Minum Kopi Perdamaian Azmin Anwar


ULASAN PETANG

Ini gambar dari Twitter Anwar.SEKEPING gambar Anwar Ibrahim bersama Azmin Ali dan Saifuddin Nasution Ismail yang minum kopi di cafe parlimen yang tular hari ini mungkin biasa sahaja, itulah aksi orang politik yang tidak perlu dihairankan.

Tetapi gambar itu memberi signifikan tersendiri apabila mengenangkan hubungan Anwar dengan Azmin yang sedikit renggang ada kalanya tegang beberapa bulan ke belakangan ini.

Gambar berkenaan dikongsi oleh Anwar dan Azmin dalam twitter masing-masing dari angle yang berbeza, tetapi masih mengekalkan lokasi pertemuan itu. Saya tidak pasti pula apakah Saifuddin iku sama mengongsi gambar berkenaan dalam media sosialnya.

Namun gambar dan aksi itu disukai oleh orang ramai. Apabila Anwar dan Azmin mengongsikan gambar itu bolehlah kita selami dan baca apa yang ada dalam jiwa kedua-dua mereka. Mereka mungkin sudah saling rindu merindui.

Anwar selamanya dikenang sebagai seorang yang tidak tahu bergaduh panjang dengan sesiapa pun. Iya, bagi Anwar apalah untungnya beliau berantakan lama-lama dan serius dengan Azmin dan begitu juga Azmin.  Kita semua tahu hubungan Anwar dengan Azmin bukan sebagai kawan tetapi adik dengan abang. Semarah-marah abang kepada adiknya ia tidak akan sampai berdendam hingga meneteskan darah.

Ini gambar dari Twitter Azamin.Anwar dengan Azmin bagaikan ibu kerbau dengan anaknya yang nakal. Sang ibu walaupun marah kepada anaknya ia sesekali tidak akan menggunakan tanduknya yang tajam untuk memarahinya. Begitulah Anwar dengan Azmin.

Kalau saya sebagai orang luar suka dan bahagia melihat gambar itu dan dengan situasi itu, tentu orang lain juga begitu, terutamanya ahli dan penyokong Keadilan. Barangkali ada yang menangis terharu melihat kedua mereka duduk berhadapan di satu meja begitu.

Yang mungkin tidak suka dengan gambar itu dan aksi mereka bertiga -- yang nampak serius tetapi santai itu, ialah mereka yang tidak mahu melihat presiden dengan timbalan presiden Keadilan itu kembali baik dan mahu ia terus bercakaran. Sebelum ini pun ketegangan di antara mereka berdua kerana ada pengadu domba. Sedarilah mereka itu musuh kepada Keadilan dan juga kerajaan PH.

Musuh-musuh kerajaan PH, mereka yang benci dan tidak dapat terima Anwar sebagai pengganti Dr Mahathir, tentu rasa bengkak hati melihat gambar berkenaan. Mereka akan memberi tafsiran gambar itu dengan pelbagai konotasi buruk yang mengelirukan.

Sudah ada pun yang skeptikal dengan gambar itu. Ada juga yang membuat ulasan kononnya gambar itu gambar lama, mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa perbalahan politik antara Azmin dengan Anwar itu, tidak lebih daripada perbalahan antara suami isteri di siang hari yang mana mereka akan baik dan berpelukan sampai berpeluh berpelai di malam hari ini.

Musuh PH, musuh Keadilan dan pengadu domba Azmin dengan Anwar terpejam mata melihat gambar berkenaan.

Baik Azmin atau Anwar maupun Saifuddin mungkin sudah merasai kangen untuk duduk bersama seperti itu, berbincang dan memikirkan soal nasib parti dan bangsa setelah tidak mempunyai hubungan lendik beberapa bulan lalu. Mereka mungkin baharu tersedar yang parti mereka sudah menjadi kerajaan dan perlu dijaga sebaik mungkin. Perbalahan merugikan semua orang.
Sesungguhnya Keadilan tidak perlu berombak dan beralun ketika saat menanti berlakunya detik peralihan kuasa daripada Dr Mahathir kepada Anwar seperti dikonsensuskan. Semua pihak jangan memberi ruang atau membikin Dr Mahathir kecewa, marah sehinggakan meralat konsensus dibuat.Baguslah kalau begitu. Ramai orang berharap pertemuan mungkin tidak sengaja hari ini itu akan jadi pertemuan yang diatur atau ditakdirkan demikian rupa untuk menjernihkan apa yang keruh sebelum ini. Pokok pangkalnya terletak kepada mereka berdua juga. Apa yang sudah berlaku, itu biarlah berlalu, semua kena fokus ke hadapan lupa kehilafan lalu.

Saifuddin yang kebetulan berada sama di situ, mungkin tukang ambil air atau aturkan pertemuan Azmin dan Anwar, boleh memainkan peranan mengeratkan semula hubungan mereka. Saifuddin sangat sesuai menjadi mediator kerana kedudukannya selaku Setiausaha Agung, nadi menggerakkan parti. Saifuddin akan berjaya menjadi Setiausaha Agung yang kompeten dan dikenang sejarah jika dapat mendamaikan Azmin dan Anwar serta menguatkan parti.

Selepas ini tentu kita mahu melihat gambar yang lebih indah dan gah dari itu dirakam, dimana ada sama dalam gambar seperti itu nanti Johari Abdul, Abdullah Sani, Rafizi Ramli, Zuraida Kamaruddin dan Nurul Izzah. Semoga selepas ini akan ada sessi minum kopi santai melibatkan individu  berkenaan di mana-mana juga, kalau pun tidak di parlimen. Dan lebih indah kalau selepas ini Keadilan mengadakan rapat agung pemimpin untuk menunjukkan solidariti parti itu. 

Usahlah cipta lagi pergaduhan, sindir menyindir di antara satu sama lain yang boleh meresah dan mengecewakan rakyat. Kita boleh mengusik hati rakyat bergurau dengan rakyat tetapi jangan sampai mereka marah dan hilang sabar sebab padahnya sangatlah buruk sekali. Berdamailah. [wm.kl.7:21 pm 15/10/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/10/minum-kopi-perdamaian-azmin-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zuraida Good Anwar Met Azmin But He Must Also Meet Pkr Supreme Council

Zuraida Good Anwar Met Azmin But He Must Also Meet Pkr Supreme Council

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 289 hits
PKR vice president Zuraida Kamaruddin continues to insist that her president Anwar Ibrahim meet with elected members of the supreme council to kickstart a reconciliation process within the party She was commenting on the today between Anwar...
7 Masalah Kesehatan Yang Bakal Kamu Alami Ketika Kebanyakan Minum Kopi

7 Masalah Kesehatan Yang Bakal Kamu Alami Ketika Kebanyakan Minum Kopi

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 305 hits
Salah satu masalah yang biasa dialami seseorang ketika meminum kopi adalah naiknya asam lambung Hal ini terutama terjadi ketika mengonsumsinya dalam kondisi perut kosong
Report Ex Pkr Deputy President Claims Azmin Sought To Exit Party Over Tensions With Anwar

Report Ex Pkr Deputy President Claims Azmin Sought To Exit Party Over Tensions With Anwar

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 346 hits
Datuk Seri Azmin Ali came close to leaving PKR at the height of his strained relationship with party president Datuk Seri Anwar Ibrahim former deputy president Syed Husin Ali claimed Syed Husin told Malaysiakini in an interview that the inc...
Pergolakan Dengan Anwar Itu Pandangan Malaysiakini Kata Azmin

Pergolakan Dengan Anwar Itu Pandangan Malaysiakini Kata Azmin

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 369 hits
Menurut timbalan presiden PKR itu dakwaan tersebut hanya pandangan sesetengah pihak sambil menafikan terdapat pergolakan antara mereka
Masyarakat Lebih Suka Minum Kopi Jadi Salah Satu Penyebab Pepsi Hengkang Dari Ri

Masyarakat Lebih Suka Minum Kopi Jadi Salah Satu Penyebab Pepsi Hengkang Dari Ri

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 232 hits
Anggota Dewan Pembina Gabungan Pengusaha Makanan dan Minuman Seluruh Indonesia Thomas Darmawan menilai perubahan konsumsi masyarakat yang bergeser ke minuman kopi menjadi salah satu alasan hengkangnya PepsiCo dari Indonesia
Mahathir Azmin Hishamuddin Versus Anwar

Mahathir Azmin Hishamuddin Versus Anwar

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 373 hits
Tay Tian Yan Sin Chew Daily Something is rotten in the state of Denmark The famous quote that brings out the story of William Shakespeare s Hamlet with Denmark as background The first of the Four Great Tragedies of Shakespeare the most exci...
Ibu Mengandung Boleh Minum Kopi Ke

Ibu Mengandung Boleh Minum Kopi Ke

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 293 hits
Ibu mengandung boleh minum kopi ke Haruman kopi mampu mengoda sesiapa sahaja yang menghidunya Bagi penggemar kopi yang tegas sehari tidak minum kopi bagaikan hidupnya tidak lengkap Wah begitu hebat penangan kopi ni ya Malah ada yang kata ia...
Tuntut Kesal Anwar Enggan Terima Memorandum Subsidi Minyak

Tuntut Kesal Anwar Enggan Terima Memorandum Subsidi Minyak

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 416 hits
Pengerusi Gerakan Tuntut Malaysia A zlan Abu Bakar dihalang anggota polis ketika cuba memasuki Parlimen semasa mengadakan Demonstrasi Tuntut Kembalikan Subsidi Petrol sempena pembentangan Belanjawan 2019 di hadapan Bangunan Parlimen Kuala L...
Sosma Terlalu 039 Keras 039 Perlu Dipinda Anwar

Sosma Terlalu 039 Keras 039 Perlu Dipinda Anwar

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 189 hits
PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Akta Kesalahan Keselamatan 2012 terlalu keras dan undang undang yang diperuntukkan di dalamnya terlalu kuat Beliau berkata ramai pihak yang menen
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord