Minda Kita Macam Bank Apa Kita Simpan Itulah Yang Kita Akan Dapat Balik


Pernah tak korang dengar pepatah ni: “Your mind is like a bank. What you deposit is what you can withdraw.”
Ayat dia nampak simple, tapi sebenarnya dalam sangat maknanya. Cuba bayangkan minda kita ni betul-betul macam akaun bank. Setiap hari kita “menabung”. Bukan duit, tapi fikiran, perasaan, pengalaman dan maklumat yang kita terima

Kalau hari-hari kita isi akaun tu dengan benda positif, lambat laun kita akan jadi orang yang tenang, yakin dan bersemangat. Tapi kalau hari-hari kita isi dengan benda negatif. Rasa marah, benci, iri hati, keluhan. Jangan pelik kalau hidup pun rasa berat, tak gembira, dan cepat give up

Apa Maksud ‘Deposit’ Dalam Minda Kita?
Setiap kali kita baca sesuatu, tengok video, atau berbual dengan orang lain, sebenarnya kita tengah “deposit” sesuatu dalam otak kita. Contohnya:
- Bila korang baca buku motivasi atau tengok video inspirasi, itu kira deposit positif
- Bila korang asyik dengar orang mengeluh, kutuk orang, atau scroll benda-benda yang buat rasa down. Itu kira deposit negatif

Minda kita tak pandai tapis. Apa saja yang kita bagi, dia akan simpan. Jadi, kalau kita nak hasilkan “withdrawal” yang baik (macam idea bernas, keputusan bijak, atau emosi yang stabil), kena pastikan apa yang kita “deposit” pun elok

Macam Mana Nak Buat Deposit Positif?
Tak susah pun. Kadang benda kecil je, tapi impaknya besar gila kalau buat konsisten. Contohnya:
- Setiap pagi dengar lagu atau podcast yang bagi semangat
- Baca satu dua muka surat buku yang bagi inspirasi sebelum tidur
- Tulis benda yang kita bersyukur setiap hari
- Berkawan dengan orang yang banyak aura positif dan tak suka mengata

Bila kita biasakan diri dengan input yang baik, automatik minda kita akan jadi “bank” yang kaya dengan semangat, ilmu, dan ketenangan


Bahaya Deposit Negatif.
Ramai tak sedar, kadang benda kecil pun boleh jadi racun dalam minda. Contohnya, bila kita selalu banding diri dengan orang lain di media sosial. Mula-mula nampak macam tak apa, tapi lama-lama minda kita penuh dengan rasa tak cukup, tak layak, tak hebat macam orang lain. Itu semua “withdrawal” daripada deposit yang salah

Sama juga kalau kita suka fikir benda negatif dulu sebelum apa-apa. “Nanti mesti gagal.” “Aku ni memang tak pandai.” “Tak payahlah cuba, buang masa je.”
Bila asyik ulang benda tu, otak pun percaya. Minda ni kuat, dia akan jadi apa yang kita ulang-ulang

Bila Dah Banyak Simpanan Baik, Hidup Pun Senang.
Cuba bayangkan, bila korang dah selalu “menabung” benda baik, satu hari nanti bila datang cabaran, korang boleh “withdraw” balik semua tenaga dan keyakinan tu

Masa orang lain dah panik, korang boleh bertenang sebab dalam minda korang dah penuh dengan simpanan positif

Contohnya, masa kena marah atau ditegur, korang boleh tarik balik ilmu kawalan emosi yang korang baca minggu lepas. Atau bila rasa malas, korang boleh ingat balik video motivasi yang bagi semangat dulu. Semua tu “withdrawal” dari simpanan yang korang buat tanpa sedar

Minda kita ni tak pernah tidur. Dia sentiasa bekerja dan menyerap apa saja yang kita bagi. Jadi, kalau kita nak hidup lebih tenang, yakin, dan berjaya. Jaga apa yang kita masukkan dalam kepala kita setiap hari. Begitulah

Mulakan dengan benda kecil. Tukar content yang korang hadap, tukar cara korang bercakap dengan diri sendiri, tukar circle yang korang duduk. Lama-lama, akaun “bank minda” korang akan penuh dengan perkara baik dan korang akan rasa perubahan besar dalam hidup

So, tanya diri sendiri. Hari ni korang nak deposit apa dalam minda korang? Sebab bila tiba masa nak withdraw, korang cuma boleh ambil balik apa yang korang dah simpan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2025/11/minda-kita-macam-bank-apa-kita-simpan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersabar Sebab Anak Itulah Saya Bertahan Setahun Uqasha Senrose Buka Mulut Tentang Rumah Tangga

Bersabar Sebab Anak Itulah Saya Bertahan Setahun Uqasha Senrose Buka Mulut Tentang Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 212 hits
Pelakon popular Uqasha Senrose akhirnya bersuara mengenai kemelut rumah tangganya bersama suaminya Kamal Adli selepas memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan semalam Menurut Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris U...
Kenaikan Harga Emas 2025 Patut Tunggu Turun Atau Mula Simpan Sekarang

Kenaikan Harga Emas 2025 Patut Tunggu Turun Atau Mula Simpan Sekarang

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 342 hits
Bismillah dan selawat ke atas Rasulullah Sejak kebelakangan ini ramai mula bercakap tentang kenaikan harga emas yang nampaknya tidak berhenti Ada yang gembira sebab nilai simpanan mereka meningkat tapi ada juga yang tertanya tanya Kalau nak...
Bn Mahu Bikin Balik Sabah Untuk Rakyat Negeri Kata Zahid

Bn Mahu Bikin Balik Sabah Untuk Rakyat Negeri Kata Zahid

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 183 hits
Pengerusi BN berkata gabungan itu mahu cetus perubahan drastik untuk rakyat Sabah menerusi PRN17 Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata menerusi slogan Bikin Balik Sabah ekonomi negeri akan dipulihkan semula supaya dapat jana peluang pekerjaan u...
Mahkamah Rayuan Benarkan Rosmah Simpan Pasport Selama Tiga Bulan Membolehkannya Melawat Anak Di Singapura

Mahkamah Rayuan Benarkan Rosmah Simpan Pasport Selama Tiga Bulan Membolehkannya Melawat Anak Di Singapura

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 179 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk melanjutkan tempoh pelepasan pasportnya selama tiga bulan bagi membolehkannya melawat anak perempuannya di Singapura Panel tiga hakim yang diketuai Hak...
Ex Bnm Governor Clarifies Role At Cambodian Bank Caught In Sanctions Storm

Ex Bnm Governor Clarifies Role At Cambodian Bank Caught In Sanctions Storm

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 214 hits
Muhammad Ibrahim says his position as an independent director at Prince Bank is non executive and focused on governance and compliance Muhammad Ibrahim who served as BNM governor from 2016 to 2018 is listed as an independent director on Pri...
Ketua Unit Bank Didakwa 79 Pertuduhan Rasuah Bernilai Hampir Setengah Juta Ringgit

Ketua Unit Bank Didakwa 79 Pertuduhan Rasuah Bernilai Hampir Setengah Juta Ringgit

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 189 hits
KUALA TERENGGANU Seorang Ketua Unit Pembiayaan di sebuah cawangan bank di Kepong Kuala Lumpur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 79 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM488 050 kerana didakwa membantu memprose...
Tajuk Yang Sesuai Mungkin Ramalan Dbs Bank Kekuatan Dolar Singapura Di Pasaran Global

Tajuk Yang Sesuai Mungkin Ramalan Dbs Bank Kekuatan Dolar Singapura Di Pasaran Global

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 314 hits
Saya baru baru ini membaca ramalan dari DBS Bank yang menyatakan bahawa dolar Singapura berpotensi mencapai pariti dengan dolar AS menjelang tahun 2040 yang bermaksud 1 SGD 1 USD atau sekitar RM4 20 hingga RM4 50 berdasarkan kadar semasa In...
Apple Chooses Samsung As The Main Memory Supplier For Iphone 18

Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Hiburan Kami Berbincang Antara Keluarga Respon Syed Saddiq Dan Bella Astillah Mengenai Hari Bahagia Jadi Tumpuan

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Telecom Tower Catches Fire In Kuala Kangsar

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu

Menyingkap Dunia Nano Minyak Enjin Peranan Penyerakan Neutron Dalam Kimia Koloid

Cari Makan Tengahari Di Ikan Bakar Sabah Jalan Ke Kkia Kota Kinabalu Sabah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Won Korea Melonjak Semula Susulan Campur Tangan Pihak Berkuasa

Makluman Motac Dan Tourism Malaysia Tidak Terlibat Dalam Penganjuran Acara Miss Amp Mister Celebrity International 2025

Vijay Disambut Meriah Di Kuala Lumpur Menjelang Pelancaran Audio Filem Jana Nayagan