Mimpi Atau Igauan Ngeri


 Apabila Multidimensional Inventory of Machiavellian Personal Impulsivity (MIMPI) dibangunkan, ia direka dengan 3 dimensi: manipulatif, kekejaman, dan pengabaian moral. Setiap dimensi diwakili 10 item. Dimensi-dimensi ini bersatu membentuk gagasan yang hendak digunakan bagi manfaat rakyat Malaysia.

Bagi pembangun MIMPI, harapannya ialah setiap item duduk baik-baik. Dengan penilaian daripada pakar bidang, setiap item telah diamanahkan untuk berada dalam dimensi masing-masing. Pakar-pakar merasakan item-item itu jelas, relevan dan sesuai bagi dimensi mereka.
Item-item itu melalui ujian awal iaitu cognitive debriefing interview. Untuk memberi keadilan, wakil setiap negeri telah dipilih. Setelah diuji, didapati sampel rakyat Malaysia boleh faham item-item dan dimensi yang diwakili. Laras bahasanya bersifat marhaen. Responden juga boleh nampak bagaimana setiap item dikaitkan dengan dimensi yang tiga itu.
Dalam interview tersebut, responden diajak berinteraksi dan mereka bebas untuk memberi respon "um .... yes" ataupun "um...no" kepada soalan "faham ke tak?" Mereka digalakkan untuk memberi respon secara jujur dan ikhlas. Juru temubual akan mengucapkan "#maluApaRespondenku" bagi memberi motivasi untuk bertanya apa-apa soalan yang bersarang di benak mereka. Setelah item dimurnikan berdasarkan maklum balas responden, maka makin bekobar-kobarlah semangat pembangun MIMPI untuk menghasilkan instrumen yang boleh dijadikan warisan negara.
Tiba masanya untuk ujian pada skala yang lebih besar, MIMPI ditadbir kepada lebih ramai responden. Menerusi Exploratory Factor Analysis (EFA), faktor-faktor cuba ditarik daripada data. Setelah melalui EFA, dimensi dikenali sebagai faktor. Malangnya, ada item yang dahulunya duduk di dalam Kejam telah melompat masuk ke Manipulatif: nilai loading di Manipulatif lebih tinggi berbanding nilai loading di Kejam. Dan ada item Pengabaian Moral masuk pula ke faktor Kejam dan begitu juga sebaliknya. Jadi, sekarang ada 3 faktor yang diwakili item daripada setiap dimensi asal. Ada penganalisis yang memberi pendapat bahawa fenomena ini menandakan kematangan responden yang memangkah pilihan jawapan. Ada yang mengatakan fenomena ini wajar dihentikan. Yang pasti, fenomena seperti ini tidak sedap.


Bila item Kejam, Manipulatif dan Pengabaian Moral bercampur aduk di dalam satu faktor, maka rakyat bingung untuk memahamkan apakah dimensi yang diwakili. Emosi mereka turut berpecah-pecah. Ada yang re-sah; ada yang pas-rah. Perlukan MIMPI dibawa semula ke meja rundingan? Perlukah dibubarkan semua item untuk memberi laluan kepada item baharu? MIMPI telah menjadi igauan ngeri.
Item gagal bersatu.Dimensi yang bercampur aduk tidak menegakkan keadilan dalam pengukuran.Warisan yang diharap-harapkan telah terencat.Amanah yang dititipkan pakar telah terbakar.
Bilakah rakyat akan terjaga dari MIMPI ini?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pakalang.blogspot.com/2020/12/mimpi-atau-igauan-ngeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Botak Mimpi Ngeri Bagi Lelaki

Botak Mimpi Ngeri Bagi Lelaki

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 251 hits
Bagaimanakah masalah botak berlaku dan apakah punca kepada masalah ini Rambut adalah sejenis tisu pada badan manusia yang tumbuh dengan cepat Folikel rambut kaya dengan sel stem sejenis sel yang mempunyai kelebihan untuk dikitar semula beru...
Mimpi Ngeri Dan Realiti Akses Internet Di Malaysia

Mimpi Ngeri Dan Realiti Akses Internet Di Malaysia

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 409 hits
Dengan ledakan komunikasi secara digital di Malaysia yang sudah berusia lebih 20 tahun menjadi suatu yang janggal apabila ada yang ketinggalan dan masih tidak mampu untuk berada dalam era yang sama Ditambah dengan keadaan kita berada dalam ...
S A Umno Saja Meroyan Soqang Soqang Meeting Atau Tweet

S A Umno Saja Meroyan Soqang Soqang Meeting Atau Tweet

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 192 hits
Tiga Setiausaha Agung ini dikhabarkan memang kerap berjumpa cuma Setiausaha Agung UMNO saja main twitter sorang sorang
Warisan Tidak Akan Bekerjasama Dengan Ppbm Atau Pn

Warisan Tidak Akan Bekerjasama Dengan Ppbm Atau Pn

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 212 hits
Parti Warisan Sabah menegaskan tiada kerjasama antara parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau Perikatan Nasional bagi memastikan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Perdana Menteri Timbalan Ketua Wirawati Warisan Jo Anna Sue...
Para Seleb Ini Buktikan Jika Terlihat Imut Atau Dewasa Itu Tergantung Dandanan Bukan Usia

Para Seleb Ini Buktikan Jika Terlihat Imut Atau Dewasa Itu Tergantung Dandanan Bukan Usia

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 295 hits
Orang Asia nggak selalu kelihatan lebih muda Semua tergantung pilihan dan gaya berpakaian aja sih
Hanya Seminit Atau 3 Minit Dengan Master Pasto

Hanya Seminit Atau 3 Minit Dengan Master Pasto

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 206 hits
Assalamualaikum Holla Penang la ni asal mai time petang ja mesti hujan Bukan hujan renyai renyai pulak tu confirm hujan lebat Kot mana pun Alhamdulillah lah sebab dah lama sangat Penang tidak dibasahi Tapi kalau hujan mai mesti ada pelbagai...
Aku Tumpang Suka Atau Lebih Tepat Tumpang Senyum

Aku Tumpang Suka Atau Lebih Tepat Tumpang Senyum

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 287 hits
Boleh dikatakan apa sahaja yg berlaku dan bakal berlaku tidak ada satu kerugian pun padanya Anwar bermula dengan 0 untuk menjadi seorang PM tetapi harapannya 100 Sebaik dibebaskan peluangnya meningkat 49 dan kekal hingga sekarang kalau naik...
Murid Boleh Pakai Kasut Hitam Atau Putih Ke Sekolah Tahun Depan

Murid Boleh Pakai Kasut Hitam Atau Putih Ke Sekolah Tahun Depan

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 273 hits
Gambar HiasanPUTRAJAYA Semua murid sekolah dibenarkan memilih untuk memakai kasut berwana hitam atau putih beserta stoking mengikut warna kasut yang dipakai mulai tahun depan Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu Surat Pekeliling Ikhti...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal