Mister Potato X Cha Eun Woo Gandingan Jinjja Syok Edisi Terhad


Mengumumkan berita gembira buat semua peminat Nunu dan AROHA sekalian! Artis K-pop Cha Eun-Woo telah dipilih sebagai duta jenama terbaharu Mister Potato dalam kempen terkini yang dilancarkan hari ini.






Kerjasama serantau terbaharu ini – Mister Potato x Cha Eun-Woo – adalah sebahagian daripada kempen sambutan ulang tahun ke-30 Mister Potato yang akan diadakan sehingga pertengahan Ogos 2022.
 
Kempen ini bakal menyaksikan nama dan imej atau gambar bintang ini dipaparkan pada pembungkusan kerepek kentang, bahan di tempat jualan dan paparan dagangan jenama Mister Potato di Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia dan Thailand sepanjang tempoh akan datang. Mister Potato akan melancarkan cenderahati edisi terhad yang boleh ditebus di kedai dan menerusi aktiviti yang diadakan, dan juga menghadiahkan cenderahati yang ditandatangani secara eksklusif di negara-negara yang tersenarai di atas.






“Mister Potato dengan sukacitanya mengalu-alukan penyertaan Cha Eun-Woo dalam keluarga kami, dan kami teruja untuk bekerjasama dengan pemuda yang dinamik ini. Cha memang disukai oleh peminat kerana pelbagai bakatnya dan beliau membawa tenaga dan keceriaan ke dalam seni lakonan dan juga nyanyian di pentas. Selain itu, dengan gaya hidup yang aktif dan cita rasanya yang luar biasa, Cha menjadi pilihan duta jenama yang paling sesuai bagi kami,” kata Pierre Pang, Pengarah Eksekutif Kumpulan MAMEE-Double Decker.
 
“Ulang tahun ke-30 kami mengingatkan setiap detik yang menarik dan menyeronokkan yang ditempuhi jenama kegemaran ramai ini dan kami terhutang budi kepada pengguna kerana kesetiaan dan sokongan mereka selama ini. Kami tetap komited untuk menjadi sebuah syarikat yang berani dan inovatif dan terus merangka pelbagai rancangan menarik pada masa depan,” tambahnya.

 
Cha Eun-Woo, yang merupakan anggota kumpulan penyanyi lelaki Korea iaitu Astro, mempunyai bilangan peminat dan pengikut setia yang ramai di pasaran utama di serata Asia Tenggara. Pakatan antara Mister Potato dan bintang berbakat ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pengguna makanan snek yang muda agar berusaha mengejar impian dan cita-cita mereka sebagaimana artis pujaan mereka menerusi muzik dan hiburan Korea.






Kempen Mister Potato x Cha Eun-Woo baharu juga mempersembahkan “The Ridiculous Mix”, yang memaparkan kaedah unik Cha mencampurkan aneka perisa dan tekstur kerepek kentang Mister Potato yang sedia ada untuk pengalaman menikmati kerepek kentang yang lain daripada yang lain. Sempena pelantikan duta jenama terbaharu ini, pelakon dan penyanyi pemenang anugerah tersebut akan muncul dalam tiga video Mister Potato “Ridiculous Mix” yang disiarkan di halaman rasmi Mister Potato di pelbagai saluran media sosial.
 
Satu video menunjukkan Cha mencampur kerepek kentang Mister Potato Crisps perisa Ubi Keledek  dan perisa Asli sementara dalam satu lagi video beliau menggabungkan dua tekstur berlainan iaitu kerepek kentang hiris Mister Potato Crisps perisa Barbeku yang sedap rangup dengan kerepek kentang potongan beralun Mister Potato Syok Wave Chips perisa Ayam Goreng Berapi yang pedas.






Kita semua pernah mendengar tentang Gelombang Korea, tetapi  Mister Potato kini memberi peluang kepada pengguna dan peminat budaya pop Korea Selatan untuk menikmati keenakan rasa Mister Potato Jinjja Syok. Bagi mencerminkan “Gelombang Korea”, Jinjja Syok menggandingkan kerepek kentang potongan beralun dengan perisa umami misteri untuk pengalaman yang benar-benar unik. “Jinjja” dalam bahasa Korea bermaksud “benar-benar”, manakala “syok” dalam bahasa santai Malaysia antara lain bermaksud “menarik hati”. Pek edisi terhad ini dengan imej Cha akan dijual dalam set pek 65g pada harga runcit RM2.90.
 
Jenama kerepek kentang terkemuka Malaysia, Mister Potato ialah pemimpin pasaran bagi kerepek kentang dan tidak asing dalam usaha menjalin pakatan global, termasuk kerjasama dengan Manchester United dan Chevrolet – jenama Mister Potato merupakan rakan snek global rasmi juara Liga Perdana Inggeris tersebut dari 2011 hingga 2013.

 
Mister Potato telah dilancarkan pada 1992 untuk menawarkan snek kentang lazat kegemaran ramai yang diperbuat daripada ramuan berkualiti dan sekali gus memperkenalkan muchacho dengan topi sombrero kegemaran kami kepada rakyat Malaysia. Jenama tersebut kemudian menambah sentuhan warna kepada rangkaiannya pada 2017 menerusi perisa Ubi Keledek Ungu baharu yang membawakan kelainan yang menyelerakan tetapi dengan keenakan dan kerangupan yang sama di samping rasa manis semula jadi dan tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan.

 

Rangkaian Mister Potato termasuk Mister Potato Chips,  Mister Potato Crisps dan Mister Potato Crunch. Semua kerepek kentang Mister Potato diperbuat daripada kentang import dan tidak mengandungi kolesterol. Produk-produk jenama ini dijual dalam kanister, paket dan kotak. Pilihan perisa yang disediakan termasuk:

·       Mister Potato Crisps – Asli, Pedas & Panas, Krim Masam dan Bawang, Tomato, Barbeku dan Keju Madu, Ubi Keledek, Ubi Keledek Jagung Manis;

·       Mister Potato Chips – Asli, Pedas & Panas, Barbeku, Tomato, dan Keju Madu;

·       Mister Potato Syok Wave Crinkle Cut Chips – Ayam Goreng Berapi, Barbeku dan Seafood;

·       Mister Potato Crunch – Garam Himalaya, Krim Masam dan Bawang, dan Keju.

 


Produk Mister Potato boleh didapati dalam pek 65g hingga 150g, kotak 100g dan kanister 125g hingga 145g dan dijual pada harga RM2.90 dan ke atas. Semua produk Mister Potato boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar, pasar mini, kedai serbaneka, stesen petrol dan kedai runcit di seluruh negara, dan juga menerusi gedung rasmi MAMEE di Lazada (https://bit.ly/3fX5hpE) dan Shopee (https://shope.ee/3pjjPde2wT).




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.atiehilmi.com/2022/07/mister-potato-x-cha-eun-woo-gandingan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mister Potato Umum Gandingan Terkini Dalam Kempen Baharu Mister Potato X Cha Eun Woo

Mister Potato Umum Gandingan Terkini Dalam Kempen Baharu Mister Potato X Cha Eun Woo

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 170 hits
Mengumumkan berita gembira buat semua peminat Nunu dan AROHA sekalian Artis K pop Cha Eun Woo telah dipilih sebagai duta jenama terbaharu Mister Potato dalam kempen terkini yang dilancarkan hari ini Kerjasama serantau terbaharu ini Mister P...
Drama Paling Trending Kini Kang Taeoh Ulas Watak Dalam Extraordinary Attorney Woo

Drama Paling Trending Kini Kang Taeoh Ulas Watak Dalam Extraordinary Attorney Woo

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 167 hits
Baru 2 episod ditayangkan drama Extraordinary Attorney Woo nampaknya telah berjaya menambat hati penonton ARTIKEL BERKAITAN Untuk pengetahuan Extraordinary Attorney Woo membawa kisah seorang peguam muda dengan sindrom Asperger yang menyerta...
Park Eunbin Pelakon Trending Extraordinary Attorney Woo Dipilih Drama Paling Popular Kini

Park Eunbin Pelakon Trending Extraordinary Attorney Woo Dipilih Drama Paling Popular Kini

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 127 hits
Masuk minggu ke 5 Jun Good Data Corporation telah mendedahkan senarai K Drama dan pelakon yang popular kini Dalam ranking kali ini drama fantasi Extraordinary Attorney Woo berjaya menduduki tangga pertama buat julung kalinya dalam dua episo...
Kalahkan Saluran Awam Rating Extraordinary Attorney Woo Naik Berlipat Kali Ganda

Kalahkan Saluran Awam Rating Extraordinary Attorney Woo Naik Berlipat Kali Ganda

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 220 hits
Makin rancak Extraordinary Attorney Woo sekarang ARTIKEL BERKAITAN Ia membawa kisah Woo Young woo seorang peguam dalam spektrum autisme yang bekerja keras di sebuah firma guaman besar bagi menyelesaikan pelbagai kes dan cabaran Menurut Niel...
Lakonan Park Eunbin Dipuji Extraordinary Attorney Woo Tersenarai Tinggi Di Netflix Beberapa Negara

Lakonan Park Eunbin Dipuji Extraordinary Attorney Woo Tersenarai Tinggi Di Netflix Beberapa Negara

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 227 hits
Bukan sahaja di Korea nampaknya Extraordinary Attorney Woo turut menerima perhatian hebat dari penonton luar negara ARTIKEL BERKAITAN Drama saluran ENA ini membawa kisah Woo Young woo seorang peguam dalam spektrum autisme yang bekerja keras...
Gandingan Ismail Sabri Mesti Pemimpin Lebih Muda Bukan Annuar Musa Yang Sudah Tua Kerepot

Gandingan Ismail Sabri Mesti Pemimpin Lebih Muda Bukan Annuar Musa Yang Sudah Tua Kerepot

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 119 hits
Semalam Annuar Musa menafikan wujud sebarang perbincangan untuk meletakkan beliau bergandingan dengan Ismail Sabri Yaakob dalam pemilihan UMNO yang akan datang ini Katanya tiada perbincangan sedemikian rupa pernah berlaku antara kedua dua m...
One Rs 1 Inci Edisi 360 Dikuasai Sensor 1 Inci Untuk Pengimejan Cemerlang

One Rs 1 Inci Edisi 360 Dikuasai Sensor 1 Inci Untuk Pengimejan Cemerlang

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 145 hits
Insta360 hari ini melancarkan ONE RS 1 Inci Edisi 360 sebuah kamera yang berkuasa untuk tangkapan 360 darjah dengan dwi sensor 1 inci dan resolusi video 6K Kejuruteraan bersama Leica Edisi 1 Inci 360 membolehkan pencipta merakam dalam kuali...
Resepi Kek Batik Indulgence Edisi Premium Buat Sendiri Lebih Puas Hati

Resepi Kek Batik Indulgence Edisi Premium Buat Sendiri Lebih Puas Hati

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 260 hits
Baru baru ini tular di media sosial tentang seorang pempengaruh yang dikatakan menjual kek batik bertekstur kering malah dijual dengan harga yang mahal dan tidak berbaloi
Gandingan Lawak Shuib Dan Jep Ramai Rindukan Mereka Berdua

Gandingan Lawak Shuib Dan Jep Ramai Rindukan Mereka Berdua

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 92 hits
Gandingan dua pelakon dan pelawak Shuib dan Jep Sepahtu sentiasa memberikan yang terbaik untuk menghiburkan penonton Kedua dua lelaki ini sememangnya berbakat besar dalam menghiburkan orang ramai Masing masing memiliki kelebihan dan keistim...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Kerajaan Lulus Pemanjangan Landasan Ltsip

Langkawi Welcomes The World Residences At Sea And Celebrates Tourism Resurgence



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Agc Rejects Sanusi Bid To Dismiss Sedition Charges

Is Anwar Ever Going To Release Najib

Apa Itu Berkat

Mesothelioma Attorney Assistance A Beacon Of Hope For Victims Of Asbestos Exposure

Cara Tambah Akaun Admin Page Facebook 2024

Apa Nasib Veteran Tentera Malaysia