Minyak Kasturi Hukum Memakainya Sebagai Wangian Mengikut Perspektif Islam


Minyak kasturi telah berabad-abad dikenali sebagai bahan semulajadi yang berkhasiat dalam bidang kecantikan mahupun kesihatan.
Minyak ini mempunyai bau yang sangat menyenangkan dengan ciri khas aromanya yang lembut, ia turut dijadikan sebagai wangian. 
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
BACA JUGA: Minyak Lintah – Khasiat & Kegunaannya Untuk Lelaki
Minyak Kasturi Berdasarkan artikel yang diterbitkan oleh LifeBuoy, Minyak kasturi boleh dihasilkan daripada dua sumber utama iaitu daripada haiwan dan juga tumbuhan. 
Minyak Kasturi daripada Rusa
Minyak kasturi yang diperoleh daripada rusa yang dihasilkan daripada  kelenjar nodul rusa jantan, yang lazimnya terletak di antara perut dan bahagian genital, leher, kepala, dan bahagian atas badan. 
Spesies rusa yang menghasilkan minyak ini ialah musk deer yang banyak dijumpai di India, Cina, Mongolia, Siberia, dan Manchuria.
 Namun, populariti minyak ini telah mengakibatkan musk deer semakin banyak diburu sehingga populasi mereka semakin terancam. 
Justeru, minyak kasturi dari rusa semakin sukar untuk ditemui dan umumnya dijual dengan harga yang sangat mahal.
Minyak Kasturi daripada Tumbuhan
Jenis kedua ialah minyak kasturi yang diperoleh daripada tumbuhan. Minyak kasturi jenis ini diperoleh daripada kulit pohon kasturi, yang mempunyai aroma khas, segar, dan tahan lama. 
Umumnya, minyak kasturi ini diolah menjadi ekstrak untuk digunakan dalam produk wangi-wangian dan kecantikan. 
Seiring dengan masa dan kemajuan teknologi, minyak kasturi juga boleh diperoleh secara sintetik di dalam makmal dengan menggunakan beberapa jenis tumbuhan seperti Angelica archangelica, Olearia argophylla, dan Mimulus moschatus.
Khasiat dan Kegunaan Minyak Kasturi 1. Kecantikan & Kesihatan Kulit  Dengan menggunakan produk mengandung minyak kasturi, ia boleh membantu mengatasi masalah jerawat, ekzema, psoriasis dan sebagainya.
Kandungan antibakterial dan antiinflamasi di dalamnya membantu mengurangkan kemerahan dan pembengkakan yang disebabkan oleh jerawat, atau masalah kulit lain.
2. Memudarkan Parut Selain itu, minyak ini juga boleh membantu mengurangkan kesan parut jerawat dan meningkatkan kehalusan tekstur kulit. Ia mengandungi retinol yang membantu mempercepatkan regenerasi sel dan memulihkan kesan akibat masalah kulit yang terjadi. 
3. Melembapkan Kulit Minyak kasturi juga mempunyai kandungan yang berkhasiat iaitu omega 6 yang berfungsi menjaga keseimbangan kapasiti air di lapisan kulit untuk membantu melembapkan kulit kering dan memastikan kulit sentiasa halus. 
4. Mengurangkan Kesan Penuaan Minyak kasturi mengandung Linoleic acid (omega 6) dan Alpha-linoleic acid (omega 3) yang bermanfaat untuk menghilangkan kedutan apabila digunakan secara rutin. Ia banyak digunakan dalam produk anti-aging kerana kandungannya tersebut. 
5. Digunakan Sebagai Antiseptik Minyak ini juga boleh digunakan sebagai antiseptik bagi mengelakkan terjadinya jangkitan pada luka seperti gigitan ular dan seumpamanya. 
6. Merangsang Pertumbuhan Rambut Bagi mereka yang mengalami masalah rambut seperti keguguran atau kelemumur, produk rambut yang mengandungi minyak ini dapat membantu merangsang pertumbuhan rambut dan meningkatkan kekuatan akar rambut.
7. Mempunyai Bau yang Menenangkan Aroma minyak kasturi diketahui memberikan kesan relaksasi dan menenangkan. Oleh itu, penggunaannya dalam aromaterapi dapat membantu mengurangkan stres dan meningkatkan kesejahteraan emosi.
8. Penggunaan dalam Produk Kosmetik dan Wangian Minyak ini juga sering digunakan sebagai bahan dalam produk-produk kosmetik seperti losyen, krim malam atau serum kecantikan. Ini kerana sifatnya yang baik untuk kulit serta kemampuannya untuk meningkatkan efektiviti produk kosmetik.
Sebagai wangian yang memberikan aroma yang unik dan tahan lama, ia adalah pilihan popular dalam industri wangian.
Hukum Memakainya Sebagai Wangian Mengikut Perspektif Islam  Berdasarkan penjelasan melalui laman sesawang Mufti WP, telah berpendapat para ulama’ bahawa kasturi itu halal lagi bersih. 
Dibolehkan untuk memakannya dan mengambil manfaat daripadanya dalam apa keadaan sama ada dalam bentuk makanan dan juga perubatan sama ada darurat ataupun tidak.
Ini kerana seseungguhnya darah yang pada asalnya telah bertukar (berlaku proses istihalah) kepada sesuatu yang baik dan menjadi bersih. 
Dalam sebuah hadith Nabi SAW:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ذَكَرَ امْرَأَةً مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ حَشَتْ خَاتَمَهَا مِسْكًا وَالْمِسْكُ أَطْيَبُ الطِّيبِ
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menyebut mengenai wanita daripada Bani Israel yang mengisi cincinnya dengan kasturi dan kasturi adalah wangian yang sangat harum.
Riwayat Muslim (2252) Dalam sebuah hadith yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda:
أَطْيَبُ الطِّيبِ الْمِسْكُ
Maksudnya: Wangian yang paling harum baunya adalah al-Misk (kasturi).
Riwayat Al-Tirmizi (991). Telah berkata Abu Isa al-Tirmizi bahawa hadith ini Hasan Sahih. Haruman atau wangian yang terhasil dari darah rusa, kijang ataupun antelop dikenali dengan wangian kasturi. Di dalam Bahasa Arab ianya disebut dengan al-Misk (الْمِسْكُ).
Dari sudut istilahnya, telah berkata al-Bunani yang menaqalkannya daripada al-Hafiz Ibn Hajar bahawa al-Misk itu adalah darah yang terkumpul pada bahagian pusat rusa/kijang/gazelle/antelop pada satu masa yang diketahui daripada tahun tertentu.
Apabila terkumpulnya darah tersebut, maka ianya akan membengkak maka rusa akan berasa sakit sehingga membawa kepada gugurnya gumpalan tersebut.
Cara Penggunaan Cara menggunakan minyak ini adalah mengikut jenisnya. Biasanya ia digunakan dengan mengoles secara tipis di kawasan yang dikehendaki. Ia boleh digunakan pada kulit muka atau badan, bergantung kepada masalah yang ingin diselesaikan.
BACA JUGA: Minyak Angin – Khasiat & Kegunaan Untuk Bayi dan Dewasa
Kesan Sampingan Minyak Kasturi Walaupun minyak ini dikenali sebagai bahan semulajadi, beberapa individu mungkin mengalami reaksi alergi ringan seperti ruam atau gatal-gatal. Adalah disyorkan untuk melakukan ujian kecil di kawasan kecil kulit sebelum penggunaan meluas.
Kesimpulan Minyak kasturi menawarkan banyak kegunaan dan khasiat untuk pengguna. Bagi yang ingin mencuba, pastikan anda memilih produk yang berkualiti daripada pengeluar yang terpercaya untuk mengelakkan kesan sampingan yang berbahaya.
Rujukan:
Mengenal Minyak Kasturi dan Beragam Manfaatnya – LifeBuoy AL-KAFI #486: HUKUM MEMAKAI WANGIAN YANG DIHASILKAN DARIPADA DARAH KIJANG/ANTELOP – Mufti WP

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/minyak-kasturi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=minyak-kasturi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maksud Taaruf Cara Bertaaruf Mengikut Islam Tips Melakukan Bertaaruf

Maksud Taaruf Cara Bertaaruf Mengikut Islam Tips Melakukan Bertaaruf

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 313 hits
Maksud Taaruf Cara Bertaaruf Mengikut Islam Tips Melakukan Bertaaruf Mencari pasangan hidup mempunyai cabaran tersendiri bagi ramai individu Proses mencari jodoh bukan sekadar tentang keserasian antara dua individu tetapi juga melibatkan pe...
Redza Rosli Lamar Bella Hanna Dua Bulan Lalu Tak Pernah Declare Sebagai Kekasih

Redza Rosli Lamar Bella Hanna Dua Bulan Lalu Tak Pernah Declare Sebagai Kekasih

papar berkaitan - pada 22/6/2024 - jumlah : 167 hits
Pelakon Redza Rosli lamar Bella Hanna dua bulan lalu dan memaklumkan dirinya tidak mempunyai niat untuk merahsiakan hubungan daripada pengetahuan umum Redza berkata dia lebih selesa sekiranya hubungannya itu tidak diuar uarkan dan menjadi b...
Waspada Akaun Palsu Yang Menyamar Sebagai Menteri Miti

Waspada Akaun Palsu Yang Menyamar Sebagai Menteri Miti

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 313 hits
Menurut Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri MITI telah mengambil maklum mengenai kewujudan satu akaun palsu yang menyamar sebagai Menteri MITI melalui kenyataan di BIO Instagram Akaun tersebut telah memuat nai
Langkawi Akan Dicadangkan Sebagai Destinasi Pilihan Muslim Timbalan Menteri Pelancongan

Langkawi Akan Dicadangkan Sebagai Destinasi Pilihan Muslim Timbalan Menteri Pelancongan

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 264 hits
Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan tampil memberi cadangan untuk menjadikan Pulau Langkawi sebagai 8216 destinasi pilihan muslim 8217 Perkara itu dicadangkan sebagai susulan pelancaran menjelang Tahun Me...
Irman Gusman Serahkan Surat Pengakuan Sebagai Eks Napi Psu Dpd Di Sumbar Memenuhi Syarat

Irman Gusman Serahkan Surat Pengakuan Sebagai Eks Napi Psu Dpd Di Sumbar Memenuhi Syarat

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 180 hits
Usai Terima Surat Pengakuan Sebagai Eks Napi KPU Sebut Penuhi Syarat Ikut PSU DPD RI Sumba
Bersama Tapi Berpisah Blackpink Tak Aktif Sebagai Kumpulan Pada Tahun Ini

Bersama Tapi Berpisah Blackpink Tak Aktif Sebagai Kumpulan Pada Tahun Ini

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 159 hits
Menurut laporan eksklusif BLACKPINK dilaporkan tidak akan menjalankan sebarang aktiviti berkumpulan penuh pada tahun 2024 Artikel Berkaitan Ini kerana para ahli akan memberi tumpuan kepada aktiviti individu mereka Lisa Jennie dan Ros akan m...
Perpecahan Dorong Bersatu Kekal Muhyiddin Sebagai Presiden Kata Sumber

Perpecahan Dorong Bersatu Kekal Muhyiddin Sebagai Presiden Kata Sumber

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 119 hits
Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada 7 Jun lalu memutuskan Muhyiddin Yassin kekal sebagai presiden PETALING JAYA Muhyiddin Yassin sudah lama berhasrat untuk berundur sebagai presiden Bersatu namun terbantut kerana perpecahan dalaman parti...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord