Misteri Lembah Barhut Seburuk Buruk Air Di Atas Muka Bumi Tempat Ruh Kafirun Dan Munafik Dihimpun


Berbau sangat busuk, tempat roh gelap dan iblis dipenjara, sangat misteri, itulah gambaran ngeri dan seram tentang lembah Barhut gurun berpasir, di sini juga terdapatnya sebuah telaga iaitu "Telaga Barhut", dikenali sebagai "Telaga Neraka".  Terdapat juga banyak cerita aneh dan legenda, salah satunya mengatakan bahawa penghuni telaga itu adalah jin dan syaitan.

 

Lembah yang dikatakan  sebagai keajaiban alam penuh dengan misteri yang masih belum terungkai, tepatnya terletak di padang pasir Al-Mahra sekitar 1300 kilometer dari ibu kota Sanaa, berhampiran sempadan negara Oman.  Telaga Barhut lebarnya 30 meter (100 kaki), dan kedalamannya dipercayai hingga 250 meter (800 kaki).  Ia berada jauh dari kawasan penempatan manusia.


 




Penduduk tempatan percaya bahawa telaga itu adalah penjara bagi jin, dan ia disebut "dasar neraka" kerana terkenal dengan bau sangat busuk yang keluar dari telaga itu.  Mereka tidak tahu apa yang ada di dalamnya.



Misteri mengelilingi Telaga Barhout  kerana banyak kisah dan legenda beredar dari generasi ke generasi mengenai ia dihuni oleh jin, tetapi tidak banyak yang diketahui mengenai telaga gergasi yang begitu dalam ini.


Seorang warga Yaman, Ammar Hashem Mohammed Osman menulis mengenai pengalaman sebenar yang dilaluinya, semasa menjalani perkhidmatan tentera di sebuah kem berhampiran kawasam lembah Bahrut.  Beliau mendakwa bahawa bau yang dialaminya adalah yang terburuk yang tidak dapat dibayangkan.

 

"Ada sebuah telaga biasa yang digali untuk menyediakan air di kawasan kem tentera. Akan tetapi ketika pam mula berfungsi untuk pertama kalinya mengeluarkan air, cecair hitam pekat seperti tar keluar dari telaga.  Baunya tidak ada sesiapa yang mampu bertahan. Bau busuk teramat seperti telur busuk. Semua berasa mual oleh keparahan bau.  Saya bersumpah bahawa saya tidak dapat tidur dari bau yang melekat pada pakaian dan badan walaupun setelah saya mencucinya dengan air bersih."

 


Osman yakin bahawa air itu dihubungkan ke sumber yang sama dengan telaga Barhout. Ia seharusnya lebih banyak penyelidikan perlu dilakukan di telaga misteri itu tetapi tidak ada cara untuk mengetahui dengan pasti.





Menurut pengarah Survei Geologi dan Penguasa Sumber Mineral Yaman, Salah Babhir kepada AFP, "Kami telah mengunjungi lokasi dan cuba memasuki telaga itu hingga mencapai kedalaman lebih dari 50-60 meter.  Kami melihat di dalamnya terdapat benda-benda dan bau aneh dan ganjil tetapi kami tidak tahu apa itu, ini menggambarkan keadaan di sana sebagai sangat aneh. "

 

"Kami tidak dapat masuk ke lokasi lebih dalam kerana semakin ke tempat yang lebih dalam semakin kekurangan oksigen dan kurangnya ventilasi di lokasi itu," tambahnya. Cahaya matahari tidak sampai ke dasar lubang, dan pinggir lubang, tidak mungkin melihat banyak yang ada di dalamnya, kecuali burung-burung terbang di sekitar. 



Baru-baru ini sebuah drone diterbangkan di atas telaga Barhut oleh  kru filem AFP, merakam dari udara tepat di atas lubang telaga misteri.  Walaupun drone melayang tepat di atas lubang telaga dengan lensa kamera ditujukan terus ke bawah, adalah mustahil untuk merakam rupa keadaan di dalamnya kerana kegelapan yang amat, cahaya matahari tidak dapat menembusinya. Apabila drone di gerakkan ke dalam telaga, berlaku masalah keseimbangan di mana drone tidak dapat dikawal seolah-olah ada graviti menariknya ke bawah.




Babhair berkata telaga itu berusia berjuta-juta tahun.   Tempat berkenaan memerlukan lebih banyak kajian, penyelidikan dan siasatan.







Lembah Barhut di sebut dalam Hadis Nabi SAW
Telaga Barhut memang wujud di bumi ini dan letak sebenarnya, dengan sepakat para ulama dan pengkaji sejarah di negeri Yaman dan kisahnya diceritakan pada beberapa hadis Nabi saw dan athar Sahabat r.a. dengan berbagai-bagai lafaz.

 

Antaranya ialah hadis riwayat Ibnu ‘Abbas r.a. sabda Rasulullah saw :

خير ماء على وجه الأرض ماء زمزم، فيه طعام من الطعم، وشفاء من السقم، وشر ماء على وجه الأرض ماء بوادي برهوت؛ بقبة حضرموت
Ertinya : “Sebaik-baik air di atas muka bumi ialah air zam-zam. Padanya makanan dari segala makanan dan ubat segala penyakit. Dan seburuk-buruk air di atas muka bumi ialah air pada lembah Barhut berdekatan Hadhramaut (Yaman) seperti kaki belalang daripada serangga jadilah ia membuak-buak pada waktu pagi dan pada waktu petang tanpa sebarang air.” (Hadith Sahih riwayat At-Thabarani pada kitab Al-Kabir,  Dhiak Al-Muqaddasi pada kitab Al-Mukhtarah dan Ibnu Hajar pada kitab Az-Zawaaid)

 

Manakala dalil ruh orang kafir berada di telaga Barhut ialah riwayat sahabat yang bernama Anas bin Malik r.a. katanya :

وأرواح الكافرين إلى وادٍ بحضر موت يُقال له بَرَهوت
Ertinya : “Dan segala ruh orang-orang kafir itu di satu lembah dekat Hadhramaut yang disebut namanya Barhut.” (Diriwayat olih Ad-Dailamy)

 

Dan diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a. katanya :

خير وادي النّاس وادي مكّة، وشرّ وادي الناس وادي الأحقاف، وادٍ بحضرموت يُقال له: برهوت فيه أرواح الكفّار
Ertinya : “Sebaik-baik lembah subur bagi manusia ialah lembah Makkah. Dan seburuk-buruk lembah bagi manusia ialah lembah Ahqaf dekat Hadhramaut yang dinamakan Barhut yang padanya ada ruh-ruh orang kafir.” (Riwayat Abdul Razzaq, Ibnu Asakir dll)

 

Dan telah berkata Abdullah bin ‘Amr r.a. :

 إن أرواح الكفار تجمع ببرهوت
Artinya : “Sesungguhnya segala ruh orang kafir berhimpun di Barhut.” (Riwayat Ibnu Hibban, Ibnu Asakir & Ibnu Mandah).  Wallahua’lam [sumber dari FB UAI]



Pandangan pakar 
Profesor Glaciology dan Palaeoclimatology Universiti Keele Chris Fogwill menyatakan pada tahun 2014,  kejadian lubang di Semenanjung Yamal, Utara Siberia adalah akibat pingo yang runtuh, yang berlaku ketika pembentukan ais kuno runtuh.  

 

Dalam temu bual dengan Dailymail.com, Fogwill menyatakan, Telaga Barhut di Yaman itu bukan akibat pingo, melainkan ciri pemuatan atau lubang tenggelam yang disebabkan oleh hakisan batu kapur atau garam atau air garam geologi bergerak.  "Hakisan di sekitar pinggir menunjukkan ia bukan baru," tambah Fogwill.

 

Lubang tenggelam juga boleh disebabkan oleh sejumlah aktiviti, termasuk penggerudian, perlombongan atau pembinaan. [sunnafiles.com, dailymail.co.uk, accuweather.com/en]




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.orangmuo.my/2021/06/misteri-telaga-barhut-seburuk-buruk-air.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ingatkan Air Karat Menitik Atas Kepala Rupa Rupanya Ada Bangkai Musang

Ingatkan Air Karat Menitik Atas Kepala Rupa Rupanya Ada Bangkai Musang

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 378 hits
Assalamualaikum dam salam sejahtera Bagaikan mimpi ngeri misteri bau busuk di kediaman pemilik ini akhirnya terbongkar dimana seekor musang dijumpai mati di atas siling rumah Jika dilihat sekilas pandang saiz musang yang begitu besar itu me...
Haji Hadi Takfiri Dan Gambaran Seburuk Buruk Makhluk

Haji Hadi Takfiri Dan Gambaran Seburuk Buruk Makhluk

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 168 hits
June 25 2021 1 Biarpun laporan menyatakan Fatwa Amanat Haji Hadi sudah dipadamkan Tetapi perbuatan Takfir Haji Hadi tidak pernah terpadam antara Sifat Hj Hadi bermudah mudah menghukum seseorang dalam hal Siyasah melibatkan soal Aqidah yakni...
Kisah Seram Misteri Kepala Atas Kubur

Kisah Seram Misteri Kepala Atas Kubur

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 681 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Kembali lagi dalam rancangan Kisah Seram Apa Minggu Ini Baiklah edisi kali ini merupakan edisi kedua untuk bulan Jun dan juga edisi ke 8 untuk tahun 2021 ini Kis...
Jika Masih Ada Air Muka Mahiaddin Sudah Patut Mohon Keluar Padang

Jika Masih Ada Air Muka Mahiaddin Sudah Patut Mohon Keluar Padang

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 148 hits
Antara ketetapan penting yang diputuskan dalam Perbincangan Khas Majlis Raja Raja petang semalam ialah Parlimen perlu dibenarkan bersidang dengan segera dan secepat mungkin Perlunya sebuah kerajaan yang stabil kukuh serta mendapat keyakinan...
Pembelajaran Tatap Muka Di Cianjur Kembali Ditunda Akibat Kasus Covid 19 Meningkat

Pembelajaran Tatap Muka Di Cianjur Kembali Ditunda Akibat Kasus Covid 19 Meningkat

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 296 hits
Pemkab Cianjur Jawa Barat kembali menunda uji coba pembelajaran tatap muka seiring meningkatnya kasus Covid 19 di sejumlah wilayah termasuk ditemukannya klaster baru tenaga medis dan pengungsi
Politik Talam Dua Muka Penyumbang Kerajaan Gagal

Politik Talam Dua Muka Penyumbang Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 375 hits
DR KAMARUDIN MUSAIsunya kerajaan gagal atau kegagalan kerajaan Apa pun yang menjadi punca kepada kedua dua situasi ini adalah terjelma daripada Langkah Sheraton langkah yang melahirkan kerajaan berdasarkan pencabulan dan penodaan demokrasi ...
Siap Siap Tahun Ajaran Baru Bener Nggak Sih Tahun Ini Sekolah Tatap Muka Dimulai

Siap Siap Tahun Ajaran Baru Bener Nggak Sih Tahun Ini Sekolah Tatap Muka Dimulai

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 270 hits
Kalau udah masuk sekolah lagi berarti udah bisa main sama teman teman lagi dong kayak dulu sebelum pandemi Eits tunggu dulu
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl

Terima Kasih Buat Coach