Misi Gila Sangat Mengejutkan Kepada Allah Jualah Kami Berserah




183 Hari Yang Panjang : Hati saya hanya Allah sahaja yang tahu, betapa seluruh jiwa ini tertinggal di bumi G. Anak kecil, wanita dan keluarga berpindah-randah saat rumah kami juga habis dimusnahkan. Naik turun emosi bila dapat berita jiran, sahabat dan kaum kerabat kami di sana terkorban saban hari. Di sana setiap 10 minit satu jiwa akan syahid! Waktu malam adalah waktu yang sukar untuk memejamkan mata saat mendapat berita ada seluruh keluarga sahabat terkorban akibat bedilan regim yang memang mensasarkan orang awam. Hasbunallah Wani'mal Wakeel Dengan segala ujian, Allah pasti bersama kita kerana Dialah selayaknya wakil susah senang hambanya.. Kisah bermula saat G sedang sengit berperang manakala keluarga saya berjaya mengharungi kepayahan dan sampai ke Rafah untuk menyelamatkan diri. Saya bersama sahabat merangkap kekanda kami, (Dr) Sani Araby MAPIM diberikan peluang bertemu watak utama misi menyelamat sebulan lepas di satu majlis di Shah Alam, beberapa hari sebelum beliau ke Berlin. Dalam ramainya orang, sempat saya maklumkan keluarga terkandas di Rafah. Beliau hanya sempat membelek kiriman kami, memberikan respon ringkas 'saya akan bantu' dan terus menaiki kenderaannya memecut ke majlis seterusnya. Hati saya mula luluh, mungkin itu bahasa orang politik saja. Namun dalam surat saya, ada saya akhiri ayat dengan 'Kepada Allah jualah kami berserah'. Saya langsung tawakal dan dan serahkan segalanya kepada Allah. Sehari sebelum Aidilfitri, saya dihubungi Setiausaha Politik PMX, Tn Farhan Fauzi, watak penting yang mengusahakan misi ini. Sejak awal peperangan beliaulah yang kerap menjemput kami ke pejabatnya di Putrajaya dan selalu menghubungi kami bertanyakan keadaan keluarga dan perkembangan di G. Kali ini nadanya berbeza, agak serius dan beliau memaklumkan kami untuk datang ke satu lokasi khas. Saya dan (Dr) Sani saja dibenarkan ke sana! Allahuakbar. Ada apa pula ni? Saat sampai ada kenderaan hitam menanti. Risau juga macam dalam movie. Alangkah terkejutnya saya saat pintu dibuka, saya diterpa anakanda yang selalu hadir dalam mimpi sekian malam. Air mata seorang ayah sudah bertakung tak mampu menahan kerinduan.. Saya sudah biasa melalui perang di G, melihat kehilangan dan air mata serta cekalnya kehidupan. Tetapi misi ini saya katakan 'Misi Gila' kerana bukan mudah untuk dikeluarkan keluarga saya saat bedilan roket dan hentaman bom bertali-arus, malah ketegangan di sempadan juga berlanjutan. Namun secara senyap pemimpin negara menghubungi pihak sana; ternyata diplomasi insani ini jauh lebih berkesan daripada kaedah yang lain. Prosesnya cepat, teratur dan lancar walaupun penuh dengan 1001 cabaran tersirat. Kisahnya akan keluar satu demi satu tetapi tak semua saya berhak untuk kongsikan. Tetapi watak utama dalam 'Misi Gila' ini adalah Perdana Menteri kita, Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri! Suka beliau atau tidak, dalam soal P umat perlukan satu ketumbukan. P pernah bergantung kepada garangnya Saddam Hussein, kemudian lantangnya Erdogan. Kini tiba giliran kita dan yang boleh kita banggakan ialah ketegasan Malaysia dalam bersolidariti. Tindakan PMX menghalang kemasukan kapal milik penjajah ke pelabuhan kita, ketegasan menyatakan sokongan kepada Hms dan mutakhir jawapan berpendirian di hadapan Chancellor German menjadikan nama Malaysia disebut-disebut di kalangan marhaen di jalanan bumi penuh keberkatan selain menjadi bual bicara di peringkat antarabangsa. Semoga kita terus bersatu membela nasib saudara kita, menjadi jaguh di peringkat dunia dan berani mengiringi kata-kata dengan langkah di alam nyata. Untuk PMX, PMO, (Dr) Sani dan semua pihak yang menjayakan usaha ini samada secara langsung mahupun mendoakan, kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga. Semoga Allah sahaja membalas jasa kalian semua, ameen. Sumber BErita 1. FB Nadir Al-Nuri 2. https://www.malaysiakini.com/news/702553





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/04/misi-gila-sangat-mengejutkan-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Kejayaan Misi Gila Satu Persatu Kes Pmx Timbul

Selepas Kejayaan Misi Gila Satu Persatu Kes Pmx Timbul

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 137 hits
HarapandailySelepas pengakuan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al Nuri Kamaruzaman bahawa Perdana Menteri merupakan watak utama dalam Misi Gila yang membawa keluar keluarganya dari Gaza satu persatu kebaikan Datuk ...
Anwar Ibrahim Watak Utama Misi Gila

Anwar Ibrahim Watak Utama Misi Gila

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 192 hits
Nurul Hidayah Bahaudinnurul hidayah hmetro com myNADIR Al Nuri ketika berjumpa Perdana Menteri sebelum ini FOTO Ihsan FB Nadir Al NuriKuala Lumpur Siapa sangka panggilan yang diterima sehari sebelum Aidilfitri lalu memberi berita paling gem...
Nadir Al Nuri Dedah Watak Utama Di Sebalik Misi Gila Bawa Keluarga Dari Gaza

Nadir Al Nuri Dedah Watak Utama Di Sebalik Misi Gila Bawa Keluarga Dari Gaza

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 209 hits
Baca Selepas Usaha Panjang Akhirnya Kami Disatukan Nadir Al Nuri Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al Nuri Kamaruzaman akhirnya mendedahkan hari ini siapakah watak utama dalam merealisasikan misi gila membawa pulang...
Rentasan 1585 Panas Agenda Misi Gila Pmx Akhirnya Didedah

Rentasan 1585 Panas Agenda Misi Gila Pmx Akhirnya Didedah

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 208 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1585 1 DIPLOMASI INSANI PMX YANG MENAKJUBKAN 2 KEJAYAAN MOHAMAD SABU TIDAK JADI BUAH MULUT 3 BENARKAH BUANG SAMPAH MERATA JADI UPACARA TAHUNAN RAKYAT KELANTAN 4 PKR DICABAR JAWAB ENAM SOALAN HASSAN KARIM
Perdana Menteri Watak Utama Misi Gila Nadir

Perdana Menteri Watak Utama Misi Gila Nadir

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 235 hits
Iswardy MorniPerdana Menteri watak utama misi gila NadirSHAH ALAM Watak utama dalam misi gila ini adalah Perdana Menteri kita Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri Demikian luahan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al Nur...
Umno S Stupidity Continues Over A Shoe Logo Boycott Maggi Mee Or Spaghetti Too As They Resemble Allah Word

Umno S Stupidity Continues Over A Shoe Logo Boycott Maggi Mee Or Spaghetti Too As They Resemble Allah Word

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 236 hits
Investors both domestic and foreign have every reason to think twice about doing business in a country called Malaysia as Islamic extremism and terrorism spread like wildfire In addition to red tape and corruption they should add another it...
It S Zunar S Turn To Take The Rap For Humiliating Allah Inscription In His Vern S Inspired Cartoon Drawing

It S Zunar S Turn To Take The Rap For Humiliating Allah Inscription In His Vern S Inspired Cartoon Drawing

papar berkaitan - pada 11/4/2024 - jumlah : 376 hits
KELANTAN PAS Youth has lodged a police report against Zunar Cartoonist Fan Club for having insulted the sanctity of the Allah inscription in the latter s recent carto0n drawing While it is believed that the said cartoon entitled Phobia Kali...
King Praised For Calming Tensions Over Allah Socks Issue

King Praised For Calming Tensions Over Allah Socks Issue

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 253 hits
Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim with Umno Youth chief Dr Akmal Saleh Umno deputy president Mohamad Hasan Melaka Umno chairman Ab Rauf Yusoh and DAP deputy secretary general Liew Chin Tong at Istana Negara today PETALING JAYA The effort...
Pemuda Pkr Mahu Isu Kalimah Allah Disiasat Secara Adil

Pemuda Pkr Mahu Isu Kalimah Allah Disiasat Secara Adil

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 133 hits
PIHAK berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang mendakwa kasut keluaran sebuah syarikat tempatan mempunyai logo mirip kalimah Allah jika bukan itu yang sebenarnya berlaku kata sayap Pemuda PKR hari ini Pengarah komunikasinya Ha...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi