Misteri Hantu Krew Pesawat 401


Malam 29 Disember 1972, penerbangan pesawat 401 Eastern Airlines berlepas dari Lapangan Terbang New York menuju Miami, membawa 163 penumpang bersama 13 orang krew.


Pesawat jenis jet Tri-Star (Lockheed L-1011) itu baru empat bulan beroperasi. Dipandu oleh juruterbag berpengalaman, Kapten Robert Loft dibantu juruteranya, Donald Repo.

Tetapi, pesawat itu mengalami masalah apabila rodanya tidak berfungsi. Loft dan Repo bertungkus-lumus cuba membaiki kerosakan. Belum sempat diatasi, pesawat itu menjunam ke kawasan berpaya, tersasar lebih 30 kilometer dari landasan Miami.

Tragedi itu telah mengorbankan 101 nyawa. Kapten Loft dan juruteranya, Repo turut terkorban. Pesawat itu mengalami kerosakan teruk, namun tidak terbakar.

Setelah siasatan berkaitan insiden itu selesai, bahagian yang masih boleh dipakai daripada bangkai pesawat telah diambil, lalu dipasang ke dalam pesawat lain.

Dan di sinilah misteri bermula!

Sejak itu, para krew penerbangan mula melihat kelibat bayang-bayang roh Kapten Loft dan Repo dalam pesawat yang menggunakan komponen daripada bangkai pesawat 401 itu.

Bayangan kedua-dua mereka dikatakan dilihat jelas. Bahkan, bukan hanya krew tetapi para penumpang juga sering melihat kelibat mereka.

Ramai krew penerbangan yang tidak perasan telah bercakap dengan Loft yang mereka sangka adalah juruterbang yang bertugas ketika itu.

Seorang juruterbang dan dua krew penerbangan bercerita, mereka bukan saja melihat, malah berbicara dengan Loft sebelum pesawat berlepas.

Di depan mata, mereka saksikan kelibat Loft tiba-tiba hilang menyebabkan mereka menggigil ketakutan sehingga penerbangan waktu itu terpaksa dibatalkan.

Pernah seorang penumpang wanita melihat seorang lelaki duduk di sebelahnya. Lelaki itu berpakaian seragam jurutera syarikat penerbangan yang sama. Wajahnya pucat dan sekadar diam membisu.

Tiba-tiba, lelaki itu ghaib di depan mata menyebabkan wanita itu menjerit ketakutan.

Kepada krew bertugas, wanita itu menceritakan apa yang telah disaksikannya. Lalu mereka tunjukkan foto Repo kepada penumpang wanita itu. Dia mengakui, itulah lelaki yang dilihatnya ghaib secara tiba-tiba tadi.

Pada masa yang lain pula, sewaktu seorang jurutera sedang memeriksa pesawat sebelum berlepas, muncul kelibat Repo lantas berpesan, "Jangan risau. Aku sudah memeriksanya. Semuanya baik".

Sejurus selepas itu, Repo hilang begitu saja!

Seorang krew juga pernah melihat kelibat Repo dengan seragam juruteranya sedang membetulkan peralatan ketuhar yang rosak dalam pesawat.

Di waktu lain, seorang jurutera yang turun ke bahagian bawah kokpit untuk memeriksa bunyi yang didengarinya tiba-tiba melihat Repo turut berada di situ.

Kisah lain, seorang krew melihat wajah Repo yang memandangnya pada kaca ketuhar di dapur pesawat. Lantas dia memanggil dua orang rakan.

Salah seorang daripadanya adalah jurutera yang juga rakan kepada Repo untuk melihat sendiri bayangan pada ketuhar itu.

Jurutera itu mengakui, itu adalah wajah Repo. Malah, ketiga-tiga mereka sempat mendengar Repo menyuruh mereka meninggalkan kapal: "Hati-hati dengan api diatas pesawat ini".

Tidak lama kemudian, pesawat itu benar-benar menghadapi masalah enjin dan penerbangan terpaksa dibatalkan. Pesanan Repo telah menyelamatkan mereka.

Salah seorang lembaga pengarah syarikat penerbangan itu juga pernah melalui pengalaman sama.

Di dalam pesawat bahagian kelas pertama, dia berbual dengan seorang lelaki berpakaian kapten. Namun, setelah dia menyedari itu adalah Kapten Loft, ia hilang begitu saja.

Dalam insiden lain pula, Repo muncul di depan kapten yang bertugas dan memberitahu, "Pesawat ini tidak akan terhempas. Kami tidak akan biarkan perkara itu berlaku!".

Satu demi satu peristiwa membabitkan kemunculan Kapten Loft dan Repo menyebabkan golongan paranormal dipanggil untuk membuat kajian namun tidak mendapat kebenaran daripada pihak syarikat penerbangan tersebut.

Beberapa buah buku dan filem pernah diterbitkan berjudul 'The Ghost of Flight 401' pada penghujung tahun 80an berkisar tentang tragedi penerbangan 401 dan misteri jelmaan kapten dan juruterbangnya yang telah terkorban.

Dikatakan, setelah pihak syarikat penerbangan mengarahkan komponen yang diambil daripada bangkai pesawat 401 dikeluarkan dari kapal terbang baru tersebut, sejak itu kelibat roh Loft dan Repo tidak pernah muncul lagi.

BACA INI JUGA: Misteri Laut Mati Yang Gagal Di Rungkai Dunia Sains

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2013/07/misteri-hantu-krew-pesawat-401.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Misteri Bebola Kilat Yang Menyerang Pesawat

Misteri Bebola Kilat Yang Menyerang Pesawat

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 113 hits
Pada Januari 1984 bebola kilat berdiameter empat inci memasuki ruang pesawat penumpang Rusia dan terbang di atas penumpang Ekor bebola kilat itu berpecah kepada dua dengan bentuk bulan sabit sebelum bersambung semula dan terus keluar dari p...
Analisis Misteri Kehilangan Pesawat Mas Mh370

Analisis Misteri Kehilangan Pesawat Mas Mh370

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 354 hits
Gambar pesawat MAS Boeing 77 200 MH370 yang hilang Admin teringat terbang melalui laut Cina Selatan yg gelap dimalam hari transit di Hongkong melalui laluan sama pesawat ini Pilot dan anak kapal semua baik baik veteran MAS Petang tadi ada w...
Misteri Cahaya Hantu

Misteri Cahaya Hantu

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 244 hits
Cahaya misteri ini boleh dilihat hampir setiap malam sejauh 15 batu selama beberapa generasi Ia mula menjadi misteri apabila penyiasat gagal mengesan cahaya itu apabila mendekatinya Kes paling popular ialah Marfa Light yang berlaku di Marfa...
Misteri Makhluk Buas Dari Gevaudan

Misteri Makhluk Buas Dari Gevaudan

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 140 hits
Pada pertengahan tahun 1700an lebih dari 100 penduduk mati kerana serangan makhluk misteri yang disebut sebagai Si Buas Dari Gevaudan Serangan yang menimpa para penduduknya masih lagi menjadi misteri sehingga kini Tidak ada yang dapat memas...
Misteri Gambar 1870an Nicholas Cage Sebagai Vampire

Misteri Gambar 1870an Nicholas Cage Sebagai Vampire

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 198 hits
Beberapa ketika yang lalu dunia perfileman dan dunia internet telah digemparkan dengan lelongan sekeping gambar sekitar 1870 an yang memperlihatkan seorang lelaki yang sangat mirip kepada seorang pemenang anugerah Oscar Penjual mendakwa gam...
Misteri Sumpahan Lukisan Crying Boy

Misteri Sumpahan Lukisan Crying Boy

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 185 hits
Lukisan yang terkenal ini dikatakan mempunyai sumpahannya sendiri Apa tidaknya ramai pemiliknya sudah ditimpa kecelakaan gara gara menyimpan salinan lukisan ini Ada cerita mengatakan lukisan ini tidak diketahui siapa pelukisnya dikatakan te...
Elisa Lam Kematian Misteri Di Hotel Cecil

Elisa Lam Kematian Misteri Di Hotel Cecil

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 279 hits
Pada 31 Januari 2013 pasangan suami isteri iaitu David dan Yinna Lam membuat laporan polis selepas anak gadis mereka Elisa Lam yang bercuti di Los Angeles Amerika Syarikat seorang diri tiba tiba berhenti menghubungi mereka Menurut David ana...
Segitiga Bermuda Misteri Kehilangan Flight 19

Segitiga Bermuda Misteri Kehilangan Flight 19

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 149 hits
Kehilangan penerbangan no 19 merupakan sebuah peristiwa yang sangat membingungkan Seluruh skuad pesawat lenyap secara tiba tiba tanpa sebarang kesan langsung tidak meninggalkan apa apa klu tentang kejadian tersebut Sejarah ini mengutip pelb...
Anneliese Maut Selepas Dirasuk Entiti Misteri

Anneliese Maut Selepas Dirasuk Entiti Misteri

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 280 hits
Dilahirkan pada 21 September 1952 di Jerman Anneliese Michel menjalani kehidupan normal sama seperti gadis seusianya Anak kepada pasangan Josef dan Anna Michel ini dibesarkan dalam pegangan Katolik yang kuat Gadis ini dikenali sebagai seora...
7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Percutian Ke Batam Indonesia

10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah

Nahas Trak Fru Pemandu Lori Direman Empat Hari

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders

Another Construction Site Ordered To Close In Kl

Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Netizen Rues Investment Losses In Epf S Unit Trust Scheme Wants To Sell Deposit Proceeds Back In Epf


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Setting Up Anchorella The 2 Minute Trick To Beach Umbrella Stability

Buaya Tarik Lelaki Berenang Hingga Maut

Saiz Badan Jadi Pertikaian Ketua Jurulatih Bola Tampar Negara Beri Penjelasan Hanya Mahu Kumpul Mata Untuk

Kawan Kata Suara Saya Okay Fattah Amin Kongsi Punca Dia Mula Untuk Menyanyi Dan Buat Lagu

Hari Ibu Antara Sejarah Sambutan Perspektif Islam

Diy Heavy Duty Canvas Tool Roll Empowering Makers With Custom Storage Solutions