Mini Chopper Blender Pembantu Baru Kat Dapur
Baru ni bawa mak & abah ke rumah adik sepupu k.fiezz. Elok pula masa kitaorang kat rumah adik sepupu tu, barang dia order online baru sampai. Pastu dia cerita pula barang apa yang dibeli tu. Sibuk lah sis & mak suruh unboxing kotak nak tengok mana ke rupa mini blender chopper yang dia duk cerita tu. Macam menarik je..Anak beranak sejenis cepat terpengaruh..haha..Adik sepupu bitau dah lama dia pakai mini blender chopper ni dari anak no.2 dia yang dah umur 5 tahun sekarang. Cuma ni kali ketiga dia beli mini blender chopper ni sebab dah rosak. Tapi setiap satu tahan lebih kurang 2 tahun rasanya.
Dia cakap mini blender chopper yang jenis ni memang elok berbanding yang lagi satu, boleh baca entry k.fiezz kat bawah mana ke rupa dia. K.fiezz pun pernah beli hat chopper jenis dalam entry bawah ni 2-3x kali tapi pakai beberapa kali je lepas tu rosak...Membazir je..Lagi satu bekas dia kecil tau so bila guna tak boleh sumbat bawang/cili banyak-banyak. Nanti tak boleh pusing. Letak ikan bilis pun macam serupa tak payah kisar..Aihhh sabor je lah sis...Agak tak puas hati juga lah beli..
Boleh baca kat sini < Mini Chopper Garlic >.
MINI BLENDER CHOPPER
So kali ni ada review jujur dari orang yang sis kenal beritahu mini blender chopper ni lagi elok, so why not..
K.fiezz order untuk mak dari Shopee sebab mak suruh buat cash on delivery hantar ke rumah di kampung. K.fiezz punya order kat tik tok shop..Kat shopee lagi untung sebab dapat coupon free delivery..Tapi tak kisah lah kan..
Lepas order beberapa hari, mini blender chopper ni selamat mendarat depan rumah..Apa lagi jom try...Basuh dulu sebab takut ada habuk-habuk ke apa melekat kat blender ni..Tak nampak kat mata kasar tapi tak semestinya tak ada..Jadi untuk selamat, basuh & bagi kering dulu..
K.fiezz ni ada sejenis penyakit was-was sikit bila part kebersihan..hehe...
Tadaaa..Sis pilih warna pink sebab adik sepupu yang suggest. Mak punya pun sama.
Saiz dia agak besar..Puas hati..Letak bawang, cili banyak pun tak ada hal..Cara guna, tekan kat belah atas tu..Kena guna plug yea. Bukan jenis caj..K.fiezz punya ni plug 2 pin..
Rasmi..Sambal belacan..haha..Nampak tak hasil dia..Macam kasar-kasar gitu..Nak buat rencah nasi goreng pun sesuai guna ni sebab hasil kisaran jadi kasar-kasar..Puas hati guna mini blender chopper ni sebab saiz pun besar & boleh letak banyak bawang/cili..Hasil kisaran pun jadi agak kasar-kasar ..Untuk k.fiezz worth it dengan harga & function dia
So kalau korang nak cari chopper, boleh cari yang pattern ni..Lagi berbaloi dari beli yang kecil macam dalam link entry k.fiezz kat atas tu.
Kat mana nak cari ni?shopee ada..tik tok ada..kat shopee masa mula-mula k.fiezz cari, semua pre order. Sis ni dah jenis tak menyabor..haha..Nak hari ni beli, esok dah sampai..haha..Melampau tau...Tapi masa cari balik kat shopee untuk beli hat mak, ada pun jumpa kedai yang jual ready stock. Terus laju order. Dah sampai pun kat mak...Lebih kurang macam k.fiezz punya juga sampainya.
Pssttt - Sis memang suka benda-benda yang memudahkan kerja di dapur sebab sis sejenis malas duk dapur lama-lama..hehe..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2024/02/Mini-Chopper-Blender-Pembantu-Baru-Kat-Dapur.html