Kisah Seram Misteri Kepala Atas Kubur


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Kembali lagi dalam rancangan "Kisah Seram Apa Minggu Ini?". Baiklah edisi kali ini merupakan edisi kedua untuk bulan Jun dan juga edisi ke 8 untuk tahun 2021 ini. Kisah seram kali ini mengisahkan tentang pengalaman seram yang dialami oleh individu ini di kawasan kubur. Selamat membaca!✌
KISAH SERAM : MISTERI KEPALA ATAS KUBUR
Masa kecik dulu aku selalu ikut abah aku pergi usrah. Kadang-kadang pergi dekat, kadang-kadang jauh. Sebagai anak yang baik, chewahh, aku ikut la... dan memang aku sendiri pun suka bonceng motor abah aku malam-malam. Sejuk berangin je... best. Tau tak usrah tu apa? Bagi sesiapa yang tak tau, usrah tu macam perjumpaan la. Dalam perjumpaan tu, macam-macam perkara diperbincangkan, terutamanya berbentuk ilmiah. Perjumpaan begini sebenarnya menggalakkan pengeratan silaturrahmi sesama kita selain satu cara menyampaikan ilmu. Itu maksud usrah tu. Usrah tu sendiri adalah satu perkataan arab yang memberi makna keluarga

Satu hari tu, macam biasa, aku ikut abah. Kami tak naik motor. Kerana mak aku ikut sekali, kami berkereta malam tu. Sebenarnya, sebelum tu kami pergi Melaka. Saja la jalan-jalan sambil shopping lebih kurang... Dalam perjalanan kami balik tu, singgah la kat tempat biasa sebab abah aku memang ada usrah malam tu. Kebetulan pulak, ada banyak kereta yang dah parking tepi jalan dekat surau tu. Ada satu ruang kosong kat tepi jalan, sebelah dengan kawasan kubur. Abah aku letak kereta kat situ. Aku dan mak tak keluar, sebab cuma ada setengah jam je lagi majlis tu nak bersurai. Kami sampai lewat sebenarnya..



Mak aku suruh kunci semua pintu kereta. Aku, sebagai anak yang menurut perintah, (huh!), buat la sebagaimana mak aku suruh. Dah lepas tu, aku pandang ke luar tingkap sebelah kiri. Ada banyak kubur kat situ. Ustaz aku ajar, kalu kita berada di kawasan kubur, ucapkanlah salam untuk ahli-ahli kubur tu. Kerana aku anak yang taat, maka aku pun buat la... "Assalamualaikum ya ahlal-qubr"

Aku ngan mak kat dalam kereta masing-masing buat hal sendiri. Mak diam aje kat depan. Aku kat belakang pun tak buat apa, cuma mata je melilau ke seluruh kawasan kubur tu. Hmmm... banyak pokok pisang kat situ. Ada buah ke

Dengan tak semena-mena mata aku terpaku ke satu kubur berhampiran. Kubur tu terletak lebih kurang 3 meter je dari aku. Aku jadi tak sedap. Apa tu haa...? "Makk...!." Mak aku tak menyahut. Aku, nak kata takut tu tak jugak sebab aku tak nampak sepenuhnya benda tu, cuma samar-samar je. Tapi, dalam samar-samar tu pun, aku masih dapat mengecam. Aku nampak semacam kepala orang sedang memandang tepat ke arahku! Letaknya di atas kubur, sebelah batu nesan

"Makk..." Aku panggil mak, tapi mak diam jugak. Aku dah mula rasa nak nangis, tapi tak terkeluar. Apa yang aku buat, cuma pandang aje kat kepala tu. Sekarang memang aku yakin dengan apa yang aku nampak. Kepala tu pulak seolah-olah senyum kat aku

BACA JUGA : Perbezaan Batu Nisan Lelaki dan Perempuan
Tok! tok! tok!. Aku terkejut tak terkata. Rupanya abah dah sampai, suruh bukak kunci pintu. Mak aku yang bukakan, dan aku berpaling semula ke arah kubur tu. Kepala tu masih ada. "Mak.. Abah.. tengok tu!", sambil aku tunjuk ke kubur tu. Mak abah aku tengok ke situ. "Apa benda ada kat situ?", tanya abah. "Tak nampak ke? Ada kepala orang kat situ". Aku berpaling, pandang abah aku. Dia beriya-iya cari muka orang yang aku kata tu. Mak pun sama. Aku berpaling semula ke arah kubur tu. Tapi... aikkk! dah hilang! Kepala tu dah tak ada... macam biskut pulak. Aku tak nampak apa-apa lagi. "Dah hilangla abah. Tadi ada... betul...". Aku takkan nak bohong abah aku pulak, sedangkan aku ni memang seorang anak yang baik, yang tak reti langsung nak berbohong


"Alaa... takde apa. Saja along nampak je tu. Takde apa. Along ngantuk tu kot." Abah aku mungkin taknak aku berasa takut, sebab tu dia cakap gitu. Aku memang tak takut pun...! Tapi itu cuma cakap kat mulut je la kan... dlm hati, tuhan saja yang tahu

Bila dah sampai kat rumah, aku tanya mak, kenapa dia tak menyahut aku panggil tadi. Mak kata dia tertidur laaa... Alaahai, kesian mak aku. Dia penat agaknya. Takpela. "Tapi betul ke mak tak nampak kepala tu tadi?". "Mana ada... takde apa pun. Kubur tu memang la ada...". Entah. Aku diam je

Tak lama lepas tu, aku dah lupa sebab apa, aku singgah kat surau tu waktu zohor. Senyap-senyap, aku pergi semua ke tempat abah parking kereta hari tu. Aku perhatikan betul-betul. Aku tak nampak kepala, tapi aku nampak ada huruf nun besar kat kubur tu. Alaa... kan sesetengah orang ada pasang macam dinding kubur yang warna putih tu... tapi sekarang dah kurang dah kan. Ada tertulis ayat kat dinding tu, hujung ayat tu ada huruf nun. Aku dah lupa ayat apa yang tertulis kat situ. Aku pergi panggil abah, dan tunjukkan kubur tu. Haahahaha... dia gelakkan. "Kan abah dah kata, takde apa-apa. Along nampak huruf nun tu je hari tu...". Sebagai anak yang tak melawan mak bapak, aku diam je. Tapi dalam kepala aku, dah ada jawapan. Kalau aku nampak huruf nun, macam mana dia boleh naik bertenggek atas kubur? Dah tu senyum kat aku pulak tu... Nun tu duduknya kat dinding kubur, bukan atas kubur

Kisah kepala atas kubur ni berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Tapi aku tak boleh lupa sebab aku sendiri yang mengalaminya. Sampai ke hari ni, aku tak tau apa sebenarnya yang aku nampak tu. Tapi kalau pun betul memang ada makhluk sebegitu yang aku nampak, aku tak heran. Makhluk halus memang dicipta. Kuasa Allah tu teramat besar

Sekarang aku tak tinggal kat bandar tu lagi. Ikut abah aku pindah. Aku ni kan setia, ikut abah aku... Tapi sekali-sekala ada jugak aku ke sana. Kali terakhir, lebih kurang sebulan yang lalu. Secara spontan aku akan terpandangkan kubur tepi parit tu setiap kali aku lalu jalan tu, walaupun sekarang aku dah pandu kereta sendiri. Wallahu a'lam

SEKIAN
Sumber : Google Image

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2021/06/kisah-seram-misteri-kepala-atas-kubur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seram Gadis Ini Kongsi Kisah Misteri Rakan Diganggu Makhluk Halus Gara Gara Beli Baju Bundle

Seram Gadis Ini Kongsi Kisah Misteri Rakan Diganggu Makhluk Halus Gara Gara Beli Baju Bundle

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 150 hits
SEORANG pengguna laman Twitter billiesya atau Tuan Nur Aisyah mendedahkan sebuah kisah misteri mengenai sahabatnya Aziatul yang juga merupakan penggemar baju terpakai ataupun baju 8216 bundle 8217 Namun setelah membeli sehelai baju di sebua...
Kisah Seram Penghuni Misteri Di Surau Lama

Kisah Seram Penghuni Misteri Di Surau Lama

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 370 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kali ini aku berpeluang untuk berkongsi sebuah cerita untuk Kisah Seram Apa Minggu Ini Nampaknya sudah lama tidak bersiaran dan kali terakhir kisah...
Ingatkan Air Karat Menitik Atas Kepala Rupa Rupanya Ada Bangkai Musang

Ingatkan Air Karat Menitik Atas Kepala Rupa Rupanya Ada Bangkai Musang

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 75 hits
Assalamualaikum dam salam sejahtera Bagaikan mimpi ngeri misteri bau busuk di kediaman pemilik ini akhirnya terbongkar dimana seekor musang dijumpai mati di atas siling rumah Jika dilihat sekilas pandang saiz musang yang begitu besar itu me...
Suhakam Cuba Longgar Undang Undang Pati Atas Nama Hak Asasi

Suhakam Cuba Longgar Undang Undang Pati Atas Nama Hak Asasi

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 60 hits
Kerajaan perlu bertegas demi menjaga keselamatan negara BANGI Dalam menjaga keselamatan negara kerajaan perlu bertindak tegas terhadap pendatang asing tanpa izin jika kes yang berlaku melibatkan perlanggaran undang undang PATI perlu diurus ...
Agong Wajar Bertindak Atas Nasihat Perdana Menteri Kabinet

Agong Wajar Bertindak Atas Nasihat Perdana Menteri Kabinet

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 97 hits
bharian comOleh Jun 21 2021 11 27pmGambar fail bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali Foto Fariz Iswadi IsmailKUALA LUMPUR Peruntukan Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan jelas menunjukkan Yang di Pertuan Agong perlu bertindak atas n...
Tutorial Khas Untuk Daftar Vaksin Anak Anak Yang 12 Tahun Ke Atas

Tutorial Khas Untuk Daftar Vaksin Anak Anak Yang 12 Tahun Ke Atas

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 60 hits
Posting ni adalah tutorial khas untuk daftar vaksin covid 19 anak anak yang 12 tahun ke atas Untuk makluman ibu ayah yang mempunyai anak berusia 12 tahun sehingga 18 tahun Pendaftaran Vaksin Covid 19 telah dibuka di MySejahtera Saya kongsik...
Durian Runtuh Tayar Lori Dipercayai Pecah Durian Berterabur Atas Jalan

Durian Runtuh Tayar Lori Dipercayai Pecah Durian Berterabur Atas Jalan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 74 hits
Buka media sosial sana sini dipenuhi posting fasal durian Tak cukup dengan gambar isi buahnya ada juga merungut mengenai harga jualan yang hanya mampu dinikmati oleh golongan kayangan Terbaru sebuah lori yang membawa muatan raja buah itu di...
Kota Bharu Mayat Warga Emas Berulat Ditemui Terbaring Atas Tangga

Kota Bharu Mayat Warga Emas Berulat Ditemui Terbaring Atas Tangga

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 91 hits
Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan berulat di dalam sebuah bangunan dalam pembinaan di Jalan Tengku Chik di sini semalam Mayat mangsa yang berada dalam keadaan terbaring di atas tangga bangunan itu dijumpai oleh orang awa...
Hiburan Puas Hati Kau Wahai Pengadu Lan Solo Disaman Atas Tuduhan Halang Jalan

Hiburan Puas Hati Kau Wahai Pengadu Lan Solo Disaman Atas Tuduhan Halang Jalan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 71 hits
Kejadian berlaku pada pagi semalam penyanyi Lan Solo ungkap rasa kecewa apabila ada individu yang tidak berpuas hati kepada dirinya sehinggakan dia disaman AdvertisementLan Solo disaman oleh dua orang penguatkuasa Majlis Bandaraya Subang Ja...
Two Construction Sites In Negri Selangor Contributed Some 20pc Of New Covid 19 Cases Among 41 New Clusters

Get Up Close And Personal With Tony And Friends Tony Fernandes Launches Podcast On Syok Spotify Google Apple Podcasts

Lg S 2021 Life S Good Campaign Kicks Off In Malaysia With Syada Amzah

Ramai Penonton Army Of The Dead Tak Perasan Ada Ufo Dalam Filem Ini

Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred Ya1

39 Localities In Sabah Kelantan Pahang Under Emco Beginning Friday

Lahad Datu Poised To Make Sabah Industrial Powerhouse Says Deputy Cm

Lelaki Meninggal Dunia Depan Restoran Plaza 333 Ada Sejarah Sakit Jantung



Ini Jumlah Wang Tunai Diterima Atlet Jika Menang Pingat Di Sukan Olimpik

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jika Masih Ada Rindu TV3

15 Tahun Derita Sebagai Mangsa Serangan Seksual Brendan Fraser

MegaTV Siaran TV Berbayar Pertama Malaysia Yang Gulung Tikar

Biodata Farah Ann Abdul Hadi Atlet Gimnastik Malaysia


Prestasi Dana Unit Trust Patuh Syariah

Ada Banyak Jenis Pokok Money Plant Jom Tengok Koleksi Money Plant Kami

Kecoh Video Leak Tersebar Terdapat Cubaan Jatuhkan Ebit Lew

Pelbagai Pilihan Permainan Interaktif Atas Talian Percuma Untuk Isi Masa Terluang

7 Tips Tambah Susu Badan Ketika Berpantang Selepas Bersalin

5 Perkara Yang Makin Lama Makin Nipis Disebabkan Pkp Terlalu Lama Tak Habis Habis