Misteri Manusia Psikik Dari Kelantan


Rata-rata orang berkata, mereka yang mempunyai kuasa minda bawah sedar sebenarnya mempunyai kelebihan psikik. Justeru ramai yang mengaitkan perihal kenampakan 'makhluk halus' dengan keupayaan ini.

Gambar hiasan.

Perkara ini disemarakkan lagi apabila ada individu yang mempromosikan perkara ini dengan pelbagai tema. Sejak tahun 1950an hingga sekarang, perkara sedemikian banyak dikaitkan dengan aktiviti perbomohan.

Malah, sering kali kita dengar ada 'bomoh' yang pandai membuang hantu itu sebenarnya mempunyai kuasa Psikik.

Tapi, soalnya benarkah Psikik benar-benar berlaku? Adakah pada zaman moden ini, maknanya Psikik perlu menjadi perkara lain? Bolehkah ia bermanfaat untuk membuka fikiran kita?

Kali ini kita akan cuba menyelami perkara ini melalui sebuah kes yang benar-benar berlaku.

Sekitar tahun 2002 (bukan tarikh sebenar), telah berlaku satu kes pembunuhan kejam yang melibatkan seorang wanita yang mati ditikam dan disiat-siat kulitnya.

Pihak berkuasa buntu untuk menyelesaikan kes tersebut kerana ketandusan maklumat. Ini kerana terlalu sedikit bahan bukti yang dapat dikaitkan dengan kes tersebut.

Secara kebetulan ketika kejadian itu berlaku, Haslina Mohd Nor, 35, berada di lokasi. Lantaran daripada itu, dia terpanggil untuk membantu pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Dalam kejadian itu, Haslina cuba membantu dengan menggunakan kepakaran psikiknya melalui cara memegang cebisan pakaian mangsa.

Sebaik saja pakaian itu dipegang, dia dapat mengimbau kembali kembali kejadian kes pembunuhan tersebut.

Malahan, dia juga mampu merasai semula situasi yang berlaku ketika itu. Sebagaimana yang dialami dan dirasai oleh mangsa kes pembunuhan itu, begitu juga Haslina rasa semasa dia cuba menganalisis kes tersebut.

Hasil daripada analisis yang dibuat, Haslina menjelaskan satu demi satu apa yang berlaku dan siapa yang terlibat dalam kes pembunuhan tersebut. Dia menggambarkan bagaimana rupa sebenar penjenayah-penjenayah itu.

Hasil daripada maklumat yang disampaikan oleh Haslina, akhirnya pihak berkuasa berjaya menangkap penjenayah tersebut.

Ini bermakna ramalan yang dibuat oleh Haslina adalah tepat kerana hasil daripada sumber maklumat daripadanya telah membawa kepada penangkapan penjenayah tersebut.

Namun persoalannya disini, adakah setiap ramalan yang dibuat oleh Haslina betul-betul tepat ataupun samar-samar.

Menurut Haslina yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, semasa dia menganalisis kes tersebut, dia dapat melihat kejadian itu seolah-olah menonton wayang di layar putih.

Sebagaimana kejadian itu berlaku, begitulah yang dilihatnya dan digambarkan kepada pihak berkuasa ketika itu.

Ujar Haslina lagi, bukan kes itu sahaja yang pernah dia pernah selesaikan. Malahan banyak lagi kes yang melibatkan orang biasa.

Kebanyakan mereka datang berjumpa dengannya untuk meminta bantuan mengesan barang-barang yang hilang.

Ketepatan setiap analisis yang dibuat olehnya kebanyakannya adalah 99 peratus tepat. Dia juga ada mengatakan secara keseluruhannya hampir kesemua kes-kes yang diajukan kepadanya dapat diselesaikan.

Menurut Haslina, dia sendiri tidak tahu mengapa perkara sebegitu berlaku kepadanya. Tetapi dalam satu kejadian di sebuah hospital, dia diberitahu DNAnya berbeza daripada manusia biasa.

Ketika itu, dia baru melahirkan anak sulungnya dan pihak hospital telah mengambil contoh darahnya dan melakukan ujian DNA.

Hasil daripada analisis tersebut didapati, pergerakan DNAnya terlalu aktif.

Doktor yang membuat ujian berkenaan merasa pelik dengan kejadian itu. Menurut doktor tersebut, tidak ramai orang yang mempunyai pergerakan DNA seaktif Haslina.

Disebabkan kekurangan kepakaran, Haslina disarankan supaya membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Sains Malaysia yang menyebabkan DNAnya menjadi luar biasa.

Namun disebabkan kekangan masa dan kesibukannya dengan dunia perniagaan, menyebabkan dia tidak dapat meneruskan pemeriksaan lanjutan di Hospital Sains Malaysia.

Sehubungan itu jelas Haslina lagi, pernah sekali jarinya terluka terkena pisau dan dia mendapati darahnya bertukar warna menjadi hitam.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2013/11/misteri-manusia-psikik-dari-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Misteri Penemuan Tapak Kaki Gergasi Manusia

Misteri Penemuan Tapak Kaki Gergasi Manusia

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 145 hits
Sains mengatakan bahawa bangsa bangsa manusia gergasi tidak wujud Adakah gergasi pernah hidup di Bumi Tapak kaki Goliath adalah panggilan penduduk tempatan terhadap tapak kaki gergasi ini Ia menjadi salah satu daripada rahsia Afrika Selatan...
Misteri Bagaimana Rambut Manusia Tumbuh

Misteri Bagaimana Rambut Manusia Tumbuh

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 140 hits
Tahukah anda rambut manusia secara normalnya akan tumbuh sepanjang 1 5 cm sebulan Pertumbuhan rambut manusia berlaku secara berirama Perkara ini masih lagi menjadi tanda tanya dikalangan saintis kerana belum ada jawapan mengenainya Dipercay...
Misteri Manusia Bercahaya Lady Of Fatima

Misteri Manusia Bercahaya Lady Of Fatima

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 288 hits
Segalanya bermula pada Mei 1917 apabila tiga orang kanak kanak mendakwa mereka melihat seorang wanita yang lebih bercahaya daripada matahari memancarkan satu sinar yang terang berbanding kristal dengan jasad seolah olah ditembusi cahaya Per...
Bakal Timang Cahaya Mata Sulung Tengku Che Puan Mahkota Kelantan Sambut Kelahiran Julai Ini

Bakal Timang Cahaya Mata Sulung Tengku Che Puan Mahkota Kelantan Sambut Kelahiran Julai Ini

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 228 hits
Sekian lama menanti Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan isterinya Che Puan Mahkota Kelantan Sofie Louise Jahansso mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung mereka Perkhabaran gembira itu dikongs...
Senarai Harga Roti Golok Viral Di Kota Bharu Kelantan

Senarai Harga Roti Golok Viral Di Kota Bharu Kelantan

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 449 hits
Senarai Harga Roti Golok Viral Di Kota Bharu Kelantan Sekarang banyak betul kedai makan yang viral di kelantan contohnya dan untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang Roti Golok Viral di Kota Bharu Kelantan Untuk ...
Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Kelantan 1444h 2023m

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Kelantan 1444h 2023m

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 383 hits
Jadual waktu berbuka puasa dan imsak negeri Kelantan bagi Ramadhan 2023M 1444H sepertimana disiarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jadual atau takwim ini diharap dapat membantu umat Islam yang menetap di Kelantan mendapatkan maklumat...
Kelantan Not Sidelined Nga Assures Mb At Joint Function

Kelantan Not Sidelined Nga Assures Mb At Joint Function

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 229 hits
Opposition led states including Kelantan will not be sidelined from any federal development projects said Local Government Development Minister Nga Kor Ming at a function today Also present was Kelantan menteri besar Ahmad Yakob In his spee...
Isu Air Kelantan Suara Zahid Ibarat Meriam Buluh Kata Ibrahim Ali

Isu Air Kelantan Suara Zahid Ibarat Meriam Buluh Kata Ibrahim Ali

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 232 hits
agendaily com17 03 2023Presiden Putra Datuk Ibrahim Ali menempelak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Parti Bumiputera Perkasa Malaysia menempelak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kononnya berkata parti yang kini be...
Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro

Essential Survival Skills Every Adventurer Should Master