Bn Mahu Bikin Balik Sabah Untuk Rakyat Negeri Kata Zahid


Pengerusi BN berkata, gabungan itu mahu cetus perubahan drastik untuk rakyat Sabah menerusi PRN17.
Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata, menerusi slogan ‘Bikin Balik Sabah’, ekonomi negeri akan dipulihkan semula supaya dapat jana peluang pekerjaan untuk anak tempatan. (Gambar Bernama)KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) menggunakan slogan ‘Bikin Balik Sabah’ pada PRN17 sebagai pembakar semangat buat jentera parti dan pengundi untuk memastikan kemenangan demi perubahan serta pembangunan negeri
Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata, menerusi slogan itu, ekonomi negeri akan dipulihkan semula supaya dapat menjana peluang pekerjaan untuk anak tempatan, menarik pelaburan serta membolehkan belia, wanita dan usahawan desa berdikari.
“Sabah sentiasa untuk rakyat Sabah dan kita mahu slogan kita ‘Bikin Balik Sabah’ ini mesti kita betul-betul lakukan. Kita mahu PRN pada kali ini, kita lakukan ‘game changer’ (cetus perubahan), kita lakukan perubahan-perubahan yang drastik untuk rakyat Sabah.
“Ekonomi Sabah mesti dihidupkan semula supaya rezeki rakyat Sabah bukan hanya diberikan pada kroni-kroni,” katanya ketika berucap melancarkan Jentera BN untuk PRN Sabah hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan; Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin; Naib Pengerusi BN merangkap Presiden MCA Wee Ka Siong; Naib Pengerusi BN merangkap Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Joseph Kurup; Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir; dan Bendahari Agung BN Johari Abdul Ghani.
Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, menerusi slogan sama, BN akan memastikan perpaduan di Sabah dapat ditambah baik dan tidak boleh lagi terperangkap dalam drama perebutan kuasa yang hanya menjadikan keharmonian terancam.
“Kita perlu kerajaan yang matang, berintegriti dan fokus membina rakyat supaya rakyat tidak digunakan sebagai drama politik ataupun rakyat mahu supaya masa depan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Sabah terjamin,” katanya.
Presiden Umno itu berkata, kestabilan politik juga ditekankan di bawah slogan sama kerana ia kunci utama yang dapat memacu Sabah menjadi negeri maju dan makmur.
Selain itu, Zahid berkata PRN17 bukanlah pesta logo, sebagaimana pada pilihan raya negeri sebelum ini, yang menyaksikan 14 parti politik bertanding, sebaliknya ia platform untuk rakyat memilih kerajaan negeri yang mampu menyelesaikan masalah dihadapi dengan segera.
Katanya, antara masalah yang mesti segera ditangani ialah bekalan air bersih, elektrik dan kemiskinan.
“Orang Sabah sangat rindukan BN. Di tangan kita itulah rindu mesti dikembalikan kepada rakyat dan pengundi BN, kita balas kerinduan itu dengan khidmat yang terbaik daripada Adun BN (jika menang),” katanya.
Zahid turut memaklumkan BN atau Umno tidak berhasrat membawa calon dari Semenanjung pada PRN17 29 Nov ini, sebaliknya semua calon adalah dalam kalangan anak tempatan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/11/bn-mahu-bikin-balik-sabah-untuk-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Pahang Diseru Nilai Prestasi Kerajaan Negeri Berdasarkan Usaha Dan Tindakan Untuk Kesinambungan Pemerintahan

Rakyat Pahang Diseru Nilai Prestasi Kerajaan Negeri Berdasarkan Usaha Dan Tindakan Untuk Kesinambungan Pemerintahan

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 205 hits
KUANTAN Rakyat Pahang diseru menilai sendiri prestasi kerajaan negeri berdasarkan usaha dan tindakan yang telah dilaksanakan bagi memastikan kesinambungan pemerintahan dapat diteruskan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata p...
Zahid Pledges 100 New Homes In Each Sabah Seat

Zahid Pledges 100 New Homes In Each Sabah Seat

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 149 hits
The homes would be built under the Rakyat Sejahtera housing programme of the rural and regional development ministry Ahmad Zahid Hamidi at the launch of the Sentuhan Kasih Desa programme in Tuaran Sabah TUARAN Every state constituency in Sa...
Elak Pertembungan Kunci Menang Prn Sabah Kata Saifuddin

Elak Pertembungan Kunci Menang Prn Sabah Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 225 hits
Ketua setiausaha PH berkata beliau diamanahkan ketuai rundingan dengan BN dan GRS bagi elak atau kurangkan pertembungan dengan rakan kerjasama Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail berkata walaupun rundingan telah dimuktamadkan masi...
Program Townhall Bersama Menteri Besar Pahang Berjaya Mendapat Sambutan Menggalakkan Daripada Rakyat Negeri Ini

Program Townhall Bersama Menteri Besar Pahang Berjaya Mendapat Sambutan Menggalakkan Daripada Rakyat Negeri Ini

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 185 hits
KUANTAN Program Townhall Rakyat Bersama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang diadakan di sini menerima sambutan amat menggalakkan daripada rakyat negeri itu Datuk Seri Wan Rosdy berkata program berkenaan menjadi platfor...
Keputusan Putrajaya Bukti Pm Faham Aspirasi Sabah Kata Hajiji

Keputusan Putrajaya Bukti Pm Faham Aspirasi Sabah Kata Hajiji

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 182 hits
Ketua menteri interim berkata langkah tidak rayu keputusan mahkamah mengenai hak 40 hasil persekutuan tunjuk komitmen Anwar Ibrahim pertahan hak negeri Ketua Menteri Interim Sabah Hajiji Noor berkata kerajaan negeri sedia terus berunding se...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia