Hanya Seminit Atau 3 Minit Dengan Master Pasto
Assalamualaikum. Holla ~
Penang la ni, asal mai time petang ja mesti hujan. Bukan hujan renyai-renyai pulak tu, confirm hujan lebat. Kot mana pun, Alhamdulillah lah sebab dah lama sangat Penang tidak dibasahi. Tapi, kalau hujan mai, mesti ada pelbagai isu yang timbul kan. Dan diantaranya ialah, lapaq ! Yaa… time hujan, cepat betul usus memproses makanan serta membuatkan kita MZ menjadi cepat lapaq
Hampa macam tu jugak ka ? Ka MZ sorang ja yang macam tu.. alaaa.. mengaku je lahhhh…. Iskkk
Tapi, kalau tak hujan pun, balik ja kerja MZ memang dah lapaq. Lapaq yang tak boleh tunggu dah.. Kira kalau nak masak sendiri, memang tak sempat lah.. *alasan!* mana tidaknya… nanti nak kena basuh lauk lagi, nak kena sediakan persiapan untuk masak lagi.. masak nasi lagi… untuk siapkan semua tu mengambil masa paling kurang sejam tau.
Dengan kondisi MZ yang memang tak menyempat ni, apa yang paling cepat ialah… Master Pasto… dengaq nama pun dah boleh agakkan ? Sejenis makanan yang berasal dari Itali tapi telah diubah mengikut citarasa rakyat Malaysia
Master Pasto ni terdiri daripada pelabagai perisa dan diantaranya Aglio Olio, Creamy Mushroom dan Bolognese. Mesti salah satu dari pilihan ini adalah pilihan hampa kan kan kan ? MZ paling suka Creamy Mushroom tu
Nak tau dak, Master Pasto ni cukup mudah untuk disediakan. Hampa hanya memerlukan 3 minit sahaja jika menggunakan dapur gas. Caranya hampa boleh tengok dibelakang kotak, kerana arahan yang diberikan cukup ringkas dan mudah difahami
Selain daripada menggunakan dapur gas, hampa jugak boleh menggunakan microwave oven dengan masa hanya seminit sahaja. Yang ini biasa kan ? Jadi, kalau hampa rasa malas, hampa guna je lah microwave oven dan jikalau hampa tidak memiliki microwave oven, dapur gas jugak boleh digunakan. Tapi, kalau hampa tadak kedua-duanya, hampa masih boleh menikmati Master Pasto ni. Macam mana ? Teruskan membaca…
Kalau zaman sekolah asrama dulu, mahupun di university, macam mana hampa ikhtiar untuk mendapatkan semangkuk megi ? Haaa…. Master Pasto ni boleh jugak dibuat dengan cara yang sama. Pendek kata, memang mudah lah Master Pasto ni
Yang penting, Master Pasto tidak menggunakan sebarang perasa tambahan ataupun MSG dan yang paling penting sebagai seorang Islam, sudah tentulah status halalnya. Alhamdulillah… Master Pasto ni telah disahkan oleh JAKIM sebagai HALAL tau. Jadi, hampa jangan ragu-ragu lagi untuk menikmati pasta yang mudah dan cepat ini
Kalau hampa nak melancong ke memanalah, memang mudah membawa produk keluaran Master Pasto ni. Dalam satu kotak, memang lengkap dengan spaghetti dan kuahnya sekali. Hampa hanya perlu memanaskan kedua-dua item tersebut sebelum dapat menjamu selera. Senang kan
Untuk membeli Master Pasto, sila KLIK MASTER PASTO, atau sila ke media sosial, FB atau rujuk gambar dibawah untuk stokis Penang,
Tu saja perkongsian MZ untuk kali ni. Sesudilah mencuba Master Pasto yang mudah dan sedap ini. Jumpa lagiiii…..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://miamorzafirah.blogspot.com/2019/04/hanya-seminit-atau-3-minit-dengan.html