Misteri Roh Penjaga Rumah Agam Bill Beatty


Pada tahun 1923, Bill Beatty akhirnya berjaya merealisasikan impiannya untuk membina sebuah rumah agam di dalam kawasan hutan seluas 150 ekar di Basking Ridge, New Jersey. Rumah itu diilhamkan berdasarkan reka bentuk istana Norman yang dibina pada abad ke 17.


Tahun 1930, Bill membawa isteri dan empat anaknya menetap di situ walaupun pembinaan rumah itu masih belum siap sepenuhnya.

Sayangnya, hanya setahun duduk di situ, Bill meninggal dunia di usia 4 tahun kerana serangan flu. Impian untuk melihat rumah idaman siap sepenuhnya tidak kesampaian.

Isterinya, Sarah Beatty terus menetap di situ bersama anak-anaknya sebelum berpindah pada tahun 1941. Rumah itu kemudian dijadikan sekolah untuk beberapa dekad sebelum terbiar kosong sehinggalah pada tahun 1972, Dong Burlingame dan isterinya Carol membeli rumah tersebut.

Pada peringkat awal mereka berpindah ke rumah itu, hati Carol sudah terdetik ada sesuatu yang turut menghuni di situ. Kemudian, satu demi satu bunyi aneh mula didengari pasangan tersebut.

Bunyi bising bagai orang sedang mengetuk sesuatu berulang-kali sering kedengaran terutama di bahagian laluan utama di dalam rumah itu.

Di saat awal, Carol pernah membawa seorang kawannya yang mempunyai kelebihan psikik ke rumah itu. Dan temannya mengesahkan memang ada entiti lain yang tinggal di situ.

Carol bertanya, perlukah entiti itu diusir keluar?

"Jangan. Biarkan saja. Ini memang tempatnya. Dia seorang yang 'mesra'. Tak perlu takut," kata temannya menjawab.

Lalu, pasangan suami isteri itu belajar untuk hidup bersama 'penghuni' rumah baru mereka. Ada kalanya 'penghuni' itu suka bergurau. Acap kali juga apabila pasangan Burlingame menonton televisyen, saluran rancangan akan bertukar sendiri berulang-kali.

Carol turut melakukan pencarian tentang pemilik asal rumah itu. Dari situlah dia mengenali nama Bill Beatty. Malah, Carol berjaya bertemu dengan Eugene Melville, salah seorang pekerja yang pernah terlibat dalam pembinaan rumah tersebut.

Lelaki itu tidak terperanjat apabila mendengar kisah 'hantu' yang menghuni mahligai tersebut.

Menurut Eugene, dia bertugas untuk menyiapkan pembinaan di bahagian rumah yang tertangguh selepas kematian Bill.

"Pada suatu hari, saya membantu Sarah, isteri Bill mencari gelangnya yang hilang. Ketika itu kami berdua melihat bayang seorang lelaki berdiri di aras balkoni rumah dan memandang ke arah kami.

"Sarah yang terkejut melihat bayang lelaki itu menjerit dan menangis sambil mengatakan itulah Bill, suaminya yang sudah mati tiga tahun lalu. Tidak lama. Hanya sekelip mata kemunculan bayang itu sebelum hilang begitu saja di depan mata kami," cerita Eugene.

Hasil pencariannya, Carol yakin 'penghuni' di rumah itu adalah hantu jelmaan Bill Beatty, yakni pemilik asal yang bertanggungjawab membina mahligai tersebut. Malah, Carol semakin biasa dengan kehadiran Bill di rumah itu.

Seringkali Carol memerhatikan ada kalanya 'hantu' itu akan mengalihkan sesuatu barang. Contohnya, sewaktu di dapur, roti yang diletakkan Carol akan beralih kedudukannya.

Bagi Carol, itu bagai satu petanda bahawa 'dia' berada di situ. Malah, ada kalanya hantu tersebut lebih bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah itu berbanding Carol.

Pada suatu hari, pasangan suami isteri itu hendak keluar. Suaminya, Dong menyuruh Carol menutup tingkap kerana khuatir jika hari hujan sepeninggalan mereka.

Namun, Carol enggan menutupnya kerana yakin cuaca cerah, tidak mungkin hujan akan turun. Rupa-rupanya, setelah mereka bertolak, hujan benar-benar turun. Carol risau kerana tempias hujan melalui tingkap pasti akan membasahkan ruang di dalam rumah.

Tetapi, apabila pulang semula ke rumah, mereka berdua terkejut melihat semua tingkap yang sebelum itu dibiarkan terbuka sudah tertutup rapat. Bagaikan ada orang yang telah menolong menutupnya. Tiada setitis pun air hujan masuk ke dalam rumah.

Kewujudan hantu di rumah Carol menarik perhatian pengkaji paranormal. Namun, setelah kajian dijalankan di rumah tersebut, krew paranormal mengakui terdapat kehadiran 'entiti' di situ.

Malah, Carol masih ingat kata-kata Eugene bahawa Bill tidak pernah meninggalkan istana idamannya kerana mahligai tersebut dibina dengan perasaan penuh kasih sayang.

Mungkin hanya apabila berada di rumah itulah roh Bill menjadi lebih tenang.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2013/12/misteri-roh-penjaga-rumah-agam-bill.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Potret Rumah Mewah Tanpa Penghuni Mangkrak Dan Banyak Barang Klasik Tertinggal

Potret Rumah Mewah Tanpa Penghuni Mangkrak Dan Banyak Barang Klasik Tertinggal

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 225 hits
Penampakan sebuah rumah mewah yang sudah tidak dihuni Rumah yang terdiri dua lantai ini mengkrak dan terbengkalai begitu saja Di dalamnya banyak sekali barang klasik yang mencengangkan Demikian potretnya seperti dilansir dari Youtube REGI S...
Tips Mudah Simpan Duit Untuk Suri Rumah Boleh Simpan Sehingga 4 Angka Setahun

Tips Mudah Simpan Duit Untuk Suri Rumah Boleh Simpan Sehingga 4 Angka Setahun

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 397 hits
Selepas mendirikan rumah tangga sangat penting buat suami isteri merancang kewangan dan perbelanjaan Apatah lagi ketika belum dikurniakan cahaya mata Pada masa inilah peluang untuk buat simpanan Pada awal perkahwinan pelbagai kaedah yang ka...
Ayam Panggang Peri Peri Rupa Rupanya Mudah Je Buat Di Rumah

Ayam Panggang Peri Peri Rupa Rupanya Mudah Je Buat Di Rumah

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 270 hits
Sebut sahaja ayam panggang terus rasa berselera nak makan Apatah lagi jika ayam tersebut rasa seperti ayam panggang peri peri ala Nando s Aromanya saja dah tambat selera Dicicah pula dengan sos peri peri pedas ataupun bawang putih Memang bu...
Muda Bantah Jais Larang Umat Islam Sertai Program Rumah Ibadat Lain

Muda Bantah Jais Larang Umat Islam Sertai Program Rumah Ibadat Lain

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 171 hits
Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah tidak bersetuju dengan peraturan Jabatan Agama Islam Selangor melarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadah agama lain Ahli Parlimen Muar itu berkata program dan usaha untuk menyemarakkan...
9 Petua Yang Anda Boleh Guna Untuk Halau Cicak Yang Suka Berak Merata Di Rumah Anda

9 Petua Yang Anda Boleh Guna Untuk Halau Cicak Yang Suka Berak Merata Di Rumah Anda

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 242 hits
Ada dua perkara yang ramai orang tak suka pada cicak ini Pertamanya adalah bunyinya yang sekali sekala agak mengejutkan Anak anak kecil terutamanya akan terpegun kaku setiap kali mendengar bunyi cicak yang agak lantang di malam sunyi Satu l...
Hasil Memotret Di Sekitar Rumah Mentua

Hasil Memotret Di Sekitar Rumah Mentua

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 249 hits
Rumah mentua saya yang terletak di Batu Pahat tak terlibat dengan banjir Juga tiada laluan yang ditutup maka dapatlah kami pulang ke kampung tanpa sebarang masalah Pun begitu di laluan menuju rumah mentua kami menyaksikan rumah rumah perkeb...
Suka Buat Ice Facial Walaupun Duduk Rumah Mira Tetap Jaga Kulit Wajah Rahsia Kekal Cantik

Suka Buat Ice Facial Walaupun Duduk Rumah Mira Tetap Jaga Kulit Wajah Rahsia Kekal Cantik

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 195 hits
Selebriti terkenal Mira Filzah yang juga kini ibu kepada cahaya mata lelaki tidak lokek berkongsi rahsia kecantikan dirinya kepada peminat Berkongsi tentang soal cantik bagi Mira duduk rumah pun masih kena jaga kulit muka Baca Bekas pengaca...
Saya Datang Untuk Baiki Paip Tersumbat Jer Pelajar Ipt Apabila Dicekup Berkhalwat Dengan Kekasihnya Di Rumah Sewa

Saya Datang Untuk Baiki Paip Tersumbat Jer Pelajar Ipt Apabila Dicekup Berkhalwat Dengan Kekasihnya Di Rumah Sewa

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 142 hits
Isnin lalu Jabatan Agama Islam Melaka telah menahan sepasang kekasih yang disyaki berkhalwat di sebuah rumah sewa selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam nbsp Pengarah JAIM Datuk Che Sukri Che Mat berkata pihaknya terdahulu mene...
Anwar Has Become Inspector Saab Pas Info Chief Says

Mastering The Skill Of Market Analysis

Photo Goes Viral Ministers Deputies Missing From Dewan Rakyat

Isteri Bolot Duit Jual Buah Pinggang Suami Lari Dengan Kekasih

Where Will Our Money Come From If We Don T Tax The Rich Anwar Says Tnb Tariff Hike Won T Affect 85pc Of Malaysians

Cybersecurity For Small Businesses

Rahsia Mandi Air Sejuk Di Awal Pagi Untuk Menyegarkan Tubuh Dan Pikiran

Gluten Pengertian Bahaya Kesihatan Dan Panduan Diet Bebas Gluten


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


67 Mayat Mangsa Nahas Helikopter Pesawat Di Washington D C Ditemukan

Terjemahan Niat Jahat Polis Digesa Siasat Pertikaian Istilah Kuda Gila

Kasut Pallas Baharu Vgrip Beri Cengkaman Kuat Dan Lebih Selamat Untuk Anak Anak Bersekolah

Enjoy The Best Gaming Experience With Play88 Malaysia Casino

Perencah Nasi Ayam Hainan Yang Mudah Dan Sedap Digunakan

A Proper System To Manage E Waste Is Both Profitable And Sustainable