Minum Segelas Susu Dutch Lady Purefarm Untuk Melengkapkan Sarapan Anda


Permulaan Hari yang Kuat dengan Protein daripada Susu
Hari yang kuat memerlukan permulaan yang mantap. Memandangkan susu adalah salah satu minuman yang bernutrisi daripada alam semulajadi, susu Dutch Lady PureFarm menjadi pilihan yang lazat dan berkhasiat untuk keluarga Malaysia pada waktu sarapan untuk menyemarakkan pagi mereka bagi mengharungi cabaran sepanjang hari



Sarapan pagi sering diabaikan kerana kita selalu tergesa-gesa untuk keluar bekerja atau ke sekolah, walaupun ianya merupakan salah satu hidangan yang paling penting. Selepas tidur semalaman, badan kita memerlukan banyak khasiat, dimana hidangan terakhir yang kita ambil adalah 8 hingga 12 jam sebelum tidur. Inilah sebabnya sarapan bernutrisi itu penting untuk permulaan hari yang kuat. Sarapan membantu meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian.



Tetapi kita tidak semestinya mengambil sarapan pagi yang berlebihan untuk memulakan hari kita.  Sebenarnya, satu gelas susu sudah dapat memberi kita nutrisi yang diperlukan dengan mudah dan cepat, serta cukup senang disediakan pada waktu pagi terutamanya ketika kita tidak mempunyai masa yang untuk menyediakan sarapan.



Bukannya mudah untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dalam satu hidangan, tetapi dengan minum susu, ia membantu memenuhi nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Kebanyakan orang menyedari bahawa susu kaya dengan kalsium, tetapi susu sebenarnya membekalkan nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, seperti protein. Tambahan pula, segelas susu sewaktu sarapan membantu badan kita bersedia untuk menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan yang diambil sepanjang hari anda.

Jom tengok breakfast lengkap SA sepanjang 5 hari kempen.


Hari Pertama

Hari ke 2

Hari ke 3

Hari ke 4

Hari Ke 5

"Sejak tahun 1963, Dutch Lady Malaysia terus berusaha memenuhi misi untuk membina warga negara yang sihat serta membina keluarga yang kuat. Selama 55 tahun , kami menggalakkan warga Malaysia untuk bersarapan dengan susu bersama keluarga mereka. Nutrien daripada susu membantu membina keluarga yang lebih kuat dan sihat. Keluarga dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain semasa menjamu sarapan pagi bersama. Yakni, kedua-duanya adalah sama penting bagi kita untuk permulaan hari yang kuat," kata Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia.

Bagaimana susu membina keluarga yang kuat? 
Pakar Pemakanan dari Dutch Lady Malaysia, Tan Huey Ghee ada jawapannya: "Protein dalam susu bertindak sebagai blok pembina bagi otot, tulang, rambut dan kuku1 kita, ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biokimia, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan dan perlindungan badan kita. Anda boleh katakan bahawa protein adalah nutrien penting yang menyelenggara serta  memelihara badan kita supaya berfungsi dengan lancar untuk melakukan aktiviti seharian".

"Kajian menunjukkan bahawa protein dalam susu mengandungi 9 asid amino penting (EAA) dan lebih mudah dihadam berbanding dengan sumber protein lain2. Dengan erti kata lain, susu adalah sumber yang mudah untuk memperoleh protein yang berkualiti tinggi," katanya.

Tan seterusnya menjelaskan: "Tidak seperti lemak badan, protein tidak boleh disimpan oleh badan kita untuk kegunaan  masa depan. Ini bermakna kita bergantung kepada makanan harian untuk memenuhi keperluan protein kita. Oleh itu, sarapan pagi kita haruslah membekalkan sekurang-kurangnya 20% hingga 25% daripada keperluan nutrisi harian kita".

"Minum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah," katanya.



Sebagai susu No.1 di Malaysia, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti:

• Protein membantu membina dan memperbaiki tisu supaya badan kita berfungsi dengan baik;
• Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat6 untuk gaya hidup yang aktif;
• Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja;
• Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein;
• Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.

Mulakan hari anda dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! Sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018!

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suriaamanda.com/2018/10/minum-segelas-susu-dutch-lady-purefarm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cabaran Sarapan 5 Hari Dengan Susu Dutch Lady Purefarm

Cabaran Sarapan 5 Hari Dengan Susu Dutch Lady Purefarm

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 468 hits
CABARAN SARAPAN 5 HARI DENGAN SUSU DUTCH LADY PUREFARM Assalamualaikum Dan Selamat Malam Hai reader semua Hari yang kuat memerlukan permulaan yang mantap Memandangkan susu adalah salah satu minuman yang bernutrisi daripada alam semulajadi s...
Sarapan Sihat Bersama Susu Dutch Lady

Sarapan Sihat Bersama Susu Dutch Lady

papar berkaitan - pada 10/10/2018 - jumlah : 436 hits
KORANG SUKA MNUM SUSU TAK LAGI LAGI BILA TIME BREAKFAST ACTUALLY SIS BUKAN PENGGEMAR SUSU RASA NAK MUNTAH KALAU DIPAKSA MINUM SUSU PUTIH ATAU SUSU SEGAR Minum susu pada pagi ha ri dapat menambah energi serta mening kat kan aktiviti ketika b...
Bersarapan Pagi Bersama Susu No 1 Dutch Lady Purefarm Yang Kaya Dengan Protein

Bersarapan Pagi Bersama Susu No 1 Dutch Lady Purefarm Yang Kaya Dengan Protein

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 648 hits
Setiap pagi pastinya kita akan bersarapan bukan Agak agaknya apakah sarapan uoll pagi ni ataupun tak amik sarapan pagi langsung Kalau Seri Wangi sarapan pagi itu perlu agar perut tidak kosong lebih lebih lagi kalau uoll seorang yang bekerja...
Lengkapkan Sarapan Pagi Anda Dengan Dutch Lady Purefarm

Lengkapkan Sarapan Pagi Anda Dengan Dutch Lady Purefarm

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 708 hits
Hari yang hebat bermula dengan Dutch Lady PureFarm Jadi nikmatilah susu no 1 untuk sarapan Ducth Lady PureFarm yang padat dengan kalsium bersama hidangan sarapan kegemaran anda untuk hari yang lebih ceria dan bersemangat Ingat untuk penjaga...
Dutch Lady Breakfast Challenge Permulaan Hari Yang Cerdas Dengan Protein Daripada Susu

Dutch Lady Breakfast Challenge Permulaan Hari Yang Cerdas Dengan Protein Daripada Susu

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 366 hits
menjadi keutamaan seorang ibu untuk menyediakan sarapan yang berkhasiat untuk anak anak apatah lagi dengan usia anak anak yang beru nak kenal dunia dengan pelbagai aktiviti sekolah sibuknya mengalahkan orang yang sudah bekerja hee jadi kaka...
Mulakan Pagi Dengan Susu Dutch Lady Strongstart Breakfast Challenge

Mulakan Pagi Dengan Susu Dutch Lady Strongstart Breakfast Challenge

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 821 hits
Assalamulaikum hi korang Pagi tadi breakfast makan apa je Tepuk tangan sikit bagi anda yang tak lupa makan sarapan pagi Btw minggu ni ada minum susu tak waktu breakfast Ke dah lama tak minum susu Tahu tak sebenarnya banyak kebaikan yang bol...
Menangi Hadiah Menarik Dari Dutch Lady Dengan Menyertai Dutchladybreakfastchallenge

Menangi Hadiah Menarik Dari Dutch Lady Dengan Menyertai Dutchladybreakfastchallenge

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 472 hits
Assalamualaikum Hai Menangi Hadiah Menarik dari Dutch Lady dengan Menyertai dutchladybreakfastchallenge Hari yang panjang seharusnya dimulakan dengan sarapan pagi yang bernutrisi supaya badan kekal bertenaga sepanjang hari Kebiasaannya sara...
Dutch Lady Breakfast Challenge Snap Gambar Dan Menang Sehingga Rm 35 000

Dutch Lady Breakfast Challenge Snap Gambar Dan Menang Sehingga Rm 35 000

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 447 hits
Assalamualaikum Harini nak share dengan korang contest menarik by Dutch Lady Malaysia Mudah je Since ramai yang suka ambil gambar makanan why not korang join contest ni Jom tengok cadangan hidangan bersama susu Dutch Lady PureFarm Milk Seba...
Minum Susu 10 Botol Sehari Lebih 20 Kali Buang Air Besar Hingga Berdarah Ibu Trauma Usus Anak Luka

Minum Susu 10 Botol Sehari Lebih 20 Kali Buang Air Besar Hingga Berdarah Ibu Trauma Usus Anak Luka

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 881 hits
Biasanya ramai ibu ibu kalau anak minum banyak susu tak makan pun tak kisah Ini antara tanggapan yang salah sama sekali Perlu diingatkan bila anak dah mula boleh makan seimbangkan pemakanan anak dengan minum susu Paling penting anak umur 2 ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025