Minta Perkenan Menangani Kontroversi Dan Sedikit Soalan Kepada Menteri Agama



Jika Raja-Raja Melayu putuskan untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi, apakah ianya boleh menidakkan tanggungjawab Mahkamah (mengikut Perlembagaan) untuk putuskan perkara ‘legal’ seperti ini? 
OutSyed the Box
 
KL : Jakim, agensi agama akan ambil tindakan selepas perkenan Raja-Raja Menteri kata pihaknya serah laporan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Kita mengangkat hal ini kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja  Kita akan uar-uarkan tindakan selanjutnya katanya  10 Mac Mahkamah Tinggi putuskan Kristian boleh guna kalimah Allah  KDN telah failkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan pada 15 Mac  tindakan Jakim bergantung kepada Majlis Raja-Raja  — BERNAMA  
My comments :
Rupanya sejak 12 tahun sudah Negeri Perlis telah pun fatwakan bahawa isu orang bukan Islam sebut Allah tidak menjadi masalah bagi negeri Perlis. Yang berikut ini adalah video YouTube Mufti Perlis Dr Maza memberi penjelasan berkenaan isu ini. Sila lihat video berikut.
 
My comments :
Jadi rupanya perkara ini menjadi kontroversi hanya dalam negara kita Malaysia sahaja. Dan ianya jadi kontroversi hanya di kalangan segelintir orang Melayu sahaja. Isu kalimah Allah ini tidak menjadi masalah bagi semua orang Melayu, terutama sekali Mufti Perlis Dr Maza.
Apa maksudnya? Maksudnya ialah bagi sebahagian orang Melayu, agama itu mempunyai paspot. Agama yang “berpaspot”. Ia itu apabila di Malaysia sahaja, kalimah Arab tertentu tidak boleh digunakan oleh agama lain. Tetapi bila di negeri Arab pula, agama nya tidak ada “paspot” yang sebegitu.
Ikut Mufti Perlis, di negeri Arab pula, kitab Bible di cetak dalam bahasa Arab di mana kalimah Allah digunakan pada banyak rujukan.
Dan Dr Maza juga sebutkan bahawa kitab agama Sikh (yang diberi nama Guru Granth Sahib) juga merujuk tuhan dengan nama Allah.
Ini Mufti Perlis Dr Maza yang cakap dalam video di atas.  Bukan saya cakap tau.  Jangan marah saya tau.  Jadi apakah aduan mengenai penggunaan kalimah Allah akan merangkumi kitab agama Sikh sekali? Ataupun apakah sasarannya hanya terhadap agama Kristian sahaja? Tak aci lah macam itu.
Dr Maza juga rujuk beberapa catitan “bismika allah-humma” oleh orang bukan Islam. Dan ikut penjelasan Dr Maza dalam video itu, kaum Arab Jahiliyah menyebut “Labayk Allah”.
Jadi bagi masyarakat Arab penggunaan kalimah Allah oleh orang Arab Kristian (contohnya) adalah sebahagian daripada perbualan harian mereka.
Serupa dengan orang Arab Kristian menggunakan kalimah “nahl” untuk semut. Atau “nur’ untuk cahaya. Atau ‘nisaa’ untuk wanita (yang juga menjadi nama surah dalam Al Quran ia itu Surah an Nahl, Surah an Nur dan Surah an Nisaa). Ini adalah perkataan biasa dalam bahasa Arab yang menjadi sebahagian daripada pertuturan harian mereka.
Dan Al Quran juga kerap merujuk kalimah Allah digunakan oleh atau merujuk kepada orang bukan Islam sekali. Contoh yang disebut Dr Maza ialah daripada Surah al Ankabut dan Surah al Hajj.
(Al Ankabut) 29:61 –  Dan sesungguhnya jika engkau bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan ?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan ?
29:63 –   Dan sesungguhnya jika engkau bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah : “Alhamdulillah”, bahkan kebanyakan mereka tidak memahami.
29:65 –   Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.
(Al Hajj) 22:40  Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya ; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;
Jadi dalam Al Quran dan daripada zaman silam orang Arab, penggunaan kalimah Allah tidak di ‘paspotkan’ mengikut agama.
Tetapi di Malaysia jelas bahawa ramai juga orang Melayu tidak faham sejarah, tidak faham bahasa Arab dan tidak faham agama pun. Sehingga perkara yang tidak mampu ‘angkat kening’ pun (does not even raise eyebrows) di kalangan orang Arab (Islam dan Kristian) boleh digembar-gemburkan seolah masalah besar dan kontroversi yang perlu dijerit-jeritkan, diemosikan, dirayukan, dibentangkan, didebatkan, dijawatankuasa-kan, dimesyuaratkan, dilaporkan dan begitu.
Saya sendiri pernah melihat Tariq Ramadan (cucu kepada Hasan al Banna, pengasas Ikhwan Muslimin) tergelak ketawa apabila diminta mengulas ‘kontroversi kalimah Allah’ di Malaysia. Beliau sedang melawat negara kita pada masa itu dan dijemput memberi ucapan di Putrajaya.  Maksudnya beliau terkejut bahawa isu ini boleh menjadi kontroversi di Malaysia.
Akhir kalam soalan saya kepada Menteri Agama adalah seperti berikut.
Soalan 1. 
Apakah tindakan merujuk isu ini untuk perkenan DYMM Raja-Raja Melayu akan hanya memikulkan beban atas bahu DYMM Raja-Raja Melayu?
Secara lojiknya tindakan Menteri Agama merujuk perkenan Raja-Raja Melayu  dalam hal ini mengharapkan kemungkinan :
a. Raja-Raja menerima keputusan Mahkamah Tinggi
b. Raja-Raja menolak keputusan Mahkamah Tinggi
Tetapi perkara ini telah pun diputuskan oleh Mahkamah di mana mengikut undang-undang negara kita mesti patuhi keputusan Mahkamah.
Sebab (secara hipotesis saja) jika Raja-Raja Melayu putuskan untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi, apakah ianya boleh menidakkan tanggungjawab Mahkamah (mengikut Perlembagaan) untuk putuskan perkara ‘legal’ seperti ini?
Boleh kah DYMM Raja Raja Melayu menolak sesuatu keputusan oleh Mahkamah?
Ataupun (soalan susulannya) sanggupkah DYMM Raja Raja Melayu menolak keputusan Mahkamah?
Tindakan Menteri Agama merujuk isu ini untuk perkenan DYMM Raja Raja Melayu hanya meletakkan tekanan atas DYMM Raja-Raja Melayu.
Dalam bahasa mudah this looks like tai chi atau deflection di mana “kemusykilan” melaksanakan keputusan Mahkamah Tinggi di tai chi kepada orang lain.
Soalan 2. 
Bagaimana pula dengan istilah agama lain yang digunapakai oleh orang Melayu sebagai istilah agama Islam? Contohnya perkataan syurga dan neraka.
Perkataan syurga dan neraka bukan bahasa Arab dan tidak terjumpa dalam Al Quran. Syurga dan neraka diambil daripada bahasa Tamil (Syorgam dan Naraka) yang juga digunakan oleh bahasa Sanskrit (bahasa “rasmi” agama Hindu).
Naraka (Hinduism)  From Wikipedia, the free encyclopedia
Naraka is the Hindu equivalent of Hell, where sinners are tormented after death. It is also the abode of Yama, the god of Death. It is described as located in the south of the universe and beneath the earth.
Gambaran ‘Naraka’ dalam agama Hindu.  
Al Quran menyebut jannah (taman) dan naar (api) yang dialihbahasakan menjadi syurga dan neraka dalam bahasa Melayu.
Penggunaan kalimah agama Hindu seperti syurga dan neraka langsung tidak menjadi misteri sebab agama Hindu sangat berpengaruh dan sudah bertapak selama seribu tahun di kawasan Nusantara.  Contohnya Pulau Bali masih beragama Hindu dan ramai orang Indonesia berbangga dengan warisan Hindu mereka termasuk Presiden Jokowi yang sering mulakan ucapan rasminya dengan menyebut mantera Hindu “Om Shri. . Namaha . . .” (lebih kurang begitu).
Dan kedutaan besar Indonesia di Washington DC (Amerika Syarikat) menjadi famous kerana meletakkan patung Dewi Hindu Saraswati dihalaman kedutaan itu.
 
Patung Dewi Hindu Saraswati di Kedutaan Indonesia, Washington Jadi soalan saya kepada Menteri Agama ialah apakah ianya ok bagi orang Melayu masih menggunakan istilah Tamil / Sanskrit agama Hindu ‘Syorga’ dan ‘Neraka’ padahal al Quran menyebut kalimah Arab jannah dan naar?
Kalaulah ianya tidak ok bagi orang bukan Islam berpaspot Malaysia menggunakan kalimah Allah, bagaimana pula dengan orang Islam berpaspot Malaysia menggunakan istilah syurga dan neraka yang confirm asal usulnya adalah daripada agama Hindu ?
Padahal Al Quran telah pun menyebut Jannah dan Naar.  Itu saja soalan saya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/03/19/minta-perkenan-menangani-kontroversi-dan-sedikit-soalan-kepada-menteri-agama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surat Terbuka Buat Menteri Agama

Surat Terbuka Buat Menteri Agama

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 364 hits
Yang Berhormat Senator Datuk Dr Haji Zulkifli Mohamad Al BakriMenteri di Jabatan Perdana Menteri Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuhYang saya hormati Datuk Zulkifli Terlebih dahulu saya memohon maaf jika surat ini mengganggu dan men...
Hiburan Supaya Keadaan Tidak Menjadi Lebih Tegang Menteri Agama Minta Sajat Serah Diri

Hiburan Supaya Keadaan Tidak Menjadi Lebih Tegang Menteri Agama Minta Sajat Serah Diri

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 229 hits
Sudah sekian lama dicari namun keberadaan usahawan kosmetik terkenal iaitu Sajat masih belum dapat dijejaki Jabatan Agama Islam Selangor sehingga kini Sampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menasihat...
Video Pintu Kaabah Dibuka Untuk Perdana Menteri Dan Rombongan Ketika Mengerjakan Ibadah Umrah

Video Pintu Kaabah Dibuka Untuk Perdana Menteri Dan Rombongan Ketika Mengerjakan Ibadah Umrah

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 196 hits
135 total views 135 views today Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dilaporkan selamat diba di Jeddah Arab Saudi petang semalam bagi memulakan lawatan rasmi enam hari ke negara Asia Barat Beli...
Menteri Naik Bas Ekspres Tanda Besar Pru Sudah Muncul

Menteri Naik Bas Ekspres Tanda Besar Pru Sudah Muncul

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 352 hits
FAZLI RADZIRata rata warga maya menganggap tanda besar Pilihan Raya Umum ke 15 sudah muncul apabila ada menteri yang sudah menaiki bas ekspres untuk balik kampung Reaksi itu muncul selepas tular di media sosial gambar Menteri di Jabatan Per...
Susah Susah Sangat Biar Saya Jadi Perdana Menteri

Susah Susah Sangat Biar Saya Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 171 hits
PELUANG menekuni negarawan yang satu ini ibarat menaiki mesin rentas masa dan kembali ke zaman silam Beliau yang dimaksudkan ialah bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam yang kini Pengerusi World Islamic Economic Forum Foundation Ber...
Dah Setahun Baru Menteri Kewangan Tebuk Atap Sedar Pentingnya Pakej Rangsangan Untuk Iks Dan Pks

Dah Setahun Baru Menteri Kewangan Tebuk Atap Sedar Pentingnya Pakej Rangsangan Untuk Iks Dan Pks

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 381 hits
Dah setahun baru Menteri Kewangan PN sedar pentingnya pakej rangsangan untuk IKS dan PKSMarch 7 2021Aku sebelum ini berulang kali tulis pentingnya pakej Rangsangan untuk IKS dan PKS dilaksanakan Pakej rangsangan Kerajaan hari ini tidak bers...
Menteri Uni Emirat Arab Berharap Indonesia Jadi Model Bagi Dunia Islam

Menteri Uni Emirat Arab Berharap Indonesia Jadi Model Bagi Dunia Islam

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 217 hits
Mazroui menyebut Indonesia bukan hanya merupakan negara dengan jumlah penduduk beragama Islam terbesar tapi juga terbesar dari segi perekonomian Pihaknya berharap Indonesia dapat menjadi model bagi dunia Islam secara umum karena Indonesia m...
Perdana Menteri Berangkat Ke Arab Saudi Tunai Umrah Sebelum Menghadap Raja Salman

Perdana Menteri Berangkat Ke Arab Saudi Tunai Umrah Sebelum Menghadap Raja Salman

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 248 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berlepas ke Arab Saudi untuk lawatan rasmi sulung beliau ke Asia Barat lapor Bernama Muhyiddin dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau berkata lawatan itu adalah bagi memenuhi jemputan...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini