Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi


Wehh..dah nak hujung bulan 2 di tahun 2025 baru sempat aku nak tulis pasal misi aku tahun ni dalam blog. Tahun ni juga dah 16 tahun aku dalam dunia blogging ni. Masih setia menulis di sini walaupun tak sekerap macam masa mula-mula aku blogging dulu. 
Ada yang kata dah tak relevan tulis blog sebab takde orang nak membaca. Tapi aku peduli apa. Blog ni adalah tempat aku ekspresi diri sendiri selain tempat aku cari makan. Takde orang nak baca? It's okay. Aku baca sendiri pun boleh. Hahaha

Tahun 2025 ni juga upgrade umur aku jadi 14 tahun. Eh..perasan! Hahaha. Tua dah aku weh. Macam tak percaya yang dah nak 41 tahun bulan Ogos 2025 nanti. Masih terperangkap diri aku yang muda belia gitu. Tu yang perasan awet muda gamaknya. Hihi. Tak la. Aku sedar je umur dah meningkat. Sebab itu la tahun ni aku plan nak upgrade macam-macam kemahiran yang aku sedia expert dah. Ecewah. Takde la expert mana. Tapi boleh la




Kemahiran Yang Aku Upgrade
1. Pengajian Al-QuranSebenarnya aku jarang tinggal membaca al-Quran semenjak aku khatam masa umur 9 tahun sampai sekarang. Tiap kali lepas solat Maghrib atau ada kelapangan bila-bila masa, aku akan mengaji. Kalau misal kata tinggal lama-lama contohnya seminggu ke, nanti aku rasa serba tak kena je diri aku ni ha. Bukan nak kata aku ni terer sangat pun mengaji, tapi benda tu dah jadi kebiasaan aku

Bila dah masuk 4series ni, ada la keinginan nak belajar dengan lebih mendalam pasal al-Quran. Selain nak betulkan bacaan sendiri, aku sebenarnya memang dah lama simpan impian nak ajar orang mengaji jugak. Tapi aku takde keyakinan. Sebab tu bila dapat tahu yang Kolej Al-Quran Terengganu ada buat kursus Pengajian Al-Quran untuk orang dewasa, aku terus simpan niat nak apply tahun 2025 ni. 
Alhamdulillah dipermudahkan Allah. Dapat daftar dan masuk pengajian peringkat Ulum 3 terus. Skip Ulum 1 dan Ulum 2 sebab dah ada kemahiran membaca al-Quran dengan lancar. Cuma ada la terkincit dekat tajwid sikit. Kelas aku dah start minggu pertama bulan Februari hari tu. Minggu ni dah minggu yang ketiga. Kelas aku setiap hari Sabtu selama 2 jam. 6 tahun jugak la pengajian aku ni nanti. Lama kan? Macam ambik PhD. Hihi. 
Aku plan dalam pada tempoh tu, aku akan cuba start mengajar mengaji juga andai Allah izinkan. Target aku bebudak kat kampung ni dulu walaupun ada kengkawan request aku buka kelas mengaji online ajar dorang personal. Tengok la macam mana nanti. Semoga Allah permudahkan niat dan impian aku nan satu ni

Korang pun kalau ada niat nak belajar mengaji Quran, teruskan tau. Tak payah malu. Belum terlambat nak belajar walaupun umur dah meningkat ke usia senja. Kelas aku masuk ni pun ramai golongan veteran umur 50 ke atas tau. Sedap dengar depa mengaji bila kami dah habis kuliah kena mengaji sorang demi sorang


Buku Kuliah aku. Kena rajin telaah. Nanti masuk final exam.

2. Kelas MenjahitSebenarnya aku reti je menjahit. Jahit yang mudah-mudah. Tudung, baju, seluar. Boleh la sikit-sikit. Mak aku yang ajar skill ni. Dulu mak aku rajin menjahit tau. Baju raya atau baju basahan kami, mak yang jahit. Aku memang selesa pakai baju dan seluar yang mak aku jahit. Sekarang mak dah tak larat dah. Tangan dan kaki dah sakit-sakit. Umur pun dah 71 tahun. Jadi, aku ambil inisiatif la untuk upgrade skill yang aku dah ada ni.
Aku daftar kelas online dengan Akademi Jarum Terbang. Belajar melalui video je memandangkan kekangan aku nak keluar pergi kelas lama-lama agak susah juga. Lagipun aku dah pergi belajar pengajian al-Quran secara fizikal tu pun aku dah bimbang duk fikir tinggal mak mertua aku yang tak sihat tu ha walaupun kelas 2 jam je.
Jadi, belajar sendiri je la dengan kelebet video. Tapi ada je group whatsapp untuk kita bertanya dengan cikgu-cikgu dari Akademi Jarum Terbang. Kalau rasa ada yang tak faham atau nak tanya apa-apa soalan berkaitan proses menjahit onz je 24 jam.
Best la jugak kelas online ni. Mudah faham. Awal Januari hari tu sebelum masuk kelas menjahit online yang berbayar ni, aku join dulu kelas percuma. Cikgunya ajar bab alteration. Aku dah tahu dah tips dan trick cara mudah macam mana nak tukar zip rosak sendiri, kecikkan pakaian yang gedebeh dan seangkatannya. Nanti dapat la aku alter sendiri je takyah hantar kedai dah. Hihi. Sebab berkenan cara cikgu ajar tu yang aku terus masuk kelas yang berbayar.
Menjahit ni sebenarnya perlukan minat juga. Kalau tak minat memang takkan jadi. Tapi kalau korang nak belajar skill menjahit yang mudah-mudah macam jelujur untuk jahit lencana sekolah dan nametag anak atau repair pakaian koyak, tak jadi masalah pun. Belajar la kalau ada peluang dan kesempatan. Rasanya online banyak kot video yang percuma boleh tengok. Yang penting kena praktis je.
Ni la kelas percuma yang aku join tu. Best cara cikgu Amin tu ajar.

3. Kelas Design CanvaAku nak jadi canva designer pulak selain freelance graphic designer. Tiber. Hihi. Aku masih je buat design guna Adobe Photoshop dan Illustrator.
Memandangkan sekarang ni Canva tengah in trend dan lebih fleksibel sebab boleh akses guna apps kat phone je, jadi aku decide untuk belajar lebih mendalam pasal Canva ni. Bukan tak pernah buat design guna Canva, cuma Canva ni ada jugak tools yang aku tak biasa guna. Bila masuk kelas, aku dapat belajar tips and tricks yang lebih advance dari orang yang dah expert guna Canva. Aku kan baru nak 'bercinta' dengan si Canva tu. Hihi. 
Sumpah best gila kelas Canva yang aku join anjuran Tuan Hilmi Jailani (pengasas Kelas Mahir Canva) selama 40 hari masa bulan Januari hingga awal Februari hari tu. Tak menyesal invest duit weh. Banyak sangat ilmu design guna Canva yang aku dapat. Dan sebenarnya aku memang dah start buat bisnes dengan design guna Canva sebelum ni. Poster dan macam-macam lagi aku dah design dengan Canva. Tahun ni aku plan nak buat bisnes design dan printing Sampul Raya. Dah dapat customer dah pun. Yeay

Kalau korang nak upah aku design, jangan segan silu roger aku tau


Aku graduate dah Kelas Insentif Canva. Hihi.

Sampul Raya aku design untuk blog ni.


4. Kelas MenulisKalau sebelum ni aku banyak join kelas ghostwriter, copywriting dan content writing untuk brush up skill menulis aku untuk client. Tahun ni aku masuk kelas menulis yang khusus untuk diri aku sendiri terbitkan buku. 
Masih on going kelas 100 hari dengan Puan Rahmah Saad - Bengkel Cabaran 2025 Tulis Buku. Aku baru merangkak ni ha nak siapkan proposal untuk semakan Kak Rahmah. Nanti nak kena siapkan pulak chapter by chapter. Poningggg

Semalam dengan hari ni (22-23 Februari) aku join Himpunan Penulis Swa-Terbit (HIPS) 2025 anjuran Book Hero dan Aswara. Banyak gila ilmu dan tips pasal penerbitan buku yang aku dapat belajar. Sumpah tak menyesal melabur walaupun memula tu aku macam sekejap nak join, sekejap tak nak. Hahaha

Alhamdulillah. Sebenarnya Allah juga yang izinkan. InsyaAllah tahun 2025 ni impian aku nak ada buku solo akan jadi kenyataan. Akhirnya seketul Sakdah dapat Jadi Seorang Penulis macam yang dia bebelkan dalam blog ni 13 tahun lalu

Nanti buku aku dah terbit, korang support la tau. Beli okay buku aku. Hihi

Group whatsapp untuk Kak Rahmah pantau 33 orang penulis siapkan buku masing-masing termasuk la aku



Webinar HIPS2025 yang aku sertai sebagai salah seorang dari 3 peserta online yang lain sebab kami tak dapat hadir secara fizikal.


Kadang aku terfikir, sebenarnya apa je yang pernah terdetik di hati dan kita pernah tulis sebagai impian, lambat laun Allah akan izinkan jadi kenyataan bila dah sampai masa yang sesuai. Jadi kesimpulannya, fikir dan tulislah yang baik-baik. 
Bisik-bisik ::  Doakan yang baik-baik untuk aku tau! Moga doa yang sama berbalik pada korang juga.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2025/02/misi-2025-tingkatkan-kemahiran-untuk-pencapaian-peribadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mysalam 2025 Semakan Kelayakan Cara Membuat Tuntutan

Mysalam 2025 Semakan Kelayakan Cara Membuat Tuntutan

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 225 hits
Dalam Belanjawan 2025 Kerajaan telah mengumumkan bahawa skim MySalam akan diteruskan untuk tahun 2025 Replying to user8072167498436 Ini cara claim mySalam 2024 secara online Hanya yang masuk hospital tahun 2024 2025 je yang boleh claim Anda...
Mesyuarat Guru Kali Pertama Tahun 2025 Di Glory Beach Resort Port Dickson

Mesyuarat Guru Kali Pertama Tahun 2025 Di Glory Beach Resort Port Dickson

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 165 hits
Asalamualaikum dan Salam Sejahtera Mesyuarat Guru Kali Pertama Tahun 2025 di Glory Beach Resort Port Dickson Alhamdulillah Yang sebenarnya dah berlalu tiga empat hari mesyuarat guru sekolah saya yang telah diadakan di Glory Beach Resort PD ...
Buffet Ramadan Johor Legoland Malaysia Resort 2025

Buffet Ramadan Johor Legoland Malaysia Resort 2025

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 670 hits
nbsp Buffet Ramadan Johor 2025 kali ini di LEGOLAND MALAYSIA RESORT yang menampilkan lebih 150 hidangan FLAVOURS OF NUSANTARA bermula dari 7 Mac hingga 28 Mac 2025 dari jam 6 10 malam Antara menu mkanan yang korang boleh cuba ialah asam ped...
Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 226 hits
Ranking IPTS dan IPTA UA terbaik di Malaysia 2025 Berikut adalah ranking universiti terbaik Malaysia 2025 berdasarkan penilaian tahunan oleh QS World University Rankings 2025 Penilaian dibuat dengan membandingkan prestasi universiti univers...
Bukit Larut Dibuka Semula April 2025 Tarikan Utama

Bukit Larut Dibuka Semula April 2025 Tarikan Utama

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 176 hits
Bukit Larut Dibuka Semula April 2025 Tarikan Utama Selepas lima tahun ditutup akibat kejadian tanah runtuh pada November 2019 yang lalu Bukit Larut akhirnya akan dibuka semula mulai 1 April 2025 ini Bukit Larut telah menjalani proses penamb...
Spm 2025 Trial Paper Questions Answers

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 181 hits
nbsp SPM 2025 Trial Paper Questions Answers Koleksi Soalan Percubaan SPM Jawapan Bahasa Melayu Sejarah Matematik Bahasa Inggeris Fizik Kimia Matematik Tambahan Biologi Prinsip Perakaunan Sains Pendidikan Islam Pendidikan Moral Perniagaan Ek...
Cuaca Panas Kering Hingga Mei 2025

Cuaca Panas Kering Hingga Mei 2025

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 249 hits
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata negara kini berada pada fasa penghujung Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada pertengahan Mac dan dalam tempoh itu litupan awan serta taburan hujan akan be...
Crowd Throngs Star Education Fair 2025

Crowd Throngs Star Education Fair 2025

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 239 hits
KUALA LUMPUR Students parents and teachers turned up in droves when the doors opened at 11am at the Star Education Fair 2025 held at the Kuala Lumpur Convention Centre here on Saturday A string of highlights is in store for the visitors as ...
Buffet Ramadan 2025 Dari Dapur Selasih Persada Johor

Buffet Ramadan 2025 Dari Dapur Selasih Persada Johor

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 156 hits
Buffet Ramadan 2025 Dari Dapur Selasih Persada Johor Dari Dapur Selasih kembali dengan hidangan istimewa dan pengalaman bufet yang lebih bermakna Tahun ini menampilkan lebih daripada 100 hidangan istimewa yang The post appeared first on
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Understand Your Target Audience

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Flava Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk Chord

Air Mineral Spritzer Sebundle Murah

Lirik Lagu Chand Chupa Badal Mein

Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Najib Untuk Hadiri Istiadat Pengebumian Negara

Hiburan Begitu Sayangnya Rosmah Pada Tun Hasmah Video Dua Isteri Bekas Perdana Menteri Berpelukan Curi Tumpuan