Mister Potato Umum Gandingan Terkini Dalam Kempen Baharu Mister Potato X Cha Eun Woo


Mengumumkan berita gembira buat semua peminat Nunu dan AROHA sekalian! Artis K-pop Cha Eun-Woo telah dipilih sebagai duta jenama terbaharu Mister Potato dalam kempen terkini yang dilancarkan hari ini. Kerjasama serantau terbaharu ini – Mister Potato x Cha Eun-Woo – adalah sebahagian daripada kempen sambutan ulang tahun ke-30 Mister Potato yang akan diadakan sehingga pertengahan Ogos 2022. 


Kempen ini bakal menyaksikan nama dan imej atau gambar bintang ini dipaparkan pada pembungkusan kerepek kentang, bahan di tempat jualan dan paparan dagangan jenama Mister Potato di Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia dan Thailand sepanjang tempoh akan datang. Mister Potato akan melancarkan cenderahati edisi terhad yang boleh ditebus di kedai dan menerusi aktiviti yang diadakan, dan juga menghadiahkan cenderahati yang ditandatangani secara eksklusif di negara-negara yang tersenarai di atas. 
“Mister Potato dengan sukacitanya mengalu-alukan penyertaan Cha Eun-Woo dalam keluarga kami, dan kami teruja untuk bekerjasama dengan pemuda yang dinamik ini. Cha memang disukai oleh peminat kerana pelbagai bakatnya dan beliau membawa tenaga dan keceriaan ke dalam seni lakonan dan juga nyanyian di pentas. Selain itu, dengan gaya hidup yang aktif dan cita rasanya yang luar biasa, Cha menjadi pilihan duta jenama yang paling sesuai bagi kami,” kata Pierre Pang, Pengarah Eksekutif Kumpulan MAMEE-Double Decker. 


“Ulang tahun ke-30 kami mengingatkan setiap detik yang menarik dan menyeronokkan yang ditempuhi jenama kegemaran ramai ini dan kami terhutang budi kepada pengguna kerana kesetiaan dan sokongan mereka selama ini. Kami tetap komited untuk menjadi sebuah syarikat yang berani dan inovatif dan terus merangka pelbagai rancangan menarik pada masa depan,” tambahnya. 
Cha Eun-Woo, yang merupakan anggota kumpulan penyanyi lelaki Korea iaitu Astro, mempunyai bilangan peminat dan pengikut setia yang ramai di pasaran utama di serata Asia Tenggara. Pakatan antara Mister Potato dan bintang berbakat ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pengguna makanan snek yang muda agar berusaha mengejar impian dan cita-cita mereka sebagaimana artis pujaan mereka menerusi muzik dan hiburan Korea



Kempen Mister Potato x Cha Eun-Woo baharu juga mempersembahkan “The Ridiculous Mix”, yang memaparkan kaedah unik Cha mencampurkan aneka perisa dan tekstur kerepek kentang Mister Potato yang sedia ada untuk pengalaman menikmati kerepek kentang yang lain daripada yang lain. Sempena pelantikan duta jenama terbaharu ini, pelakon dan penyanyi pemenang anugerah tersebut akan muncul dalam tiga video Mister Potato “Ridiculous Mix” yang disiarkan di halaman rasmi Mister Potato di pelbagai saluran media sosial. 
Satu video menunjukkan Cha mencampur kerepek kentang Mister Potato Crisps perisa Ubi Keledek  dan perisa Asli sementara dalam satu lagi video beliau menggabungkan dua tekstur berlainan iaitu kerepek kentang hiris Mister Potato Crisps perisa Barbeku yang sedap rangup dengan kerepek kentang potongan beralun Mister Potato Syok Wave Chips perisa Ayam Goreng Berapi yang pedas



Kita semua pernah mendengar tentang Gelombang Korea, tetapi  Mister Potato kini memberi peluang kepada pengguna dan peminat budaya pop Korea Selatan untuk menikmati keenakan rasa Mister Potato Jinjja Syok. Bagi mencerminkan “Gelombang Korea”, Jinjja Syok menggandingkan kerepek kentang potongan beralun dengan perisa umami misteri untuk pengalaman yang benar-benar unik. “Jinjja” dalam bahasa Korea bermaksud “benar-benar”, manakala “syok” dalam bahasa santai Malaysia antara lain bermaksud “menarik hati”. Pek edisi terhad ini dengan imej Cha akan dijual dalam set pek 65g pada harga runcit RM2.90. 
Jenama kerepek kentang terkemuka Malaysia, Mister Potato ialah pemimpin pasaran bagi kerepek kentang dan tidak asing dalam usaha menjalin pakatan global, termasuk kerjasama dengan Manchester United dan Chevrolet – jenama Mister Potato merupakan rakan snek global rasmi juara Liga Perdana Inggeris tersebut dari 2011 hingga 2013



Mister Potato telah dilancarkan pada 1992 untuk menawarkan snek kentang lazat kegemaran ramai yang diperbuat daripada ramuan berkualiti dan sekali gus memperkenalkan muchacho dengan topi sombrero kegemaran kami kepada rakyat Malaysia. Jenama tersebut kemudian menambah sentuhan warna kepada rangkaiannya pada 2017 menerusi perisa Ubi Keledek Ungu baharu yang membawakan kelainan yang menyelerakan tetapi dengan keenakan dan kerangupan yang sama di samping rasa manis semula jadi dan tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan
 Rangkaian Mister Potato termasuk Mister Potato Chips,  Mister Potato Crisps dan Mister Potato Crunch. Semua kerepek kentang Mister Potato diperbuat daripada kentang import dan tidak mengandungi kolesterol. Produk-produk jenama ini dijual dalam kanister, paket dan kotak. Pilihan perisa yang disediakan termasuk: 


• Mister Potato Crisps – Asli, Pedas & Panas, Krim Masam dan Bawang, Tomato, Barbeku dan Keju Madu, Ubi Keledek, Ubi Keledek Jagung Manis;• Mister Potato Chips – Asli, Pedas & Panas, Barbeku, Tomato, dan Keju Madu; • Mister Potato Syok Wave Crinkle Cut Chips – Ayam Goreng Berapi, Barbeku dan Seafood; • Mister Potato Crunch – Garam Himalaya, Krim Masam dan Bawang, dan Keju. 
Produk Mister Potato boleh didapati dalam pek 65g hingga 150g, kotak 100g dan kanister 125g hingga 145g dan dijual pada harga RM2.90 dan ke atas. Semua produk Mister Potato boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar, pasar mini, kedai serbaneka, stesen petrol dan kedai runcit di seluruh negara, dan juga menerusi gedung rasmi MAMEE di Lazada (https://bit.ly/3fX5hpE) dan Shopee (https://shp.ee/xim7frj)

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Mister Potato Chips, sila telefon talian khas percuma MAMEE-Double Decker 1-300-22-6263 atau menghantar mesej WhatsApp ke +606-231 6362 antara jam 9 pagi dan 5 petang dari Isnin hingga Jumaat, menghantar e-mel ke [email protected] atau melayari visit https://mamee.com/. Untuk maklumat lanjut, ikuti akaun media sosial jenama di Facebook (www.facebook.com/misterpotatocrisps/) dan Instagram (www.instagram.com/misterpotato_my/)









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2022/07/mister-potato-umum-gandingan-terkini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mister Potato X Cha Eun Woo Gandingan Jinjja Syok Edisi Terhad

Mister Potato X Cha Eun Woo Gandingan Jinjja Syok Edisi Terhad

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 281 hits
Mengumumkan berita gembira buat semua peminat Nunu dan AROHA sekalian Artis K pop Cha Eun Woo telah dipilih sebagai duta jenama terbaharu Mister Potato dalam kempen terkini yang dilancarkan hari ini Kerjasama serantau terbaharu ini Mister P...
Terkini Perdana Menteri Umum Bantuan Barangan Dapur Rm300 Untuk Semua Isi Rumah Bermula Julai 2022

Terkini Perdana Menteri Umum Bantuan Barangan Dapur Rm300 Untuk Semua Isi Rumah Bermula Julai 2022

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 231 hits
Terkini Perdana Menteri Umum Bantuan Barangan Dapur RM300 Untuk Semua Isi Rumah Bermula Julai 2022 Untuk makluman semua pada tahun 2022 terdapat pelbagai bantuan kemudahan dan Inisiatif yang boleh anda dapatkan disediakan oleh Pihak Kerajaa...
Tok Mat Saran Bn Sabah Usul Perjanjian Malaysia Baharu Tuntut Hak Negeri

Tok Mat Saran Bn Sabah Usul Perjanjian Malaysia Baharu Tuntut Hak Negeri

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 293 hits
Mohamad Hasan berkata aspirasi Perjanjian Malaysia Baharu mestilah mengiktiraf hak yang menjadi asas kepada Sabah termasuk Sarawak PENAMPANG Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Mohamad Hasan mencadangkan kepada kepimpinan BN Sabah supaya me...
Effendy Ghani Presiden Mtuc Baharu

Effendy Ghani Presiden Mtuc Baharu

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 220 hits
Mohd Effendy Abdul Ghani dipilih sebagai presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia dalam Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Ke 42 bagi penggal 2022 2025 PETALING JAYA Mohd Effendy Abdul Ghani dipilih sebagai presiden Kongres Kesatuan Seke...
Bolehkah Pesuruhjaya Baharu Suhakam Lindungi Hak Asasi

Bolehkah Pesuruhjaya Baharu Suhakam Lindungi Hak Asasi

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 310 hits
Kerajaan telah mengumumkan pelantikan pesuruhjaya SUHAKAM bagi sesi 2022 sehingga 2025 yang berkuat kuasa pada 22 Jun lepas Anggota baharu adalah seperti berikut 1 YBhg Prof Dato Dr Rahmat bin Mohamad 2 YBhg Prof Dato Noor Aziah binti Mohd ...
Nikmati Saluran Baharu Oppa Mania Untuk Lebih Program Korea Dari 1 Julai

Nikmati Saluran Baharu Oppa Mania Untuk Lebih Program Korea Dari 1 Julai

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 227 hits
Para pelanggan Astro boleh menantikan saluran baharu Oppa Mania untuk mengubat Demam Oppa mereka dengan drama drama Korea dan Thai terhangat program kepelbagaian Korea konsert K pop menarik serta filem filem Korea dan The post appeared firs...
Avatar 2 Sahkan Peranan Baharu Sigourney Weaver

Avatar 2 Sahkan Peranan Baharu Sigourney Weaver

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 153 hits
Empire Magazine telah mendedahkan beberapa foto rasmi dan muka hadapan Avatar The Way of the Water mendedahkan peranan baharu bintang filem tersebut Sigourney Weaver dalam sekuel arahan James Cameron yang ditunggu tunggu Weaver disahkan aka...
Ismail Presiden Umno Pru Belum Mana Datang Senarai Baharu Kata Ahmad Maslan

Ismail Presiden Umno Pru Belum Mana Datang Senarai Baharu Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 222 hits
Poster saf kepimpinan Umno yang didakwa akan berlaku selepas pemilihan parti itu mula tersebar dan mendapat perhatian setiausaha agung parti Ahmad Maslan PETALING JAYA PRU belum pemilihan belum mana datang senarai baharu itu maklum balas Se...
Kumpulan Unic Cari Anggota Baharu

Kumpulan Unic Cari Anggota Baharu

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 181 hits
Kumpulan nasyid UNIC berhajat mencari seorang lagi anggota yang akan menjadi pelengkap mereka sebelum menganjurkan konsert sempena 20 tahun penglibatan dalam industri seni tanah air Menurut salah seorang anggota UNIC iaitu Mohd Fakhrul Radh
Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia


Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia

Iftar 2025 Dengan Buffet Murah Iftar Citarasa Nusantara Fbi Bayu Event Hall Jb

Hajiji S Strategic Moves Reshape Sabah S Politics In 2024 A Year Of Political And Infrastructure Transformation

5 Pelajaran Berharga Daripada Surah Al Mulk

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep