9 Petua Yang Anda Boleh Guna Untuk Halau Cicak Yang Suka Berak Merata Di Rumah Anda
Ada dua perkara yang ramai orang tak suka pada cicak ini. Pertamanya adalah bunyinya yang sekali sekala agak mengejutkan. Anak-anak kecil terutamanya akan terpegun kaku setiap kali mendengar bunyi cicak yang agak lantang di malam sunyi.
Satu lagi perkara yang paling dibenci oleh orang ramai terhadap cicik ini adalah masalah berak. Cicak suka berak merata tempat di mana saja dia suka. Malah kadang kala dia boleh lepaskan taiknya yang busuk semacam tu atas kepala anda.
Jika anda tinggalkan rumah yang ada cicak kosong seminggu atau dua minggu, kepulangan anda nanti ke rumah bakal menyaksikan pesta taik cicak di merata tempat. Atas meja makan, atas kabinet, kat dapur dan sebagainya.
"Hapuskan pepijat 100% berkesan dengan Haba! Hubungi Azrami di nombor 010-246 2542 - Easelife Services Sdn Bhd Syarikat Pest Control berlesen"Ringkasnya cicak memang jenis binatang atau makhluk yang ramai manusia tak suka. Dalam industri pest control, masalah cicak sering menjadi antara pertanyaan pelanggan yang mahu hapuskan cicak dari premis mereka.
9 cara halau cicak dari rumahJika anda merupakan salah seorang yang sedang menghadapi masalah cicak yang terlalu banyak di rumah, boleh cuba amalkan 9 cara yang dikongsikan di bawah untuk halau cicak dari bermaharajalela di rumah anda.
1. Perangkap cicakAnda boleh tangkap cicak yang banyak kat rumah dengan menggunakan perangkap cicak. Boleh beli samada di pasaraya atau di mana-mana hardware berkonsepkan DIY. Biasanya perangkap cicak diperbuat dari kertas tebal yang diletakkan gam di permukaannya.
Ada bahan yang boleh menarik minat cicak datang ke perangkap dan kemudiannya cicak akan melekat. Bila kena cicak, anda boleh buang saja perangkap sekali dengan cicak yang ada melekat kat sinu.
Cara ini mengambil masa beberapa hari dan banyak perangkap yang diperlukan untuk mencapai tahap zero cicak di rumah anda.
2. Penghalau cicakAda bahan yang diberikan nama sebagai lizard repellent di pasaran. Kalau pergi cari kat pasaraya, anda mungkin dapat jenis gel atau cecair pekat yang perlu disapukan pada tempat yang anda tak mahu cicak datang.
Ada juga jenis spray dan jenis elektronik. Pilihlah mana satu yang anda rasa nak cuba. Bawa balik dan buat percubaan di rumah.
3. Perangkap buatan sendiriAnda juga boleh buat perangkap sendiri untuk tangkap cicak. Cara paling mudah adalah dengan pergi hardware, dapatkan gam tikus atau yang kurang kuat dari itu. Ambil sekeping kertas tebal dan sapukan gam di permukaan kertas tersebut.
Selepas itu letakkan di tempat di mana cicak ada banyak. Letakkan sikit makanan atau bahan putih seperti serangga kecil di tengah kertas bergam itu. Anda akan dapat lihat banyak cicak terperangkap pada gam keesokkan harinya.
4. Jadikan rumah tidak mesra cicakCicak tak suka rumah yang bersih tak ada sampah dan tak ada langsung bahan makanan. Oleh itu bersihkan rumah anda senantiasa. Jangan biarkan rumah bersepah dan tidak tersusun. Buang semua sampah dari rumah terutamanya di bahagian singki.
5. Jauhkan makanan cicakSalah satu sebab cicak duduk menumpang dan bernak pinak kat rumah anda adalah disebabkan ada punca makanan yang banyak untuk mereka di situ. Oleh itu, jika anda berjaya hapuskan segala punca makanan cicak, mereka akan berhijrah pergi ke tempat lain yang ada makanan.
Makanan yang cicak amat suka ada serangga terbang seperti nyamuk, rama-rama kecil atau ungas terbang kecil yang lain. Pasangkan jaring supaya semua serangga kecil ini tidak ada dalam rumah anda. Tiada makanan, cicak akan belah.
6. Hapuskan ruang tinggal cicakBuat pemeriksaan di segenap sudut rumah anda. Mana saja terdapat rekahan atau celahan, anda perlu tutup samada dengan Silikon atau Urethane. Jangan kasi runag langsung untuk cicak jadikan pot tempat melepak mereka.
7. Gunakan bawang putihAnda boleh gantung bawang putih di bahagian-bahagian yang biasanya banyak cicak di rumah anda. Gantung bawang putih kat tingkap dan pintu serta berdekatan dinding yang ada cicak. Cicak tak suka bau bawang putih.
Atau boleh juga anda buat bancuhan bawang putih yang dicampur dengan air. Masukan dalam penyembur dan mula semburkan campuran air bawang putih tersebut ke dinding, tingkap siling dan lain-lain. Rumah anda akan semerbak berbau bawang putih.
Jangan anda sendiri yang pengsan bau bawang putih dan keluar dari rumah sebab tak tahan bau bawang putih sudahlah !
8. Gunakan bulu merak dan kulit telurAnda boleh juga cuba gantungkan atau lekatkan bulu burung merak pada dinding dan tempat-tempat lainya. kalau tak ada bulu burng merak, boleh juga gunakan kulit telur. Lekatkan atau gantung di tempat yang ada cicak.
Cicak tak suka kulit atau bulu burung besar sebegitu sebab jenis burung sebegitu akan patuk dan makan cicak.
9. Gunakan air ais sejukJika anda nampak cicak di rumah, cuba semburkan air ais yang sejuk gedik supaya terkena pada cicak itu. Sebaik saja cicak terkena air yang amat sejuk, suhu badan cicak akan turun jadi sejuk dan mereka akan kejang tak boleh bergerak.
Bila jadi macam tu, ambil saja cicak yang tengah jem tersebut masukkan ke dalam beg plastik ikat kuat-kuat dan lepaskan ke dalam sungai supaya cicak itu belayar pergi jauh dari rumah anda. Kalau tak mahu cicak belayar, anda boleh terus bunuh saja cicak itu, selesai cerita.
Selamat mencuba !
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mypestnews.com/2023/03/9-petua-yang-anda-boleh-guna-untuk.html