Minta Isu Kelapa Sawit Dan Getah Sentiasa Diberi Perhatian


HARAKAH DAILY

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta terus mengadakan pelbagai inisiatif dan program yang dapat memastikan komoditi negara sentiasa mendapat permintaan tinggi dan membantu pertumbuhan ekonomi.

Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) berkata, industri minyak sawit memainkan peranan penting di mana sektor itu menyumbangkan 4.67 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2019.
Malah ujarnya, sawit membawa jumlah pendapatan eksport sekitar RM64.84 bilion, namun di sebalik prestasi memberangsangkan itu, wujud cabaran di peringkat global yang mempengaruhi kedudukan pasarannya.
“Isu paling ke hadapan ialah serangan Kempen Anti Minyak Sawit yang mengaitkan isu kesihatan alam sekitar dan hak asasi manusia secara pukul rata. Serangan ini memalitkan sentimen negatif seterusnya menyebabkan penurunan permintaan.
“Kalau kita lihat kebanyakan masyarakat di Eropah amat sensitif apabila melibatkan isu-isu kelestarian alam sekitar dan juga hak asasi manusia,” ujarnya dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat, di sini semalam.
Menurut beliau, disebabkan faktor tersebut, saluran media dan komunikasi telah mengambil isu yang berkenaan tanpa menyelidiki fakta secara tepat di mana ia menuntut kerajaan menggunakan strategi advokasi menghadapinya.
Cadang beliau, saluran media sosial perlu dimanfaatkam untuk memulihkan imej minyak sawit negara di peringkat global kerana mempunyai keterangkuman lebih meluas, sekali gus salah faham boleh diperbetulkan lebih pantas dan berkesan.
Beliau juga memuji program Persijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) yang memberi manfaat kepada lebih 400,000 pekebun kecil untuk mendapatkan hasil Buah Tandan Segar (BTS) yang bermutu tinggi.
Che Alias juga berharap pengiktirafan MSPO diterima di peringkat global dan mampu menarik pelaburan baharu ke negara ini serta membantu kementerian meneroka pasaran baharu untuk tujuan eksport minyak sawit.
Menyentuh mengenai program Peningkatan Produktiviti Getah yang akan diperkenalkan, beliau meminta perancangannya mengambil kira pekebun kecil yang dihimpit keperitan dan kemiskinan susulan harga getah yang rendah.
“Saya berpendapat, harga lantai yang dicadangkan mampu membantu lebih ramai kalangan pekebun kecil untuk keluar daripada himpitan kemiskinan hidup.
“Bukan itu sahaja bahkan ia bakal turut menarik golongan anak muda untuk berkecimpung dalam sebagai pekebun kecil seterusnya mampu memacu ekonomi secara mikro di kawasan-kawasan luar bandar khususnya,” ujarnya.
Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) ketika membahas perkara sama menarik perhatian terhadap isu kekurangan tenaga pekerja yang diharapnya agar kerajaan dapat mengatasi masalah tersebut. 
“Saya juga berharap akan wujud inisiatif atau program yang membantu mempercepatkan mekanisasi dan automasi di sektor kelapa sawit untuk mengurangi kebergantungan sektor perladangan kepada tenaga kerja dan membantu meningkatkan produktiviti.
“Dalam masa yang sama, kerajaan sepatutnya melakukan pelbagai R&D termasuk cara inovatif untuk menuai dan memproses buah kelapa sawit serta meningkatkan mekanisme pertanian dan automasi yang tepat.
“Termasuk bekerjasama dengan MOSTI dan agensi di bawahnya bagi mempercepatkan usaha mendapatkan mekanisme baharu yang canggih dan sesuai dengan keperluan semasa,” ujarnya.
Turut dicadangnya adalah mempelbagai inovasi produk daripada sawit seperti gula yang dihasilkan negara Indonesia dan biodiesel bagi sektor pengangkutan serta industri, dan juga promosi berkaitan.
Bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) pula, beliau mencadangkan pembayaran kepada tahap tertinggi walaupun ketika ini berlaku kenaikan harga getah globaln bagi membantu golongan penoreh dan juga pekebun kecil.
Menurut beliau, walaupun harga getah telah meningkat, beliau mencadangkan pihak kerajaan tetap meneruskan bayaran IPG sekurang-kurang RM0.50 sekilogram khususnya di musim tengkujuh ini.
“Kerana walaupun harga getah naik, tetapi saya dimaklumkan dalam bulan November ini sahaja, hanya sekitar bawah daripada tujuh hari mereka dapat menoreh,” pohonnya.
Beliau juga menggesa kerajaan mengawal mekanisme keseimbangan di antara permintaan dan penawaran di pasaran antarabangsa kerana ketidakstabilan harga merupakan satu risiko besar dalam pasaran komoditi.
“Negara kita menjadi pengeluar getah asli ketujuh di dunia. Dalam masa yang sama, kita banyak menggunakan tayar import dari luar negara. Dengan sumber getah yang sedia ada, kenapa kerajaan tidak menggiatkan lagi industri pengeluaran tayar buatan Malaysia? Adakah sudah terdapat kajian mengenai ini?
“Saya pasti seandainya kita berjaya menjadi pengeluar tayar dengan menggunakan sumber getah kita sendiri, akan berlaku lonjakan permintaan terhadap getah dan tentu ia akan memberi kelebihan kepada harga getah di dalam negara kita,” ujarnya. – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/minta-isu-kelapa-sawit-dan-getah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemfaktoran Kod Yang Perlu Diberi Perhatian Bagi Kelancaran Aplikasi Backbone Anda

Pemfaktoran Kod Yang Perlu Diberi Perhatian Bagi Kelancaran Aplikasi Backbone Anda

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 208 hits
Setelah hampir setahun berkubang menggunakan BackboneJs dan RequireJs berbagai faktor yang perlu diberi perhatian sekiranya anda benar benar menitik beratkan untuk membangun sebuah aplikasi laman tunggal yang berkesan Antaranya adalah 1 Org...
Jumaat Yang Akan Sentiasa Mengumpulkan

Jumaat Yang Akan Sentiasa Mengumpulkan

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 206 hits
JUMAAT YANG AKAN SENTIASA MENGUMPULKAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt Jumaat ketiga dibulan November ini Alhamdulillah kita masih lagi berpeluang untuk menikmati hari hari yang sangat indah Syuku...
Dap Mca Dan Gerakan Sentiasa Jadi Batu Penghalang Usaha Daulatkan Islam

Dap Mca Dan Gerakan Sentiasa Jadi Batu Penghalang Usaha Daulatkan Islam

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 187 hits
Keprihatinan pemimpin terhadap kesejahteraan keselamatan rakyat barangkali amat dibenci mereka BANGI Kritikan hebat yang diberikan oleh parti parti perkauman Cina MCA DAP dan Gerakan terhadap hasrat kerajaan Kedah untuk tidak lagi memperbah...
Pas Sentiasa Mengkaji Kerjasama Sebelum Dan Selepas Kekalahan Pn

Pas Sentiasa Mengkaji Kerjasama Sebelum Dan Selepas Kekalahan Pn

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 203 hits
PAS menerima kekalahan pada pilihan raya negeri Melaka sebagai satu proses demokrasi Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata rakyat Melaka sudah membuat keputusan dan sebagaimana maklum BN menang dan sudah membentuk kerajaan Yang pen...
Cara Terbaik Supaya Allah Sentiasa Tolong Kita Ustaz Kazim Elias

Cara Terbaik Supaya Allah Sentiasa Tolong Kita Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 268 hits
Cara Terbaik Supaya Allah Sentiasa TOLONG KITA Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Hiburan Norman Hakim Berjaya Turunkan Tahap Kolestrol Berkat Memey Sentiasa Pantau Pemakanan

Hiburan Norman Hakim Berjaya Turunkan Tahap Kolestrol Berkat Memey Sentiasa Pantau Pemakanan

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 260 hits
Sentiasa memberikan sokongan padu buat suami tercinta Memey Suhaiza khabarnya sering memantau pemakanan suaminya pelakon Norman Hakim yang kini sednag mengamalkan diet sihat Dia yang kerap memuat naik perkembangan gaya hidup sihat Norman di...
Nak Elak Anak Tercekik Potong Buah Anggur Kena Betul Pantau Sentiasa

Nak Elak Anak Tercekik Potong Buah Anggur Kena Betul Pantau Sentiasa

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 260 hits
Bukan saja bayi tapi anak anak kecil perlu melalui tempoh percubaan dan langkah demi langkah agar pemakanannya menjadi lebih sempurna Ketika memperkenalkan buah pastikan potongan yang betul diberikan kepada anak kecil kita Buah buahan kecil...
Pengayuh Beca Diberi Insentif Rm1 200 Setahun

Pengayuh Beca Diberi Insentif Rm1 200 Setahun

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 187 hits
Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL KOTA BHARU Kerajaan negeri akan memberi nafas baru kepada golongan pengayuh beca memandangkan pengangkutan tradisional tersebut menjadi salah satu tarikan pelancong Exco Perpaduan Masyarakat Kebudayaan Warisan dan ...
Panduan Lengkap Pemakanan Yang Boleh Diberi Untuk Bayi 0 12 Bulan Ibu Wajib Semak

Panduan Lengkap Pemakanan Yang Boleh Diberi Untuk Bayi 0 12 Bulan Ibu Wajib Semak

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 461 hits
Masalah anak cerewet makan bukanlah satu perkara asing buat ibu bapa Lazimnya bayi akan mula memilih makan selepas usianya setahun Yang menjadi kebimbangan ibu bapa adalah tentang keperluan nutrisi bayi mereka adakah bayi mendapat nutrisi y...
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord