Warisan Tidak Akan Bekerjasama Dengan Ppbm Atau Pn


Parti Warisan Sabah (Warisan) menegaskan tiada kerjasama antara parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Perdana Menteri.
Timbalan Ketua Wirawati Warisan, Jo-Anna Sue Henley Rampas berkata, tiada alasan untuk bekerjasama dengan PN atau PPBM kerana sebelum ini kerjasama itu banyak menyusahkan Warisan.
“Pertama, PPBM mungkir janji untuk tidak menubuhkan cawangan di Sabah dan kedua, selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari lalu, mereka tanpa henti menekan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan pemimpin lain untuk tunduk pada PN. Yang terakhirnya apabila mereka berjaya menjatuhkan kerajaan Warisan Plus pada Julai lalu.
“Jadi jika ada yang gembira melihat Muhyiddin merasakan sendiri, maka itu adalah Warisan Plus. Oleh itu nasihat saya kepada pemimpin PH yang tidak pernah melalui apa yang dilalui oleh Warisan tetapi kini tiba-tiba menuduh kita bersekutu dengan PN diminta supaya berhati-hati apabila bercakap,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tuduhan pihak tertentu yang mengatakan ahli-ahli Parlimen Warisan tidak menjalankan tugas untuk rakyat Sabah ketika tidak menyertai undi belah bahagi di Dewan Rakyat.
Katanya lagi, komitmen yang ditunjukkan oleh ahli Parlimen Warisan yang dipimpin Mohd Shafie dalam Parlimen membolehkan mereka menyelesaikan beberapa isu penting berkaitan dengan Sabah.
“Khamis lalu, semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 Ahli Parlimen Warisan memilih bagi usul yang dibentangkan Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) kerana Ahli Parlimen Warisan secara moralnya wajib memilih usul yang berkaitan dengan Sabah dan kedua, Upko tetap tegas mempertahankan kerjasama yang ada dengan Warisan.
“Semasa perbahasan peringkat dasar RUU Perbekalan 2021, ahli Parlimen Warisan memberikan dua cadangan penambahbaikan penting terhadap belanjawan iaitu peningkatan peruntukan koronavirus (Covid-19) sebanyak RM50 juta dan mengkaji semula elaun perumahan wilayah (EPW) untuk kakitangan Sabah yang bekerja untuk kerajaan Persekutuan di Putrajaya dan kedua-duanya akan dimasukkan dalam RUU itu.
“Jadi persoalan mengatakan bahawa ahli Parlimen tidak menjalankan tugas mereka untuk rakyat Sabah adalah mengelirukan dan ia harus ditanya oleh rakyat Sabah, apa yang ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sumbangkan kepada Sabah dalam RUU Perbekalan itu,” katanya.
Jo- Anna berkata, Warisan akan meneruskan kerjasama dengan PH dan parti pembangkang yang lain namun memerlukan ketua pembangkang yang berwibawa dan berprinsip.
“Kami masih menghormati kerjasama pakatan politik antara Warisan dan PH serta UPKO tetapi kami mengambil berat berhubung kurangnya kredibiliti pihak pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kemampuan penyampaiannya yang mungkin menyebabkan akhirnya pengundi PH kecewa.
“Warisan tidak boleh terus membiarkan dirinya digunakan untuk agenda peribadi orang lain yang sama sekali tidak memberi faedah kepada Sabah.
“Secara asasnya, parti hanya perlu menyatakan pendiriannya sekarang dan bukan ketika pilihan raya sudah hampir tiba,” katanya. Sinar
Muhyiddin penting politik berbanding prinsip, kata Dr M

The post Warisan tidak akan bekerjasama dengan PPBM atau PN appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/07/warisan-tidak-akan-bekerjasama-dengan-ppbm-atau-pn/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warisan Kena Pilih Benci Kepada Anwar Atau Demi Rakyat Sabah

Warisan Kena Pilih Benci Kepada Anwar Atau Demi Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 338 hits
WFAUZDIN NS Sepanjang perbahasan dan pengundian di peringkat Kementerian yang sedang berlangsung di Parlimen sekarang nampaknya Warisan langsung tidak menunjukkan minat membawa suara rakyat Di peringkat pengundian belah bahagi yang telah be...
Karateristik Cowok Idaman Berdasarkan Drama Start Up Kamu Pilih Yang Tsundere Atau Bucin

Karateristik Cowok Idaman Berdasarkan Drama Start Up Kamu Pilih Yang Tsundere Atau Bucin

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 430 hits
Kalau kamu beneran dihadapkan dengan pilihan kayak Seo Dal mi di dunia nyata pilih yang mana Guys
Dua Gifts Collection Yang Patut Dikumpul Atau Dijadikan Hadiah Istimewa

Dua Gifts Collection Yang Patut Dikumpul Atau Dijadikan Hadiah Istimewa

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 418 hits
Dua Gifts Collection Yang Patut Dikumpul Atau Dijadikan Hadiah Istimewa Kadang kadang cik en suka collection seperti notebook keychain dan lain lain tapi cik en lebih suka nampak unik Koleksi seperti anime abstrak selalunya nampak biasa bag...
Menteri Besar Perak Antara Saarani Dan Zambry Atau Muka Baharu

Menteri Besar Perak Antara Saarani Dan Zambry Atau Muka Baharu

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 529 hits
Barisan Nasional Perak dijangka menamakan Datuk Seri Zambry bin Abdul Kadir sebagai calon Menteri Besar Perak menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang telah kalah dalam Undi Percaya di Dewan Undangan Negeri Perak pagi tadi Bekas Ment...
Minta Anak Anak Sule Perhatikan Adik Tiri Mereka Teddy Kalau Bisa Ditengok Atau Video Call

Minta Anak Anak Sule Perhatikan Adik Tiri Mereka Teddy Kalau Bisa Ditengok Atau Video Call

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 320 hits
Tak lagi berkomunikasi dalam beberapa bulan terakhir Sule justru memberikan pernyataan yang sedikit berbeda dari suami mendiang Lina tersebut
Tiga Adun Pas Sekadar Tidak Sertai Kerajaan Baharu Umno Atau Pun Tak Sokong Langsung

Tiga Adun Pas Sekadar Tidak Sertai Kerajaan Baharu Umno Atau Pun Tak Sokong Langsung

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 418 hits
KUALA LUMPUR Seorang veteran UMNO tertanya adakah PAS sekadar tidak akan sertai kerajaan baharu pimpinan parti Melayu itu atau tidak akan juga menyokong kerajaan pimpinan parti itu Bekas menteri Tan Sri Shahrir Samad menimbulkan hal itu sel...
Koalisi Atau Gabungan Politik Apa Realiti Di Malaysia

Koalisi Atau Gabungan Politik Apa Realiti Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 333 hits
June 2020 Dato Jo dedahkan DSAI dah pernah kata JIKA TIADA Pilihan Keadilan bersedia jalan SOLO Cuma pimpinan masih mengharapkan PH dapat diperkukuhkan Malangnya utk mengukuhkan PH memerlukan kerjasama semua dlm PKR DAP dan Amanah Tak boleh...
Lebai Penyamun Ali Baba Balak Atau Mineral 43 Trillion

Lebai Penyamun Ali Baba Balak Atau Mineral 43 Trillion

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 554 hits
Baca berita kat portal Harakah tadi Kononnya ada hasil mineral bernilai 43 Trillion Bila MB umum macam tu tak tahu tahap apa IQ MB depa ni boleh jadi setanding bani Melayu yang ditipu Scammer diluar sana Depa tahu tak Perolehan Petronas hat...
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Bayaran Perkeso 2026 Jadual Bayaran Faedah

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Makluman Motac Dan Tourism Malaysia Tidak Terlibat Dalam Penganjuran Acara Miss Amp Mister Celebrity International 2025

Pendapatan Pasif Jangka Panjang Cara Bina Income Stabil Konsisten Untuk Masa Depan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Santai Makan Di Gazebo Atau Anjung Seri Di Laman Sendiri Ayam Masak Kurma Suri Hati

Best Recipetin Beef Ribs

Makan Kenduri Di Sana Sini

Aktiviti Sembang Akhir Tahun 2025 Kopi Ukhwah Ppim 26 12 2025

4fingers For Lunch

Tips Lengkap Dan Mudah Cara Berniaga Kek Coklat Moist Bermula Dari Rumah