Mmpw2020 Penganjur Akan Teruskan Melainkan Polis Suruh Batalkan Pas Jadi Kerajaan Pun Nak Berdemo Lagi




Penganjur pertandingan ratu cantik Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020 (MPWM 2020) tidak akan membatalkan acara kemuncak program tersebut yang dijadual 2 Jan depan kecuali selepas mendapat arahan pihak berkuasa untuk berbuat demikian

Pengarah Eksekutif Nasional MPWM 2020, Ziinine AS Britshi berkata demikian selepas Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan PAS menggesa agar acara ratu cantik yang mengetengahkan wanita bersaiz besar itu dibatalkan

“Saya tak fikir kami boleh hentikan Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020 kecuali kerajaan atau polis tiba-tiba menyuruh kami batalkan ia dengan serta-merta,” katanya kepada Malaysiakini hari ini

Katanya, dakwaan bahawa acara itu menggalakkan hedonisme dan tidak membawa sebarang manfaat adalah tidak berasas

“Sekiranya acara ni didakwa menggalakkan perkara negatif, MPWM 2020 meminta pihak terbabit untuk memberikan bukti yang kukuh,” katanya

Dalam bantahannya dua hari lalu, Yang di-Pertua Yadim, Nasrudin Hassan antara lain menyifatkan acara seumpama itu sebagai menyuburkan budaya hedonisme dan mempunyai unsur mengeksploitasi wanita

Dia yang juga ahli Jawatankuasa Pusat PAS berkata penganjur acara itu memberi isyarat yang salah, seolah-olah kerajaan sekarang merestui program seumpamanya

Dia juga berkata Yadim akan menghantar memo bantahan kepada penganjur dan juga pihak berkuasa tempatan

Bagaimanapun setakat laporan ini ditulis, Ziinine berkata pihaknya masih belum menerima memo tersebut

Hari ini PAS turut mendesak supaya acara itu dibatalkan dengan menyifatkan program berkenaan sebagai membawa unsur maksiat dan seharusnya tidak dilaksanakan di Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam

Untuk rekod, ini adalah kali pertama MPWM 2020 bakal diadakan di negara ini dengan objektif membina kesedaran terhadap perlecehan fizikal (body shaming) dan buli

MPWM 2020 dalam satu kenyataan sebelum ini turut mempertahankan visi acara berkenaan adalah untuk meraikan, menggalakkan dan mengangkat kecantikan, kebijaksanaan dan keyakinan wanita bersaiz besar.  
Penganjur juga berkata acara itu tidak menampilkan pertunjukan bikini atau pakaian renang


'Peserta Muslim tak diminta buka tudung'
Dalam pada itu, Zaniine turut meminta penjelasan pihak berkuasa sama ada semua acara berlandaskan kecantikan wajar dihentikan di Malaysia atas faktor agama, memandangkan negara ini mempunyai penduduk berbilang kaum

“Saya berharap ada pihak dapat memberikan pencerahan berhubung isu berbangkit - bagaimana dengan bukan Muslim? Acara ni tidak menyalahi budaya Kristian, Cina mahupun India

“Kami menerima sekurang-kurang empat penyertaan daripada wanita Muslim namun kami tak pernah meminta mereka menanggalkan tudung kerana kami menilai sikap positif dan kepimpinan mereka selain mahukan individu bertubuh besar mengamalkan hidup sihat, bukannya mahu ketengahkan peserta berpakaian seksi

“Ini antara perkara yang membezakan acara kami berbanding sesetengah pertandingan kecantikan lain,” katanya lagi

Sementara itu, mengulas risiko penularan Covid-19 sekiranya acara tetap diteruskan, Zaniine bertegas bahawa MPWM 2020 yang akan berlangsung di sebuah hotel di Putrajaya hanya membenarkan kehadiran tidak melebihi 200 orang

Katanya, ia sebagai langkah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara walaupun acara tersebut akan diadakan dalam ruang berkapasiti besar

“Kami hanya akan tempatkan 150 orang mengikut SOP hotel walaupun dewan boleh tempatkan 1,000 orang pada satu-satu masa,” katanya

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/12/mmpw2020-penganjur-akan-teruskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kau Nak Perang Kan Youtuber Terkenal Ditahan Selepas Mangsa Buat Laporan Polis

Kau Nak Perang Kan Youtuber Terkenal Ditahan Selepas Mangsa Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 274 hits
Susulan seorang gadis tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan yang dirinya dicabul oleh YouTuber popular lelaki terbabit telah menyerah diri kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Ko...
Hikmah Pas Jadi Kerajaan Kartel Daging Haram Dibanteras

Hikmah Pas Jadi Kerajaan Kartel Daging Haram Dibanteras

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 323 hits
Korang sedar atau tidak dah 40 tahun rakyat Malaysia makan daging yang tidak disembelih dengan ikut syarak Islam jadi hidangan rakyat Malaysia 40 tahun adalah tempoh yang panjang malah admin pun masih belum lahir ketika kartel ini wujud Mal...
Adun Derhaka Jadi Exco Derhaka Ini Idea Siapa Nak Rosakkan Pas

Adun Derhaka Jadi Exco Derhaka Ini Idea Siapa Nak Rosakkan Pas

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 549 hits
TUN menjangkakan semalam 15 Disember Kerajaan PN akan tumbang Sebelum itu heboh di media sosial bahawa Anwar sudah ada angka 113 Namun semuanya senyap selepas tengah malam tadi bila tarikh 16 Disember bermula Sebelum itu lagi dikecohkan ole...
Gadis Melayu Kahwin Pemuda Sikh Mana Suara Lebai Pas Woiiii Demontrasi Woiiii Nak Kiamat

Gadis Melayu Kahwin Pemuda Sikh Mana Suara Lebai Pas Woiiii Demontrasi Woiiii Nak Kiamat

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 856 hits
December 19 2020 Susulan satu laporan berkenaan perkahwinan Kapten hoki India Manpreet Singh Pawar dengan seorang gadis dari Malaysia Illi Najwa Saddique telah menimbulkan tanda tanya warga net tentang status agama gadis berkenaan Zaharin M...
Anak Muda Kelantan Tolak Pas Ph Nak Tengok Saja Ke

Anak Muda Kelantan Tolak Pas Ph Nak Tengok Saja Ke

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 326 hits
Balik dari Hospital Raja Perempuan Zainab II tadi mak naik Grab Perjalanan ke rumah mengambil masa kurang daripada 15 minit Kami bersembang sembang pasal covid19 Pasal KB masih PKPB tetapi sempadan sudah dibuka tiada lagi polis mengawal Pol...
Fitnah Tentang Pas Annuar Zaini Buat Laporan Polis

Fitnah Tentang Pas Annuar Zaini Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 197 hits
Fitnah tentang Pas Annuar Zaini buat laporan polisAhli Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini membuat laporan di Balai Polis Kampung Rapat semalam berikutan tular satu kenyataan dalam laman sosial Facebook yang memfitnah beliau ber...
Kenapa Masih Siasat Punca Kami Mahu Tahu Siapa Pelakunya Bapa Arwah Adib Kesal Kerajaan Nak Siasat Punca Kematian

Kenapa Masih Siasat Punca Kami Mahu Tahu Siapa Pelakunya Bapa Arwah Adib Kesal Kerajaan Nak Siasat Punca Kematian

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 283 hits
Keluarga Allahyarham Muhammad Adib yang meninggal dunia akibat rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November 2018 mempersoalkan tindakan kerajaan yang masih menyiasat punca kematiannya berbanding mendedahkan wajah sebenar indivi...
Beranikah Pas Bersuara Menyatakan Kegagalan Kerajaan

Beranikah Pas Bersuara Menyatakan Kegagalan Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 291 hits
Tahun lalu bila dividen ASB sebanyak 5 50 sen Pas kata ia sebagai kegagalan kerajaan tapi tahun ini di mana Pas sendiri berada dalam kerajaan dividennya cuma 4 25 sen saja atau rekod terendah dalam sejarah Beranikah Pas bersuara mengatakan ...
Isu Terakhir Yang Nak Dibawa Pas Parti Yang Menggunakan Agama Demi Sevival Politiknya

Isu Terakhir Yang Nak Dibawa Pas Parti Yang Menggunakan Agama Demi Sevival Politiknya

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 196 hits
Rasanya rakyat dah faham perangai parti agama yang selma ini kita dapat melihat wajah sebenar mereka Bagi penyokong Pas teruskan menyokong walau seribu dalil rakyat dah tahu perangai sebenar parti agama ini Nak tunjuk bagusnya islam memang ...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord