/08/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/mn-pecah-atau-pn-terpecah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asid Atau Alkali Ketahui Tentang Kertas Litmus

Asid Atau Alkali Ketahui Tentang Kertas Litmus

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 679 hits
Antara asas Sains yang murid selalu confuse adalah untuk uji Asid atau alkali kertas litmus warna apa yang kita kena guna Merah ke biru Kaedah paling mudah ialah ajarALI MAT BLUEAlkali Merah BiruTapi saya taknak murid saya hanya tahu mengha...
Jokowi Jangan Ada Yang Merasa Paling Agamis Atau Pancasilais Sendiri

Jokowi Jangan Ada Yang Merasa Paling Agamis Atau Pancasilais Sendiri

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 279 hits
Presiden Jokowi menyampaikan pidato kenegaraan dalam sidang tahunan MPR DPR Jumat Dalam pidatonya Jokowi menyinggung soal pelaksanaan demokrasi di Indonesia Dalam sidang tahunan MPR DPR tersebut Jokowi mengingatkan demokrasi harus orang lai...
Bukan Emas Atau Uang Pria Ini Viral Karena Berikan Kucing Untuk Seserahan

Bukan Emas Atau Uang Pria Ini Viral Karena Berikan Kucing Untuk Seserahan

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 277 hits
Seserahan adalah sesuatu yang diberikan oleh pihak pria kepada wanita saat menjelang pernikahan Biasanya isi seserahan berupa barang uang atau emas Tapi berbeda dengan pria asal Malaysia ini ia memberikan seserahan unik berupa kucing jenis ...
Bio Farma Vaksin Covid 19 Baru Bisa Diproduksi Februari Atau Maret 2021

Bio Farma Vaksin Covid 19 Baru Bisa Diproduksi Februari Atau Maret 2021

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 263 hits
Produksi vaksin Covid 19 tergantung dari hasil analisis interim uji klinis fase 3 terhadap para relawan
Azmin Ikon Di Miti Atau Di Sandakan

Azmin Ikon Di Miti Atau Di Sandakan

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 189 hits
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali memberitahu Dewan Rakyat mengenai sembilan pencapaiannya sejak memegang jawatan itu pada Mac lalu Salah satu pencapaian itu berbunyi Menjadi ikon MITI di kalangan media Pencapaian ters...
Jodoh Dipilih Atau Memilih

Jodoh Dipilih Atau Memilih

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 599 hits
JODOH DIPILIH ATAU MEMILIH Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih lagi beri kita peluang untuk hidup di atas muka bumi ini Alhamdulillah juga kerana anugerahkan isteri kepada hambamu ini ya Allah Walhal dalam keadaan diri ini yang m...
Emas Pembetulan Atau Pembalikan

Emas Pembetulan Atau Pembalikan

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 210 hits
Laporan COT yang diterbitkan pada hari Jumaat lalu menunjukkan bahawa niaga hadapan emas menyimpang dari harga mencapai paras tertinggi dalam sejarah di mana petunjuk Minat Terbuka adalah 100 000 kontrak di bawah tahap yang dicapai pada mus...
Susu Penuh Krim Atau Susu Segar Mana Satu Pilihan Buat Si Kecil Ini Tip Dari Pakar Untuk Mama Papa Pilih Yang Terbaik

Susu Penuh Krim Atau Susu Segar Mana Satu Pilihan Buat Si Kecil Ini Tip Dari Pakar Untuk Mama Papa Pilih Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 556 hits
Memberikan anak susu memang langkah yang baik Tapi antara susu penuh krim atau full krim dan susu segar mana satu yang sesuai Ini tip daripada doktor pakar pediatrik Menurut susu yang TERBAIK untuk bayi sudah tentunya susu ibu Itu tak boleh...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Pulau Poporang A Hidden Gem Of World War Ii History In Indonesia

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

Posting Di Ig Raih Perhatian Assistant Cik Epal Dibelasah Jofliam Aku Jumpa Kau Pecah Muka Kau

Kepulangan