Mimpi Sudah Terhenti


KETIKA kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) rakyat dihidangkan dengan janji-janji manifesto Pakatan Harapan yang cukup mengasyikkan. Ia termasuklah pelaksanaan tol
percuma di semua lebuh raya.

Tetapi kelmarin seorang menteri sudah menyatakan terpulang kepada rakyat sama ada mahu berhenti bermimpi atau tidak bagi menikmati perkara tersebut, apa yang pasti kerajaan sudah membuat keputusan tidak akan melaksanakan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol sehingga kewangan negara stabil dan dipulihkan sampai satu tahap yang sihat.

Sudah pasti rakyat tidak ada lagi pilihan, mahu tidak mahu, mereka terpaksa akur dengan keputusan kerajaan itu, tetapi hakikatnya sejak Pakatan Harapan memerintah negara selepas menumbangkan Barisan Nasional (BN), rakyat sudah lama berhenti bermimpi. Apabila satu demi satu yang tertera dalam manifesto pakatan tersebut tidak ditunaikan atas pelbagai alasan, maka fahamlah rakyat rupa-rupanya apa yang diharapkan benar-benar sekadar satu mimpi.

Justeru tidak perlu kita berkata, terpulang kepada rakyat mahu berhenti bermimpi atau tidak kerana mereka sebenarnya sudah lama berada di alam nyata sejak lima bulan lalu.

Barulah mereka sedar rupa-rupanya mereka bermimpi apabila mahu kerajaan yang baharu mempunyai barisan Kabinet berwibawa selepas melihat telatah menteri-menteri yang ada antaranya masih berperangai seperti kebudak-budakan serta teraba-raba bagaimana mahu menyesuaikan kedudukan sebagai menteri.

Lanjutan daripada sikap menteri itu, barulah rakyat memahami mereka bermimpi apabila mengharapkan media tidak akan disalahkan apabila menteri tersalah cakap atau terlepas cakap.

Mimpi paling ngeri ialah dalam kalangan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang sebahagian besar anak muda apabila hutang-hutang dengan perbadanan itu tidak dihapuskan. Sedangkan sebahagian besar mereka ketika PRU-14 lalu berbondong-bondong pulang ke kampung masing-masing bagi memenuhi impian menjatuhkan kerajaan sedia ada tanpa mengetahui sebenarnya mereka sedang dihidangkan dengan mimpi-mimpi indah.

Bagi golongan berpendapatan rendah, tiada lagi bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedikit sebanyak mengurangkan beban mereka apabila ia tidak lagi dilaksanakan dan kini mereka hanya bermimpi untuk mendapat bantuan seumpama itu. Justeru berhentilah mereka daripada bermimpi perkara tersebut.

Selain itu mimpi yang turut terhenti dan terkubur ialah untuk melihat kerajaan baharu menumpukan perhatian kepada masalah rakyat khususnya mengurangkan kos sara hidup, maklumlah berdegar-degar sebelum pilihan raya, pemimpin-pemimpin pakatan mencanangkan harga akan turut jika SST dilaksanakan semula bagi menggantikan GST.

Tetapi realitinya, tumpuan pemerintah baharu lebih kepada menyalah dan mendedahkan keburukan kerajaan terdahulu, seolah-olah tidak ada secebis pun kebaikan dilakukan kerajaan BN kepada rakyat.

Begitu juga dalam soal mengurangkan pengangguran, setakat ini mimpi sahajalah untuk melihat lebih banyak peluang pekerjaan diterokai sebaliknya yang sering kita baca ialah ribuan orang kehilangan pekerjaan termasuklah dalam kalangan kakitangan agensi kerajaan yang diisytiharkan tidak relevan dan ditubuhkan atas dasar politik.

Turut menjadi perhatian bagaimana satu ketika dahulu UMNO dikecam habis-habisan kerana amalan politik wang, sehubungan itu rakyat berharap (bermimpi) untuk melihat komponen dalam Pakatan Harapan yang digambarkan berintegriti tinggi dan amat membenci rasuah tidak melakukan kesilapan tersebut.

Namun selagi lagi ia sekadar mimpi yang terhenti apabila dalam pemimpin kanan PKR sendiri mendedahkan berlakunya politik wang dalam pemilihan parti itu yang sedang berlangsung.

Membaca komen-komen dalam laman sosial ternyata perasaan kecewa rakyat kepada kerajaan semakin meningkat terutamanya kelompok yang mengundi Pakatan Harapan dalam PRU-14 lalu, namun buat masa ini mereka hanya boleh bermimpi untuk mengubah kerajaan sekali lagi kerana pilihan raya diadakan lima tahun sekali.

Bagaimanapun rakyat boleh membina impian baharu apabila kerajaan berjanji untuk mengembalikan maruah Malaysia yang dikatakan dirosakkan kerajaan terdahulu melalui pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) di Dewan Rakyat, kelmarin.

Laporan kajian itu merangkumi 6 tonggak utama - mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam, memperkukuh pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat, menuju ke arah pembangunan wilayah seimbang, memperkasa modal insan, mempertingkat kemampanan alam sekitar melalui pertumbuhan hijau dan memperkukuh pertumbuhan ekonomi.

Sebenarnya kita percaya ia boleh dicapai dengan sokongan rakyat dan pada pendapat penulis, rakyat pun tidak akan keberatan bersatu menjayakannya demi kesejahteraan mereka, tetapi apa yang diharapkan semua kepemimpinan kerajaan khususnya anggota Kabinet memberi tumpuan kepada usaha melaksanakan enam tonggak tersebut, bukan terus membuang masa dengan politik balas dendam dan tuding jari bagi menutup kelemahan atau kegagalan sendiri.Cukuplah lima bulan pendekatan seumpama itu dilakukan, kini masa untuk bekerja membangunkan negara kerana bukankah kita mahu menjadi harimau yang kembali mengaum? Oleh itu jangan biarkan ia menjadi satu lagi mimpi kepada rakyat.

Oleh : Zulkiflee Bakar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2018/10/mimpi-sudah-terhenti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hapus Tol Tinggal Mimpi Bajet Diterima Kkr Tidak Sampai Rm1billion Setahun

Hapus Tol Tinggal Mimpi Bajet Diterima Kkr Tidak Sampai Rm1billion Setahun

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 368 hits
Kerajaan tidak dapat menghapuskan kutipan tol disebabkan masalah kewangan semasa negara kata Menteri Kerja Raya Baru Bian Beliau berkata tidak betul sekiranya ada yang beranggapan kerajaan Pakatan Harapan yang baru boleh menghentikan kutipa...
Pendukung Prabowo Diklaim Ke Jokowi Gerindra Bilang Rommy Mimpi Di Siang Bolong

Pendukung Prabowo Diklaim Ke Jokowi Gerindra Bilang Rommy Mimpi Di Siang Bolong

papar berkaitan - pada 7/10/2018 - jumlah : 183 hits
Jubir koalisi Prabowo Sandiaga itu memandang yang terjadi justru pendukung Jokowi di 2014 berpindah karena janji janji tidak ditepati
Puisi Ini Semua Hanya Mimpi

Puisi Ini Semua Hanya Mimpi

papar berkaitan - pada 7/10/2018 - jumlah : 385 hits
Kurasakan jalan itu jalan yang terbaikSiapa melarang deras ku cebikAda juga ku gelarkan taikMalah pernah ku pukul sehingga lembikBagiku aku hanya mengejar cita citaAku tidak menyusahkan sesiapaAku hanya menimbunkan hartaAku hanya mengejar n...
Tips Apabila Mengalami Mimpi Buruk

Tips Apabila Mengalami Mimpi Buruk

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 237 hits
Mimpi adalah mainan tidur Namun ada juga mimpi yang benar seperti mimpi para nabi dan rasul dan juga orang orang soleh Mimpi yang buruk pula datang daripada gangguan syaitan Ia bertujuan untuk melemahkan semangat dan iman seorang mu min aga...
Tunggu Kewangan Sihat Untuk Realisasi Mimpi Rakyat Malaysia

Tunggu Kewangan Sihat Untuk Realisasi Mimpi Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 324 hits
KERAJAAN tidak akan menghapuskan lebuh raya bertol sehingga keadaan kewangan negara kembali stabil dan sihat Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata dasar kerajaan ketika ini amat jelas untuk tidak menghapuskan tol di lebuh raya di negara ini ...
Bagaimana Mempunyai Mimpi Yang Anda Mahu

Bagaimana Mempunyai Mimpi Yang Anda Mahu

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 212 hits
Mimpi boleh mempunyai kesan yang kuat ke atas kehidupan bila kita bangun Mereka mencerminkan harapan dan kebimbangan tentang masa depan kita dan juga membantu kita semula masa lampau kita Sama ada anda mahu belajar bagaimana untuk kita berm...
Rupanya Free Tol Sudah Menjadi Free Mimpi Najib

Rupanya Free Tol Sudah Menjadi Free Mimpi Najib

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 296 hits
Rupanya free tol sudah menjadi free mimpi Adalah tidak patut untuk Menteri Kerja Raya menyatakan di Parlimen pagi ini bahawa rakyat boleh terus bermimpi jika mereka mahu kerana kerajaan PH tidak akan menghapuskan tol atau membina lebuhraya ...
Manifesto Hapus Tol Realiti Vs Mimpi

Manifesto Hapus Tol Realiti Vs Mimpi

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 708 hits
Hapus tol Kerajaan PH hilang kredibilitiSAYA bangun bertanya soalan tambahan hari ini di Dewan Rakyat dalam isu penghapusan tol Soalan asal ialah dari Tuan Muslimin bin Yahaya yang minta Menteri Kerja Raya menyatakan berkaitan West Coast Ex...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya

Kitshafiq Rumah Tanpa Pintu Chord

Pyanhabib Kisah Sepotong Telur Dadar Dan Gulai Nangka Bulan Ramadan

Confirmed Ram Will Produce A Mid Size Pickup Truck In 2027

Breaking News Citroen May Reintroduce The 2cv