Dap Mca Dan Gerakan Sentiasa Jadi Batu Penghalang Usaha Daulatkan Islam


 Ainul Illia
Keprihatinan pemimpin terhadap kesejahteraan, keselamatan rakyat barangkali amat dibenci mereka BANGI – Kritikan hebat yang diberikan oleh parti-parti perkauman Cina – MCA, DAP dan Gerakan – terhadap hasrat kerajaan Kedah untuk tidak lagi memperbaharui lesen operasi premis perjudian dan mengehadkan penjualan arak, mencerminkan betapa ‘ghairahnya’ mereka menentang sebarang agenda memperkukuhkan Islam.
Pemerhati politik, Mohd Luttfi Abdul Khalid berkata, beliau boleh membuat satu kesimpulan bahawa kelompok ini, walaupun berbeza nama dan parti politik akan sentiasa menjadi batu penghalang kepada sebarang usaha untuk mendaulatkan Islam.
Tegasnya, hujah-hujah yang dikemukakan mereka seperti tidak menghormati hak asasi, membuli golongan minoriti, mengurangkan pelancong, tidak menghormati bangsa lain dan seumpamanya hanyalah alasan-alasan dangkal serta memperbodohkan diri sendiri sahaja.
“Rakyat Malaysia dan umat Islam sangat mengetahui muslihat dan sikap hipokrasi mereka.
“Kita tidak melupakan keghairahan mereka khususnya parti rasis cauvinis DAP untuk meraikan pesta mabuk Oktoberfest, kecaman MCA terhadap larangan penjualan arak di premis-premis perniagaan, sikap berdiam diri mereka terhadap isu pemanduan mabuk dan pendirian mereka terhadap isu label arak Timah.
“Wajah yang sama dapat dilihat pada kegigihan mereka mempertahankan sekolah-sekolah vernakular swasta, bantahan terhadap tulisan Jawi di sekolah-sekolah yang sama dan isu perobohan kuil-kuil haram – yang kita lihat terdapat satu kesepakatan antara mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau mendakwa, DAP dan parti-parti yang senada dengannya juga tidak peduli tentang akibat yang berlaku daripada perbuatan berjudi dan minum arak.
“Mereka tidak peduli gejala penagihan judi dan arak dan kesan-kesan buruk ke atas kewangan isi rumah, krisis rumah tangga, tekanan mental, beban hutang (dan peras ugut Ah Long), kemalangan jalan raya dan kes-kes jenayah yang bersangkut paut dengan ketagihan judi dan arak.
“Kita tertanya-tanya, kepentingan siapakah yang mereka hendak jaga dan pertahankan sebenarnya – tauke-tauke judi dan arakkah, atau masyarakat dan rakyat?,” soalnya.
Walhal, kata Mohd Luttfi, tindakan Menteri Besar Kedah adalah satu tindakan yang tepat, bukan kerana beliau berasal dari parti PAS, akan tetapi itulah tugas dan tanggungjawab setiap pemimpin sepatutnya, baik di peringkat Pusat mahupun negeri. 
“Ini kerana pemimpin sebuah kerajaan negeri perlu memberi perhatian kepada kesejahteraan hidup dan keselamatan jiwa setiap anggota masyarakat di bawahnya, tanpa mengira latar belakang agama, bangsa atau kedudukan dalam masyarakat.
“Keprihatinan seperti inilah yang barang kali sangat dibenci oleh para pemimpin DAP dan sekutu-sekutunya,” dakwanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/dap-mca-dan-gerakan-sentiasa-jadi-batu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Will Gps Mca And Mic Draw Red Line Against Pas Extremism

Dap Will Gps Mca And Mic Draw Red Line Against Pas Extremism

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 240 hits
The DAP has challenged MCA Gabungan Parti Sarawak and MIC cabinet members to reprimand PAS ministers over the Kedah government s decision to ban licenced number betting outlets when the cabinet meets later this week In a statement today DAP...
Mca Mic Dan Gerakan Antara Defendan Kes Sekolah Vernakular

Mca Mic Dan Gerakan Antara Defendan Kes Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 389 hits
Oleh FAZLI RADZI November 23 2021Tiga parti komponen Barisan Nasional iaitu MCA MIC dan Gerakan antara 12 pihak defendan dalam kes mahkamah berkaitan keabsahan dan kedudukan sekolah vernakular di sisi Perlembagaan Persekutuan Pengerusi Pert...
Dap Still Does Not Understand Islam

Dap Still Does Not Understand Islam

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 287 hits
DAP loves talking about extremist Islam liberal Islam moderate Islam PAS brand of Islam Umno brand of Islam Taliban Islam and so on That is like saying someone is 100 a virgin 10 virgin 20 virgin 50 virgin 100 NOT a virgin etc Either you ar...
Kesihatan Mental Gadis Kembali Pulih Selepas Peluk Islam

Kesihatan Mental Gadis Kembali Pulih Selepas Peluk Islam

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 264 hits
TERJEMAHAN SINARLONDON Seorang gadis Persephome Rizvi menceritakan baru baru ini bahawa kesihatan mentalnya kembali pulih selepas dia memeluk agama Islam sejak tujuh tahun lalu Rizvi 27 yang membuat pendedahan itu dalam satu rakaman dokumen...
Restoran Nur Al Islam Nasi Arab Kluang Johor

Restoran Nur Al Islam Nasi Arab Kluang Johor

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 964 hits
Walaupun kami bermalam di Kluang untuk satu malam saja tapi kami sempat juga beli makanan dari Restoran Nur Al Islam Nasi Arab Kluang Johor untuk dinner malam tu Macam biasa kami tapau dan makan bersama sama keluarga yang kami lawat tu Sero...
Hiburan Dikritik Menduakan Tuhan Salman Khan Akui Berpegang Pada Agama Hindu Dan Islam

Hiburan Dikritik Menduakan Tuhan Salman Khan Akui Berpegang Pada Agama Hindu Dan Islam

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 383 hits
Sejak dari dahulu bakat pelakon Bollywood Salman Khan dalam pelbagai filem tidak dapat dinafikan dan namanya masih lagi disebut orang ramai biarpun banyak pelakon baru yang kini muncul dalam seni perfileman Untuk pengetahuan umum Salman Kha...
Orang Kafir Mati Ada Pulak Orang Islam Doa Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat Pale Hotak Kau

Orang Kafir Mati Ada Pulak Orang Islam Doa Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat Pale Hotak Kau

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 298 hits
Orang Kafir Mati Ada Pulak Orang Islam Doa Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat Pale Hotak Kau Ustaz Kazim Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Hiburan Gemar Pakai Kuku Palsu Untuk Kecantikan Ketahui Hukum Islam Hati Hati Ikut Fesyen

Hiburan Gemar Pakai Kuku Palsu Untuk Kecantikan Ketahui Hukum Islam Hati Hati Ikut Fesyen

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 266 hits
Perasaan untuk tampil cantik dan menawan merupakan suatu fitrah buat kaum wanita asalkan ianya mengikut syarak dan tidak melanggar batas yang ditetapkan oleh agama 3 hari lalu Dah Macam Harga Kereta Axia Tular Resit Harga Rawatan Perubatan ...
Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

No Formal Protests Over Malaysia S Naturalised Players Says Afc

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Putra Heights Gas Pipeline Fire Mca Calls For Rci Says Residents Deserve The Truth

Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tkbpg 3 November Tkbpg Top 5 By Octavio

Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

Untuk Hati Yang Sedang Letih

Penerbangan Terkejut Boeing 737 Menurun 26 000 Kaki Dalam 10 Minit

Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Luluskan 38 Projek Air Rm5 9 Bilion Di Pahang

Cafa Nations Cup 2025 Senarai Pasukan Pemain Malaysia