Mmg Minyak Urut Moden Lavender Bidara Kini Dalam Saiz Kecil Mudah Di Bawa Travel
MMG MINYAK URUT MODEN LAVENDER BIDARA KINI DALAM SAIZ KECIL MUDAH DI BAWA TRAVEL | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby telah menghadiri Majlis MMG Eternity di Espira Kinrara. Majlis gilang-gemilang ini diadakan sebagai tanda penghargaan MMG MIRATH SW Sdn Bhd kepada Famili MMG dimana mereka telah bersama-sama sejak 2016 dan kekal terus bersama
Selain itu, acara pelancaran MMG Lavender Bidara dalam saiz kecil turut diadakan. Melalui maklum balas pengguna yang menginginkan saiz kecil dan mudah di bawa kemana-mana. Keinginan anda didengari dan MMG berbesar hati mengeluarkan Lavender Bidara pada saiz 50gram.
MMG MINYAK URUT MODEN LAVENDER BIDARA KINI DALAM SAIZ KECIL MUDAH DI BAWA TRAVEL
Perlancaran MMG Lavender Bidara dalam saiz travel mendapat sambutan yang menggalakkan dari tetamu yang hadir. Saiz comel dan sesuai untuk disimpan dalam beg menjadikan ia adalah produk wajib di bawa oleh sesiapa sahaja. Anda boleh bawa dalam beg tangan, tinggalkan di pejabat, letakkan di dalam kenderaan atau letakkan dalam bag pakaian bayi anda untuk dibawa ke taska.
Hanya 50gram, anda boleh menikmati manfaat minyak urut dengan lebih selesa. Ini kerana Lavender Bidara diformulasikan dari 5 bahan utama iaitu Minyak Kayu Putih, Aloevera, Menthol Crystal, Lavender dan Bidara
Keunikan MMG Lavender Bidara adalah bertekstur losyen, berbau wangi, tidak melekit, tidak berminyak, pantas meresap, sejuk berangin, mesra wudhu, bahan-bahan organik dan sesuai digunakan untuk semua peringkat usia. Bayi sampai warga emas boleh menggunakannya. Sesuai untuk kulit sensitif
MMG Lavender Bidara ini hanya untuk kegunaan bahagian luar sahaja. Jangan pula letak di kawasan yang mudah dicapai oleh anak-anak kecil. Gunakan losyen minyak urut moden di bahagian perut ketika perut anak kembung, dahi dan kepala ketika ibu ayah migrain. Gunakan tanpa was-was.
MMG ETERNITY AWARDS 2022
Tahniah buat semua penerima anugerah. Usaha keras anda membuahkan hasil. Selain dapat menjana pendapatan, layanan dari pihak ibu pejabat MMG dalam memberi bahan pemasaran serta ganjaran apabila capai KPI paling menggembirakan Famili MMG
• Most Consistent Award 2022PUAN NORAZLIZA RAMLI
• Most Dynamic Award 2022PUAN AZURA JAMALUDDINCIK KARTIKA HAPLAN
• Most Commited Award 2022 PUAN SAMSIATUN AS'AD
• Most Creative Award
PUAN NADIA ASHA'ARI
• Most Inspired Award 2022
PUAN MAHANI MAT HUSINPUAN AIDAH ATIR
• Excellent in Leadership
PUAN WAN NUR FAZIELLAH WAN IBRAHIMPUAN SITI ROHANA MUSTAPA
• Outstanding Achievement AwardPUAN SITI NOOR ARIDA
• Top Growth Performance
Kategori SalesPUAN AZILA JOHARI
Kategori RestockPUAN NORAINI YUSOF
• Top Achiever 2022
Kategori Diamond : PUAN ASMA BENJAMAN
Kategori Gold : PUAN HASNAWATY UMAR
Kategori Jade : PUAN NUR FARAHLIYANA Kategori Rania : PUAN AZILA JOHARi
• Outstanding Team AwardTeam Famili DCH
KEJAYAAN DITERUSKAN BERSAMA FAMILI MMG
Pada tahun 2022, jumlah keuntungan jualan MMG Minyak Urut Moden mencecah sehingga RM 5 Juta. Melalui kejayaan itu, sasaran MMG pada tahun 2023 adalah RM 7 Juta. Ketika Majlis MMG Eternity, Ruby berkesempatan mewawancara Pengasas MMG MIRATH SW Sdn Bhd, Puan Lily Abdul Wahab, 40 tahun yang merupakan anak bongsu daripada lima orang adik beradik
Menurut Puan Lily, “Permulaan MMG pada tahun 2016 dengan hanya menjual dari rumah di Gombak. Asbab permulaan inovasi losyen minyak urut moden ini melalui pengalaman saya sendiri yang sering mengalami ketidakselesaan semasa haid. Sering senggugut. Kemudian, profesion pekerjaan saya memerlukan saya menguruskan dokumen.
Apabila ingin menguruskan dokumen, minyak urut yang saya gunakan ketika itu berminyak dan menginggalkan bau "minyak angin". Jadi, ia menjadi situasi yang tidak selesa untuk saya dan rakan sekerja. Semua orang tahu saya pakai minyak angin.
Tuan Jeffry Wahab
Dari situasi itu, saya dibantu oleh abang saya iaitu Tuan Jeffry yang memiliki ilmu tentang herba. Maka, kami mencipta formulasi produk pertama iaitu MMG Lavender dan mencubanya selama setahun sebelum saya menjualnya.
Sepanjang 7 tahun perniagaan, saya mendaftar perniagaan MMG Minyak Urut Moden yang berasaskan minyak urut tradisional melalui syarat-syarat dan SOP ketat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA). Saya ingin menjaga perniagaan dan famili MMG dengan sebaiknya agar tiada masalah dikemudian hari. Dengan cara ini, stokis, ejen dan pengguna akan yakin dengan produk MMG
Alhamdulillah dengan menjual MMG Minyak Urut Moden, seramai 2000 stokis dan ejen berjaya menjana pendapatan. Malah, produk ini telah menembusi pasaran antarabangsa iaitu di Singapura, Indonesia, Thailand dan Brunei Darussalam.
Saya berharap dengan produk MMG, ia dapat menyebarkan lagi manfaat dan membuka banyak lagi peluang perkerjaan kepada rakyat Malaysia dan suri rumah khususnya agar mereka berpeluang menjana pendapatan mengikut fleksibiliti masa mereka
Kami di Mirath SW Sdn Bhd gembira dapat melahirkan lebih ramai usahawan berjaya dari kalangan suri rumah yang berjaya urus masa dan boleh teruskan aktiviti suri rumah seperti hantar anak sekolah, memasak sambil berniaga MMG. Lebih ramai suri rumah berjaya menaikkan ekonomi keluarga masing-masing sehingga boleh membayar cukai dan zakat, itulah sasaran kejayaan bagi saya
Pencapaian luar biasa pada tahun 2022 memberi anjakan paradigma kepada famili MMG. Dari tidak tahu apa-apa, ramai di antara mereka belajar berniaga. Menyediakan ilmu adalah mudah untuk pihak HQ. Namun, mereka sendiri perlu mengambil inisiatif untuk belajar, mencari masa untuk hadir kelas dalam talian. Bukan mudah untuk seseorang bertindak luar biasa untuk menambah baik taraf kehidupan.
Hasil didikan ini, ramai berjaya menjana lebih RM 1000 sebulan. Seperti Top Ejen kami, hanya bermodalkan RM 250 sahaja. Beliau telah gandakan jualan sehingga RM50,000 setahun. Bagi saya ini cukup luar biasa buat suri rumah.
Dari kiri Encik Wan Ahmad Basheri Wan Salman dan Puan Lily Abd Wahab; Pengasas Bersama Mirath SW Sdn Bhd
Kejayaan setiap suri rumah dalam Famili MMG ini termasuk dapat bina rumah tanpa pinjaman, 100% simpanan hasil dari perniagaan MMG. Ada suri rumah dapat beli emas sendiri tanpa susahkan suami, ada yang dapat bantu suami dalam menyediakan perbelanjaan dapur, ada yang sebelum ini tidak pernah merasa bercuti di hotel, sekarang mampu bercuti kerap bersama keluarga dengan hasil simpanan jual beli MMG, ada suri rumah yang boleh buka syarikat sendiri, bayar zakat negeri beribu ringgit, dapat hantar anak ke sekolah yang lebih baik, itu adalah pencapaian manis untuk saya kenang. Bisnes sampai ke Syurga.” ulasnya lagi
PRODUK MMG MINYAK URUT MODEN
MMG Minyak Urut Moden dijual melalui stokis berdaftar, ejen berdaftar dan gerai pameran sahaja. MMG mempunyai dua jenis produk iaitu Gel Mandian dan Losyen Minyak Urut Moden
Untuk MMG Losyen Minyak Urut Moden terdapat 5 jenis wangian iaitu:
1. MMG Timun Bidara (120g) 2. MMG Epal (120g)3. MMG Lavender (120g)4. MMG Halia (120g)5. MMG Lavender Bidara (120g dan 50g)
Setiap MMG Lotion Minyak Urut Moden mengandungi bahan-bahan wajib iaitu:
Minyak Kayu Putih dari India
Meredakan hidung tersumbat , membantu mengatasi infeksi kulit, meringankan kram otot, mengatasi gigitan serangga
Menthol Crystal
Memiliki sifat yang larut dalam air dan mempunyai sifat antiseptik yang biasanya dapat menghalang pertumbuhan kuman
Aloe Vera
Meningkatkan tahap pencernaan, meningkatkan imunisasi , melegakan sakit sendi dan otot
Dapatkan MMG pilihan anda sekarang
MMG | FACEBOOK | INSTAGRAM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2023/01/mmg-minyak-urut-moden-lavender-bidara.html