Bila Dah Sampai Lega Elfira Loy Nervous Bawa Dua Anak Pergi Umrah Kongsi Tip Bawa Anak Kecil
Siapa yang tidak bimbang dan gementar bila membuat keputusan untuk membawa anak kecil mengerjakan umrah. Bagi pelakon, Elfira Loy, biarpun sedikit gementar namun dicekalkan hatinya untuk membawa dua anak kecilnya turut sama mengerjakan umrah.
Menerusi Instagram, akui Elfira, dia pada mulanya amat bimbang dan gementar untuk berdepan dengan karenah dua anaknya. Tambah pula bimbang jika mengganggu ibadahnya ketika berada di sana.
Namun sebaik sampai dan menjejakkan kaki Tanah Suci, semuanya dipermudahkan kata Elfira.
“Dekat Malaysia memang nervous sangat nak bawak Rayyan & Aria for Umrah. Tapi bila dah sampai, Alhamdulillah boleh. Dengan Izin Allah,” kongsi Elfira.
Biar pun begitu, membawa anak turut berdepan dengan cabaran namun kongsi Elfira lagi, apa pun kuncinya adalah sabar dan reda dalam semua perkara.
“My tips to travel with the kids for Umrah ni, kena banyak bersabar je. Kena banyak redha kalau kita tak dapat banyak opportunity untuk lakukan banyak ibadah.
“Contohnya, pegi Raudhah. Haritu El dah book slot tapi terlewat 10 minit terus tak boleh masuk.
“Siapa tak sedih kan, takkan nak marah anak-anak? Nak marah yang lain. Jadi apa perlu kita buat? Redha je,” kongsinya lagi.
Meninjau di Insta Storynya, Elfira juga turut berdepan kesukaran untuk mengendong anak kecilnya namun dikuatkan semangat demi tanggungjawab dan ibadah yang perlu dilaksanakan sebaiknya.
“This girl refused to take the stroller, jadi kena dukung je macamni sepanjang ziarah luar, Ke Masjid Quba, ladang kurma & Gunung Uhud.
“Memang sengal sengal tangan mommy balik tu. Waktu tu memang rasa nak nangislah. Tapi sekarang bila tengok gambar ni balik. It reminds me of “love of a mother”. Walau penat cemana sekalipun, tetap tersenyum demi anak anak,” kongsinya.
Malah ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut berterima kasih kepada semua yang turut membawanya dan keluarga ke sana. Tambah pula dengan suasana dan cuaca yang begitu baik serta memudahkan urusannnya di sana.
“InshaAllah doa dekat mana mana pun Allah dengar. Hopefully masih ada peluang untuk El. Doakan ok ♥️
“Thank you @irkaztravel for this opportunity. Nasib baik sempat dapat slot January ni, cuaca best. Alhamdulillah,” tulis Elfira lagi.
View this post on Instagram
A post shared by @elfiraloy
Menarik: Sikit Lagi Dengar Sampai Kuala Kedah, Marah Anak Macam Komando, Ramai Terhibur Dengan Suara Mua Bellaz
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
The post “Bila Dah Sampai Lega” Elfira Loy Nervous Bawa Dua Anak Pergi Umrah, Kongsi Tip Bawa Anak Kecil! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/bila-dah-sampai-lega-elfira-loy-nervous-bawa-dua-anak-pergi-umrah-kongsi-tip-bawa-anak-kecil/