Mindef Buka Tender Baharu Sewaan 4 Helikopter Untuk Tudm Ambil Kira Titah Agong


MINDEF Buka Tender Baharu Sewaan 4 Helikopter Untuk TUDM, Ambil Kira Titah Agong
KOTA TINGGI, 24 Ogos (Bernama) — Kementerian Pertahanan membuka tender baharu bagi penyewaan empat buah helikopter untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat Malaysia, selepas pembatalan penganugerahan terdahulu kepada sebuah syarikat yang gagal menunaikan penghantaran empat helikopter Black Hawk berkenaan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tender baharu yang akan ditutup pada September itu, akan mengambil kira pelbagai aspek termasuk jenis helikopter, usia aset, harga sewaan, jangka hayat operasi serta tahap keselamatan penerbangan sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Tender untuk penyewaan empat buah helikopter bagi penggunaan Tentera Darat sudah dibuka dan kita akan tengok masa penilaian, supaya kita ambil kira pandangan-pandangan yang telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
November tahun lepas, Kementerian Pertahanan menyatakan notis pembatalan kontrak sewaan empat helikopter Black Hawk kepada syarikat yang sebelum ini telah memenangi tender berkenaan setelah gagal memenuhi tarikh akhir ditetapkan, walaupun sudah dilanjutkan hingga akhir Oktober tahun lepas.
Mohamed Khaled berkata kementerian telah mengambil tindakan tegas dengan mengenakan penalti serta menarik balik wang jaminan yang telah diserahkan daripada syarikat berkenaan.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebelum ini bertitah supaya cadangan pembelian helikopter Black Hawk berusia lebih 30 tahun dibatalkan, mengambil kira faktor usia dan tahap keselamatan pesawat terbabit yang dikhuatiri boleh mengancam nyawa juruterbang. Sementara itu, mengenai insiden  pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia F/A-18D Hornet yang musnah sepenuhnya akibat insiden di Pangkalan Udara Kuantan baru-baru ini, beliau memaklumkan sebuah lembaga siasatan khas telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian berkenaan.
Beliau berkata pesawat jenis sama digantung operasi buat sementara waktu sehingga hasil siasatan diperoleh, bagi memastikan insiden seumpama itu tidak berulang.
“Daripada lapan pesawat Hornet, kini hanya tujuh beroperasi. Kita mahu pastikan aspek keselamatan diberi perhatian sepenuhnya,” katanya.
Beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana juruterbang dan kru terselamat dalam insiden berkenaan, serta menyeru semua pihak memberi ruang kepada pasukan penyiasat untuk menjalankan kerja mereka dengan teliti.
BACA: Ketua Hakim Negara Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Melaka
Sumber: BERNAMA
The post MINDEF Buka Tender Baharu Sewaan 4 Helikopter Untuk TUDM, Ambil Kira Titah Agong appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/24/mindef-buka-tender-baharu-sewaan-4-helikopter-untuk-tudm-ambil-kira-titah-agong/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gempa Bumi Agong Titah Masjid Surau Di Johor Laksana Solat Hajat Doa Selamat

Gempa Bumi Agong Titah Masjid Surau Di Johor Laksana Solat Hajat Doa Selamat

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 1688 hits
Gempa Bumi Agong Titah Masjid Surau Di Johor Laksana Solat Hajat Doa Selamat KUALA LUMPUR 30 Ogos Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan semua masjid dan surau di Johor untuk melaksanakan solat hajat serta doa selamat selepas beber...
Agong Ingatkan Mindef Elak Beli Pesawat Terpakai Hindari Juruterbang Naiki Keranda Terbang

Agong Ingatkan Mindef Elak Beli Pesawat Terpakai Hindari Juruterbang Naiki Keranda Terbang

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 779 hits
Agong Ingatkan MINDEF Elak Beli Pesawat Terpakai Hindari Juruterbang Naiki Keranda Terbang MERSING 16 Ogos Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini mengingatkan Kementerian Pertahanan supaya tidak mengulangi kesilapan lalu dalam pembel...
Juruterbang Pembantu Juruterbang Tudm Selamat Dalam Kemalangan F A 18d Hornet

Juruterbang Pembantu Juruterbang Tudm Selamat Dalam Kemalangan F A 18d Hornet

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 651 hits
KUANTAN Juruterbang dan pembantu juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia yang terlibat dalam kemalangan pesawat pejuang F A 18D Hornet di Pangkalan Udara Kuantan malam tadi dilaporkan selamat Kedua dua mangsa kini sedang menerima rawatan ...
Kes Pesawat Tudm Pm Anwar Simpati Arah Siasatan Menyeluruh

Kes Pesawat Tudm Pm Anwar Simpati Arah Siasatan Menyeluruh

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 767 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan simpati terhadap juruterbang dan pembantu juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia Kuantan dan meminta siasatan menyeluruh dijalankan Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 22 Ogos Perd...
Insiden Pesawat Hornet Tudm Pihak Berkuasa Diminta Jalan Siasatan Menyeluruh Anwar

Insiden Pesawat Hornet Tudm Pihak Berkuasa Diminta Jalan Siasatan Menyeluruh Anwar

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 684 hits
Insiden Pesawat Hornet TUDM Pihak Berkuasa Diminta Jalan Siasatan Menyeluruh Anwar KUALA LUMPUR 22 Ogos Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kemalangan mel...
Kes F A 18d Hornet Dua Anggota Tudm Dirawat Di Hospital

Kes F A 18d Hornet Dua Anggota Tudm Dirawat Di Hospital

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 1075 hits
Dua anggota TUDM dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan bagi menerima rawatan susulan kemalangan pesawat pejuang F A 18D Hornet milik TUDM pada 21 Ogos 2025 KUANTAN 21 Ogos Sebuah pesawat pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia ...
Tular Detik Detik Kemalangan Disyaki Pesawat Pejuang Tudm

Tular Detik Detik Kemalangan Disyaki Pesawat Pejuang Tudm

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 357 hits
Tular Detik Detik Kemalangan Disyaki Pesawat Pejuang TUDM Negara malam ini digemparkan dengan kejadian kemalangan melibatkan pesawat pejuang F A 18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia TUDM mengesahkan kejadian itu berlaku pada 9 05 ...
Tudm Sahkan Pesawat F A 18d Hornet Terlibat Kemalangan

Tudm Sahkan Pesawat F A 18d Hornet Terlibat Kemalangan

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 487 hits
TUDM Sahkan Pesawat F A 18D Hornet Terlibat Kemalangan KUALA LUMPUR 21 Ogos Sebuah pesawat tempur F A 18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia terlibat dalam satu insiden kemalangan di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahm...
Unnecessary Fury Over Sunway Square Mall S Pet Friendly Policy Only Gives Muslims A Bad Name

Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia Pm Anwar

Beg Kalis Air Terbaik Untuk Simpan Dokumen Penting Ketika Banjir

Alarm Device What It Is How It Keeps You Safe

Gobind Death In Custody Probe Delays Unacceptable

Kejadian Di Hadapan Rumah

Bantuan Mangsa Banjir Ke Indonesia Dari Luar Dikenakan Cukai

Syurga Saya Anna Jobling Amp Ibu Berpelukan Hubungan Kembali Jernih


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Ahli Sumud Flotilla Tapi Pakai Iphone 17

Ai Team Subscribers Disember 14 2025

Penantian 10 Tahun Berakhir Pearly Thinaah Hadiahkan Emas Pertama Buat Malaysia

Hiburan Remaja Viral Kehilangan 6 Ahli Keluarga Kini Bergelar Suami Orang Di Usia 21 Tahun

Menyantuni Pakcik Dan Makcik Makan Tengahari Di Rumah

Gelandangan Kronil Di Kl