Minat Ke Langkawi Meningkat 13 Kali Ganda Ketika Sektor Pelancongan Mula Dibuka


Azzman Abdul Jamal Carian penginapan di Port Dickson pula meningkat 360% manakala Melaka 270%

Pelancong yang mahu ke Langkawi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh pada 17 September lalu. Gambar: Bernama Carian penginapan Airbnb di Langkawi meningkat 13 kali ganda mengikut perbandingan bulanan susulan pelancaran gelembung pelancongan tempatan pada pertengahan bulan lalu, menunjukkan pertumbuhan minat untuk melancong selepas beberapa kelonggaran sekatan Covid-19.
Dalam tempoh masa sama, Pengurus Besar Airbnb Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Amanpreet Bajaj, berkata carian penginapan Airbnb di Port Dickson pula melonjak 360% manakala carian penginapan di Melaka meningkat 270%.
“Airbnb sudah menjangkakan lonjakan minat untuk penginapan domestik apabila rakyat Malaysia teruja untuk melancong menggunakan platform ini susulan pelaksanaan gelembung pelancongan dan kelonggaran sekatan pergerakan.
“Lima destinasi carian yang paling popular ialah Subang Jaya, Kuala Lumpur, Langkawi, Johor Bahru dan Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, dengan tamatnya sekatan pergerakan yang dilaksanakan dalam tempoh masa lama juga mendorong orang ramai melakukan perancangan untuk melancong bersama keluarga mereka.
“Ramai membuat perancangan menginap untuk tempoh seminggu atau lebih selepas berada di rumah untuk tempoh masa yang lama.
“Carian penginapan Airbnb yang lebih besar juga menyaksikan lonjakan, dengan carian tempahan vila meningkat hampir 2.5 kali ganda pada minggu 13 September berbanding enam bulan sebelum itu,” jelasnya.
Sementara itu, Amanpreet berkata, Airbnb melancarkan kempen #RaikanMalaysia yang disasar untuk mendorong pemulihan sektor pelancongan pada separuh kedua 2021, selari dengan Rancangan Malaysia Ke-12.
“Dengan Malaysia kini di landasan pemulihan, kami sudah menyaksikan peningkatan aktiviti pelancongan domestik.
“Data kami menunjukkan sentimen yang lebih positif susulan kelonggaran sekatan pergerakan dan kami teruja untuk memperkenalkan inisiatif baharu dalam usaha menggalakkan lagi kempen #RaikanMalaysia,” tambahnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/berita-minat-ke-langkawi-meningkat-13.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Covid 19 Di Langkawi Melonjak Tiga Kali Ganda

Kes Covid 19 Di Langkawi Melonjak Tiga Kali Ganda

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 218 hits
AGENDA DAILY Pecahan kes baharu mengikut mukim di Langkawi hari ini 27 September 2021 Sumber PKD Langkawi Jumlah jangkitan baharu Covid 19 di Pulau Langkawi dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi melonjak tinggi tiga kali ganda be...
Melaka Bergolak Apa Nasib Sektor Pelancongan

Melaka Bergolak Apa Nasib Sektor Pelancongan

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 234 hits
Baru seminggu sektor pelancongan di Negeri Melaka dibuka buat rakyat di negeri itu Namun kini kemelut politik meresahkan rata rata pengusaha pelancongan Apa nasib mereka selepas ini jika sektor itu terkesan SUBSCRIBE now Astro Awani https w...
Sektor Pelancongan Di Taman Negara Kuala Tahan Ulu Tembeling Kini Mula Kembali Aktif

Sektor Pelancongan Di Taman Negara Kuala Tahan Ulu Tembeling Kini Mula Kembali Aktif

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 364 hits
JERANTUT Sektor pelancongan di Kuala Tahan serta Ulu Tembeling di sini yang terhenti sejak sekian lama kembali aktif apabila Pahang memasuki fasa tiga Pelan Pemulihan Negara bermula semalam Ketua Kampung Kuala Tahan Abdul Jalil Abdul Rahman...
Sektor Pendidikan Di Negeri Beralih Fasa Ppn Dibuka Selepas 2 Minggu

Sektor Pendidikan Di Negeri Beralih Fasa Ppn Dibuka Selepas 2 Minggu

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 383 hits
MALAYSIA NOW KPM berkata Johor yang beralih ke Fasa Dua PPN akan memulakan operasi sektor pendidikannya pada 10 Oktober depan Sekolah bakal beroperasi secara bersemuka dengan kaedah penggiliran bermula Oktober depan Gambar Bernama Kementeri...
Sektor Pelancongan Dah Buka Jom Bercuti

Sektor Pelancongan Dah Buka Jom Bercuti

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 624 hits
Sektor Pelancongan Dah Buka Jom Bercuti Assalamualaikum Hai apa khabar semua sihat tak harap semuanya berada dalam keadaan sihat baru baru ini kerajaan telah mengumumkan pembukaan semula sektor pelancongan di bawah program travel bubble ber...
Saya Cuba Bantu Kata Muhyiddin Ketika Tinjau Peniaga Langkawi

Saya Cuba Bantu Kata Muhyiddin Ketika Tinjau Peniaga Langkawi

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 322 hits
AGENDA DAILY Pengerusi Majlis Pemulihan Negara yang juga bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu beberapa peniaga di Langkawi hari ini setelah pulau peranginan itu dibuka semula kepada pelancong mulai semalam Tan Sri Muhyiddi...
Kematian Akibat Covid 19 Melambung Tujuh Kali Ganda

Kematian Akibat Covid 19 Melambung Tujuh Kali Ganda

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 246 hits
Oleh FAZLI RADZI September 19 2021Pakar perubatan di Hospital Pakar KPJ Damasara Dr Musa Mohd Nordin memberitahu kematian akibat jangkitan Covid 19 melambung tujuh kali ganda berbanding tahun lalu Menerusi satu siri Twitternya hari ini beli...
Destinasi Pelancongan Melaka Pulau Tioman Dan Genting Highland Dibuka Mulai 1 Oktober

Destinasi Pelancongan Melaka Pulau Tioman Dan Genting Highland Dibuka Mulai 1 Oktober

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 345 hits
PETALING JAYA Tiga destinasi pelancongan iaitu Melaka Pulau Tioman dan Genting Highlands bakal dibuka kepada orang ramai bermula 1 Oktober ini Menteri Pelancongan Datuk Seri Nancy Shukri berkata keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Menter...
Permohonan Untuk Geran Bantuan Kewangan Program Aktiviti Pelancongan Negeri Selangor Dibuka Bermula 23 September Ini

Permohonan Untuk Geran Bantuan Kewangan Program Aktiviti Pelancongan Negeri Selangor Dibuka Bermula 23 September Ini

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 400 hits
Peruntukan Sebanyak RM 1 Juta Disalurkan menerusi Pakej Kita Selangor 2 0 untuk Industri Pelancongan Negeri SelangorKerajaan Negeri Selangor menerusi Pakej Kita Selangor 2 0 yang telah diumumkan oleh Y A B Dato Seri Amirudin Shari Dato Ment...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

Lebih Rm100 Juta Disita Sprm Daripada Rumah Bekas Pegawai Kanan Ismail Sabri

18 Malaysian News Tiktok Accounts Mysteriously Vanish Here S What We Ve Learned

Jom Tengok Majlis Pelancaran Takwim Kejohanan Sukan Sekolah Malaysia

Ryan Bakery Minta Pempengaruh Sedar Diri Jaga Adab Dalam Hasilkan Konten

Makanan Dipesan Di Kedai Tomyam Tak Sedap Lelaki Ini Berjaya Dapatkan Refund Selepas Tulis Reviu Di Google