Minonggui Hill Kinasabaran Trail Kota Belud
Minonggui Hill, Kinasabaran Trail Kota Belud | Pengalaman pertama aku mendaki Bukit Minonggui dari Kinasaraban trail bersama adik perempuan, adik lelaki dan adik sepupu aku. Pendakian yang tidak dirancang. Niat asalnya mau pergi hike Bukit Tinjau, Kuala Abai tapi sesampainya di sana laluan utama ditutup, tidak pasti atas sebab apa. Sudahnya kami jalan-jalan cuci mata ke kawasan pantai terdekat. Disebabkan kecewa dan tak puas hati maka terjadilah unplanned hiking keesokkan harinya.
Kami gerak pukul 7.00am dan mula mendaki kira-kira 7.30am, ya memang agak lewat hehe. Menurut pengalaman adik lelaki aku yang sudah pernah ke sana sebelum ni katanya kami kena daki dua belas anak bukit untuk sampai ke puncak Bukit Minonggui. Anak bukit pertama yang kami daki tidak begitu tinggi tapi cukup membuat lelah jugaklah so kami berehat di hentian pertama di mana tempat tu sebelum ni adalah tempat menjual air dan makanan tetapi sekarang sudah terabai kerana pendaki semakin kurang. Oh ya sebelum mendaki, kena daftar dulu dekat apa entah nama kedainya, lupa yang pasti signboardnya berwarna dark brown dan putih - korang akan jumpa kedai ni sebelum turun ke jalan masuk ke laluan utama Minonggui Hill which is kena turun ke kawasan sawah padi then lalu pulak ke kawasan kebun getah sebelum pendakian betul-betul bermula. Bayaran masuk adalah RM2.00/head.
Untuk pengetahuan korang, puncak Minonggui Hill adalah bersebelahan dengan puncak Bongol Hill, Pirasan Trail so kalau mau teruskan ke Bongol Hill pun boleh tapi misi kami sampai ke Minonggui Hill sahaja sebab masa tu all four of us already exhausted. There is three trail to hike these two hills, Kinasaraban Trail, Pirasan Trail and Mandap Trail so you can just choose which trail you want to.
Jujurnya pendakian dari Kinasaraban Trail memang agak mencabar, anak bukit yang dilalui agak tinggi dan curam so for those who is afraid of height jangan sesekali pandang belakang atau tengok ke bawah. Kau just fokus naik ja tapi masa turun tu pandai-pandailah kawal diri haha sebab anak bukit ke puncak ni is not fully cover by wild forest ya, rumput ja. Adalah pokok-pokok tapi boleh kira so sepanjang diatas bukit tu memang panas. Itu belum sampai lagi ke puncaknya
Pendakian kami mengambil masa kira-kira empat jam sebelum sampai ke puncak Minonggui Hill (almost 11.00am) dan diatas tu seriously, gila panas! Pokok untuk berteduh pun takda unlike bukit yang aku pernah daki sebelum ni. Yang sebenarnya dua atau tiga jam pun boleh sampai puncak dah cumanya sepupu aku sorang ni baru naik sekejap, mau rehat. Naik sekejap, rehat. So memang memakan masa lah sudahnya hahaha. Lepas rekod video dan snap a few picture diatas tu kami teruskan pula misi untuk turun mengikut laluan yang sama kami naik. Lebih kurang sejam tiga puluh minit kami sampai ke anak bukit terakhir (hentian pertama/where there is an abandon hut/cottage), masa ni kami kehabisan stok air yo. Botol mineral besar seorang satu memang nda cukup. Ngam-ngam pukul 12.30pm jadi keadaan memang sangat-sangat panas, air pun habis so aku suggest untuk kitaorang berehat dekat pondok tu sampai pukul 2.00pm untuk elak daripada terkena heat stroke sebab aku perasan cuaca pada hari tu memang lain dan agak panas berbanding hari sebelumnya
Tepat 2.15pm, kami teruskan kembali misi untuk turun dan alhamdulillah bukit terakhir ni berhutan jadi tidaklah begitu panas cuma ada certain area agak licin dan curam serta berbatu. Jujur aku cakap anak bukit pertama dari Kinasaraban Trail ni masa naik tu mudah dan seronok tetapi turunnya agak bahaya. Aku empat kali jatuh terduduk yo, nasib baik adik lelaki aku kuat haha so tangan dialah aku pinjam tiap kali melalui jalan curam.
Seronok atau tidak pengalaman mendaki Minonggui Hill ni memang seronok cumanya kami tidak well prepared as i stated we are out of water stock, tak bawa topi satu hal. Dengan terlupa pakai sunblock lagi dan macam-macam lagi which is hanya Tuhan ja tahu apa yang kami lalui sepanjang mendaki ni
Tips aku mau kongsi buat mereka yang ada perancangan untuk mendaki Minonggui Hill atau Bongol Hill ni;
Bawa air secukupnya sekurang-kurangnya satu botol besar air mineral setiap seorang, aku suggest bawa lebih dan sembunyikan dekat mana-mana antara 12 anak bukit tu just in case kehabisan stok air semasa sampai ke puncak. Kalau aku, aku akan tinggalkan dekat anak bukit pertama yang ada pondok (first check point) yang mana sebelum ni adalah tempat untuk menjual makanan dan minuman.Pakai topi untuk mengelakkan haba dan kepanasan cahaya matahari.Bawa makanan ringan atau kudapan seperti keropok terutama chewing gum or any kind of gula-gula pedas seperti mentos, kiss me, hacks dll untuk mengelak lapar dan rasa lebih fresh so bertenaga lah jugak mendaki kan.Bawa minyak angin doesn't matter lah what kind of minyak angin bawa ja just in case.Bawa anak parang, pisau besi or any kind of iron or hard grey metal (ini penting untuk keselamatan ya, apa-apa jadi senang) tapi kalau naik bukit yang biasa ja sejam pun boleh naik turun tak payahlah tapi kalau kawasan bukit tu berhutan better bawalah. Nda tau lah setakat mana kebenarnya tapi petua orang dulu-dulu, besi ni boleh elakkan kita daripada tersesat terutamanya apabila berada di dalam hutan.Bawa sunblock dan pakai siap-siap untuk mengelakkan sunburn sebab di atas tu memang panas sebab tidak banyak tempat berteduh.
Dibawah ni aku kongsikan video pendek yang aku sempat rakam semasa di puncak
by, cik itah @ ramaramapendek
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ramaramapendek.blogspot.com/2019/08/minonggui-hill-kinasabaran-trail-kota.html