Minyak Dan Sos Terbaik Untuk Menumis Dan Memasak


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Minyak dan Sos Terbaik Untuk Menumis dan Memasak! | Biasanya, untuk menumis, kita guna minyak sawit atau minyak biasa. MF pula guna minyak bunga matahari. Tapi selepas terbaca status oleh Dr. Zubaidi di Facebook yang mengatakan bahawa minyak bunga matahari lebih tinggi kolestrol berbanding minyak sawit... buatkan MF terfikir nak guna minyak lain selain minyak sawit untuk menumis. Takde tujuan lain, melainkan untuk kesihatan seisi keluarga. 
Hari ni, MF terbaca artikel di Majalah RASA, minyak yang baik untuk menumis dan memberi rasa harum dan sedap ialah minyak bijan... dan masakan tu jadi lebih sedap bila digabungkan dengan sos ikan... 
sumber: google images
Minyak bijan banyak digunakan di dalam resipi Tionghua, Korea dan Jepun. Baunya harum dan agak kuat. Kita dengan mudah akan mengecam jika sesuatu resipi ada minyak bijan di dalamnya

Selalunya minyak bijan dan biji bijan juga digunakan untuk membuat dimsum dan bebola bijan. Minyak bijan juga tinggi khasiatnya. Pakar herba ada mengatakan minyak bijan mengandungi ciri-ciri anti kanser dan anti bakteria

Antara Kebaikan Minyak Bijan untuk Kesihatan ialah: Pencegahan Diabetes Menurut kajian, minyak bijan dikatakan dapat mengurangkan kedua-dua tekanan darah dan glukosa pada penghidap diabetes. Sebuah penyelidikan dari American Journal of Clinical Nutrition juga menunjukkan keberkesanan minyak bijan membantu perawatan kencing manis

Mengurangkan Tekanan Darah Kandungan magnesium dalam minyak bijan menunjukkan ia membantu menurunkan hipertensi atau tekanan darah

Kesihatan Jantung Biji bijan mengandungi nutrien semula jadi di dalamnya yang membantu mencegah serangan jantung

Anti Kanser Selain itu, pengambilan biji bijan dapat mengurangkan risiko kanser. Lebih baik lagi, biji bijan kaya dengan serat yang dapat membantu proses penghadaman dan mengelakkan serangan kanser usus

sumber: google images

Sos ikan pula sebagai penyedap rasa sesuatu masakan. MF tak pernah lagi masak dan guna sos ikan dalam masakan. Tapi rasa nak mencuba lah lepas ni... Tambahan pula, dah dapat resepi untuk buat sos ikan sendiri. 
Sos ikan atau nampla pula adalah sejenis penambah perisa makanan seperti di dalam menu nasi goreng, mi goreng dan tomyam. Diperbuat daripada ikan yang dijerukkan dengan garam dan diambil jusnya sahaja. Lebih besar ikan yang digunakan lebih mahal harga sos ikannya

Rasanya agak masin dan ada masanya resipi yang menggunakan sos ikan di dalamnya tidak memerlukan garam. Sos ikan atau sos sotong mempunyai haruman yang lebih kurang sama tetapi rasanya agak berbeza. Sos sotong lebih ‘berlemak’ manakala sos ikan agak masin. Campuran sos ikan di dalam resipi kerabu juga boleh membangkitkan rasanya. Walaupun begitu, pengambilannya tidaklah digalakkan kerana rasanya yang masin


RESEPI SOS IKAN NAMPLA
Biarkan ada sedikit ruang pada bekas kedap udara anda ketika memerap ikan kerana jumlah air akan bertambah semasa proses mengawet

BAHAN-BAHAN: 600gm ikan tenggiri 5 ulas bawang putih | dicincang kasar 1 biji limau nipis | diambil jusnya 5 helai daun salam 2 sudu kecil lada hitam 2 cawan air masak 1 sudu besar garam kasar
CARA MEMBUAT: 1.    Potong kecil ikan tenggiri. Ketepikan,
2.    Kemudian dalam satu bekas kedap udara, campurkan air masak bersama garam. Larutkan
3.    Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan tutup rapat. Biarkan selama 2-3 minggu
4.   Selepas tempoh mengawet, tapis air dan simpan di dalam botol. Simpan di dalam peti ais untuk tahan lama

*Sos ikan ini boleh bertahan selama 4-6 bulan

Kesimpulannya, penggunaan minyak bijan dan sos ikan bertujuan untuk menyedapkan sesuatu masakan. Penggunaannya mungkin tidak sesuai untuk semua jenis resipi. Guna ikut citarasa dan secara sederhana. 
Menarik dua bahan masakan ni... Rasa nak mencuba juga guna dalam masakan... Minyak bijan untuk lebih khasiat dan sos ikan boleh ganti garam... Kalau masak sayur mesti sedap juga ni kan.. ada kelainan. 
Lepas boleh gantikan garam dengan sos ikan dalam masakan... Mesti rasanya lain kan... 
Diolah daripada: Majalah RASA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2016/08/minyak-dan-sos-terbaik-untuk-menumis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terbaik Lah Naik Sikit Ja Apa Da Hal Tanya Pak Lebai Pas Pasai Minyak Sawit

Terbaik Lah Naik Sikit Ja Apa Da Hal Tanya Pak Lebai Pas Pasai Minyak Sawit

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 266 hits
Selepas ayam harga minyak masak 5kg pula naik mencanakHarga minyak masak botol bersaiz 5 kilogram dikesan naik mendadak hingga 10 peratus sejak awal tahun ini berbanding tahun lalu hingga membebankan pengguna terutamanya menjelang sambutan ...
Sering Dilabel Kayu Fattah Amin Terkejut Menang Pelakon Lelaki Terbaik

Sering Dilabel Kayu Fattah Amin Terkejut Menang Pelakon Lelaki Terbaik

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 195 hits
Sering dilabel sebagai pelakon kayu Fattah Amin berjaya menepis tanggapan tersebut apabila lakonannya dalam filem Mimaland merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik di World Film Carnival Singapore 2021 Menurut laporan BH Online pemilik nama A...
Lirik Manusia Terbaik Rizki Abdullah

Lirik Manusia Terbaik Rizki Abdullah

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 431 hits
Dia terpilih tuk menjadi insan yang terbaik Dia memberi suri tauladan bagi manusia Dialah sesungguhnya manusia terbaik di dunia aaaaReff Shallallahu ala Muhammad Shallallahu alaihi wassallam Ya
3 Nama Yang Menjadi Kontributor Terbaik Bulan Maret Siapa Saja Ya Intip Profil Mereka Yuk

3 Nama Yang Menjadi Kontributor Terbaik Bulan Maret Siapa Saja Ya Intip Profil Mereka Yuk

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 263 hits
Berawal dari sebuah tugas yang diberikan oleh salah satu mata kuliah Claresta ingin agar Hipwee menjadi salah satu wadah yang menaungi tulisannya
Hiburan Fattah Amin Menang Aktor Terbaik Wfc Singapore 2021 Menerusi Filem Mimaland

Hiburan Fattah Amin Menang Aktor Terbaik Wfc Singapore 2021 Menerusi Filem Mimaland

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 301 hits
Pelakon popular Fattah Amin tampil melakar sejarah peribadi apabila telah berjaya memenangi trofi Aktor Terbaik di World Film Carnival Singapore 2021 menerusi lakonannya dalam filem seram Mimaland Kemenangan istimewa itu diumumkan menerusi ...
Percik Ikan Kembung Sedak Dooh Resipi Ori Kelantan Kuah Santannya Terbaik

Percik Ikan Kembung Sedak Dooh Resipi Ori Kelantan Kuah Santannya Terbaik

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 459 hits
Apa nak masak hari ni Kadang tu fikir menu lagi susah daripada nak buat keputusan Akhir sekali tetap juga pilih menu yang sama Ok untuk bagi idea pada ibu ibu nak masak lauk apa resipi percik ikan kembung Kelantan wajib cuba Resipi ikan per...
Usm Ke 39 Terbaik Dunia Laksana Amalan Kelestarian

Usm Ke 39 Terbaik Dunia Laksana Amalan Kelestarian

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 223 hits
Oleh KHUZAIRI ISMAIL GEORGETOWN Universiti Sains Malaysia di sini menduduki tempat ke 39 dalam penarafan atau ranking impak global Times Higher Education 2021 dalam pelaksanaan amalan kelestarian Di peringkat Asean USM secara keseluruhannya...
Pusat Membeli Belah Terbaik Untuk Baju Raya Di Kuala Lumpur

Pusat Membeli Belah Terbaik Untuk Baju Raya Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 709 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan yang dikasihi sekalian Walaupun tak boleh rentas negeri sekarang ini tapi Raya tetap kena berRaya Nak juga melawa dan bergaya dengan baju baru ...
Cipta Sejarah Youn Yuhjung Dinobat Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Di Anugerah Oscar Ke 93 Untuk Minari

Cipta Sejarah Youn Yuhjung Dinobat Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Di Anugerah Oscar Ke 93 Untuk Minari

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 247 hits
Bakat di Korea kini bukan sahaja dikenali di negaranya sahaja namun ianya sudah menjadi bualan seantero dunia Selepas Parasite mencipta sejarah pada tahun lepas di Anugerah Academy ke 92 kali ini giliran filem Minari pula menempa sejarah ba...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash