Hasil Memotret Di Sekitar Rumah Mentua
Rumah mentua saya yang terletak di Batu Pahat tak terlibat dengan banjir. Juga tiada laluan yang ditutup, maka dapatlah kami pulang ke kampung tanpa sebarang masalah
Pun begitu di laluan menuju rumah mentua, kami menyaksikan rumah-rumah, perkebunan sawit dan sebahagian jalan masuk ke kampung-kampung masih ditenggelami air. Banjir masih belum surut - ‘banjir termenung’. Jalan yang kami lalui juga banyak yang rosak, berlubang di sana sini kesan laluan air banjir
Situasi banjir buruk kali ini dikatakan sama seperti banjir yang dialami sekitar awal tahun 80-an. Semoga Allah kurniakan ketabahan hati dan dipermudahkan segala urusan kepada mereka yang terlibat
Berbalik kepada tajuk entri, jika ada kesempatan saya dan encik suami biasanya akan meronda sekeliling rumah Mak. Melihat-lihat sebarang perubahan dan sambil itu saya akan memotret apa-apa yang kelihatan menarik di mata saya
Saya kongsikan foto-foto berikut di blog sebagai kenang-kenangan :
Burung di pokok manggis.
Tupai di dahan pokok manggis.
Bunga pokok buah apa ni? Cuba teka! Uji pengetahuan je, tak ada hadiah tau.
Cendawan segar di batang pokok mati.
Rimbunan pokok buluh, di belakangnya tu kebun sawit.
Lampu minyak saiz kecil yang digunakan di reban ayam, bertujuan supaya anak ayam rasa hangat. Entah bila kali terakhir ia digunakan.
Ini pula tak berkaitan dengan rumah mentua. Video dengan pemandangan banjir ini saya rakam sewaktu dalam perjalanan dari rumah mentua menuju ke tol, iaitu sekitar Jalan Yong Peng. Saya sertakan di entri ini sebagai satu memori banjir di Batu Pahat yang sempat saya saksikan. Video asal dari normal speed telah saya edit kepada half speed dengan durasi 0:59 minit supaya lebih mudah ditonton
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2023/03/hasil-memotret-di-sekitar-rumah-mentua.html