Mimpi Ngeri Kata Bos Majikan Berhubung Peraturan Perjalanan



PETALING JAYA: Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berkata, perbezaan peraturan perjalanan yang ditetapkan antara negeri menyukarkan perniagaan.
“Ia bakal menjadi ‘mimpi ngeri’ bagi ahli perniagaan antarabangsa yang perlu membuat perjalanan ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” kata Pengarah Eksekutif MEF Shamsuddin Bardan berhubung pengumuman kerajaan mengenai ujian swab dan tempoh kuarantin melibatkan wilayah berbeza.
Shamsuddin memberitahu FMT bahawa peraturan itu perlu diseragamkan.
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkata, pengembara ke Sabah, Labuan dan Sarawak mesti menjalani ujian swab tiga hari sebelum berlepas.
Shamsuddin Bardan. Mereka yang memasuki Sarawak akan dikuarantin selama 14 hari, namun tidak ada peraturan kuarantin bagi Labuan dan Sabah.
Shamsuddin berkata, peraturan perjalanan hendaklah ditetapkan berdasarkan fakta dan data sains berhubung keadaan semasa wabak Covid-19.
Beliau berkata, syarat kuarantin 14 hari ke atas pengembara “sangat menyekat”.
“Syarat itu akan memperlahankan langkah membantu perniagaan pulih kerana kebanyakan kakitangan syarikat tidak akan pergi ke Sarawak pada masa ini dan bersedia menunggu sehingga sekatan itu ditarik balik,” katanya.
Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia Shaun Cheah bersetuju bahawa perbezaan dalam syarat perjalanan akan menimbulkan masalah, tetapi berkata, syarikat perniagaan boleh menyesuaikan diri.
“Selagi kerajaan membenarkan perjalanan antara negeri, ia sudah cukup baik untuk perniagaan,” katanya kepada FMT.
Cheah berkata, isu lebih besar yang perlu dihadapi oleh perniagaan membabitkan percanggahan dalam peraturan yang ditetapkan oleh Putrajaya, kerajaan negeri dan majlis tempatan.
Shaun Cheah. “Contohnya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mungkin memberi lesen kepada syarikat untuk menjalankan operasi kilang, tetapi kerajaan negeri hanya membenarkan kilang terbabit dibina di lokasi tertentu.
“Bagaimanapun apabila kilang dibina di lokasi yang dipersetujui, majlis tempatan mungkin enggan mengeluarkan lesen operasi.”
Beliau berkata, percanggahan itu menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan pelabur asing.
Cheah mencadangkan supaya kerajaan melibatkan pemegang taruh sebelum mengumumkan prosedur operasi standard atau dasar baharu.
The post ‘Mimpi ngeri’, kata bos majikan berhubung peraturan perjalanan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/06/mimpi-ngeri-kata-bos-majikan-berhubung-peraturan-perjalanan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Titah Agong Mimpi Ngeri Buat Muhyiddin Halang Kerajaan Pn Berkuasa Penuh

Titah Agong Mimpi Ngeri Buat Muhyiddin Halang Kerajaan Pn Berkuasa Penuh

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 290 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Titah Yang di Pertuan Agong membenarkan persidangan Parlimen kembali diadakan dalam tempoh proklamasi darurat akan memberi kelegaan dan harapan agar amalan demokrasi berparlimen dapat disambung sekali gus menghala...
Hentikan Bantahan Langkah Usir Pendatang Myanmar Tidak Dibuat Terburu Buru Kata Pakar

Hentikan Bantahan Langkah Usir Pendatang Myanmar Tidak Dibuat Terburu Buru Kata Pakar

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 360 hits
Jabatan Imigresen mengizinkan tiga kapal tentera laut Myanmar membawa pulang pelarian Myanmar dan pencari suaka beberapa jam selepas menerima perintah mahkamah menghalang langkah tersebut PETALING JAYA Seorang ahli akademik mempertahankan l...
Umno Bukan Lagi Kuasa Besar Dalam Politik Mengarut Kata Penganalisis

Umno Bukan Lagi Kuasa Besar Dalam Politik Mengarut Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 483 hits
freemalaysiatoday com February 25 2021 8 30 AMPenganalisis politik berkata biarpun wujud perpecahan dalam Umno namun parti itu tidak lemah memandangkan ia masih mempunyai sokongan kuat akar umbi PETALING JAYA Penganalisis politik menolak ke...
Agong Boleh Panggil Sidang Parlimen Tanpa Nasihat Pm Kata Ku Li

Agong Boleh Panggil Sidang Parlimen Tanpa Nasihat Pm Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 355 hits
February 25 2021 Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mempunyai kuasa untuk memanggil sidang Parlimen tanpa nasihat daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Perkara itu dinyatakan Pengerusi J...
Adun Warisan Keluar Parti Saya Belum Terima Maklumat Kata Setiausaha Agung

Adun Warisan Keluar Parti Saya Belum Terima Maklumat Kata Setiausaha Agung

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 441 hits
Bernama melaporkan Hassan keluar parti atas alasan Warisan masih mengutamakan politik berbanding kesejahteraan rakyat KOTA KINABALU Setiausaha Agung Warisan Loretto Padua berkata pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat berhubung ken...
Hari Ke 2 Terima Vaksin Saya Sihat Tiada Demam Kata Muhyiddin

Hari Ke 2 Terima Vaksin Saya Sihat Tiada Demam Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 380 hits
February 25 2021 9 29 PMPETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memberi jaminan vaksin yang disuntik semalam ke atasnya selamat malah beliau tiada demam atau rasa luar biasa selepas hari kedua disuntik Hari kedua selepas semalam saya...
Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Hiburan Kita Fikir Orang Belakang Kalau Kereta Tu Mampuh Mu Lah Menyusahkan Orang Pemandu Treler

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Hari Bonus 2025 30 12 25

Resipi Kari Ayam Mamak Padu Ala Nasi Kandar Pekat Berempah Berlemak


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Keterasingan Integriti Dan Kuasa Pembeza

Last Supper In 2025 Hello 2026

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Analisis Ekonomi Musang King Potensi Dan Cabaran Dalam Pasaran Durian

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut