Mimpi Akhir Zaman Berperang Dengan Dajjal Dan Bersama Imam Mahdi
Tibanya saat akhir zaman, akan terjadi banyak mimpi-mimpi yang akan dialami oleh orang muslim.
Rasulullah SAW bersabda:لَمْ يَبْقَ مِنْ مُبَشِّرَاتِ النُّبُوَّةِ إِلاَّ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ يَرَاهَا الْمُسْلِمُ أَوْ تُرَى لَهُMaksudnya: “Tidak terdapat lagi berita-berita gembira tentang kenabian kecuali mimpi yang benar yang dialami oleh seorang muslim, atau diperlihatkan kepadanya (mimpi itu).”Riwayat Muslim (1102)
Koleksi mimpi seorang muslimah
Mimpi 1Suatu mimpi saya berada di dalam kawasan yang malap di tebing sungai di atas batu-batu di bawah rimbunan pohon-pohon yang redup. Sungai itu airnya tak mengalir nampak macam tenang aja. Saya bersama kawan-kawan ke semuannya perempuan saja. Tiba-tiba ular keluar dari air sungai tu, datang seorang berbaju kemeja putih terjun dari tebing dan bunuh ular itu dengan pantas dan mudah. Saya tak pasti jantina orang itu lelaki atau perempuan, tapi gayanya sangat lincah, sangat mahir dengan ilmu seni silat dan ada pisau atau keris untuk membela diri. Selepas ular itu berjaya dibunuh dia pun bagi tahu pada kami
"Jangan risau dah mati ular tu..."
Tiba-tiba saya berteriak.
"Ada lagi la .... ular...."
Orang itu pun terus berlawan dengan puluhan ular-ular dan membunuhnya dengan pantas habis kesemua ular-ular itu di potong dan dibunuh. Air mulai tenang. Tiba-tiba datang pula ular gergasi yang sangat besar. Orang itu cuba nak berlawan tapi tak berdaya sebab tesangat lah besar dan berwarna hitam pula tu. Orang itu pun tahu dia tak boleh lawan terus lari menghilangkan diri.
Saya bawa kawan-kawan perempuan itu keluar dari kawasan sungai melarikan diri, kerana ular gergasi itu akan datang memakan kami. Tiba-tiba ada pula kawan perempuan yang duduk termenung seakan dipukau oleh sungai itu. Terus saya terjah.
Woi! cepat datang sini, keluar dari sini! Perempuan itu terus bangun dan ikut saya hingga tiba satu lobang yang cerah ada sinaran matahari. Seolah-olah kami semua berada dalam gua yang berlainan tempat. Alhamdulillah kami semua terselamat dari ular itu. Bila saya toleh lagi, ada ramai lagi perempuan-perempuan yang bertenggek melepak di tepi sungai seolah-olah mereka leka dan terpukau dengan sungai itu.
Jom! situ bahaya! Sini!
Saya cuba mengajak dia keluar dari tempat yang bahaya itu, tapi mereka buat macam tak faham. Saya hanya boleh selamatkan kawan-kawan perempuan yang kenal saja, tapi yang tak kenal tak dapat nak menolong mereka.
----
Setelah buat beberapa kajian tentang mimpi. Kak Rahmah fikirkan ular yang besar itu adalah Dajjal. Ular-ular yang kecil itu adalah dari jin. Jin dan syaitan adalah tentera Dajjal yang boleh dikalahkan. Tapi kedatangan Dajjal kita tidak boleh lawan kita perlu larikan diri. Kita boleh berlawan dengan para jin tapi bukan Dajjal. Ada perempuan yang seolah-olah terpukau dengan air sungai, itu umpama ramainya yang akan menjadi mangsa sihir Dajjal dan banyaknya mangsa Dajjal memanglah di kalangan para wanita. Malah kaum wanita juga yang akan menjadi tentera Dajjal. Orang yang berlawan dengan ular-ular itu adalah amalan saya. Amalan kita yang boleh menolong kita tatkala berada dalam bahaya. Inilah buktinya persiapan amalan itu lebih penting dari segala jenis persiapan akhir zaman.
sambungan hingga 3 mimpi.... (nantikan refresh page yang sama)
Mimpi 2
------------
Satu waktu di saat peperangan sedanga berlaku. saya bersama dengan rakan-rakan seperjuangan bergerak untuk berperang. Saya berada di tangga mencari musuh-musuh, sedangakan di tangan saya ada sebilah pedang yang ringan dan panjang. Ada beberapa orang lelaki yang datang saya terus menghunus pedang itu membunuh lelaki itu. Tiba-tiba dia berkata
"Asshadu an lailahaill allah..."
Apa? Aku dah bunuh orang Islam, kata saya. Saya terduduk menangis keseorang memikirkan dosa yang besar adalah dosa membunuh. Tapi lelaki itu memakai baju seperti musuh. Saya rasa tak silap. Datang kawan-kawan saya memujuk saya untuk teruskan perjuangan, tapi bukanlah mudah untuk saya teruskan sebab kita berlawan dengan musuh bersyahadah, mereka itu adalah Islam. Tiba-tiba saya terjaga dari tidur.
----
Bila saya terjaga dari tidur, saya rasakan ini bukanlah hanya mainan tidur tapi ada mesej yang ingin disampaikan. Bila saya buat beberapa kajian, sewaktu peperangan bersama dengan Imam Mahdi, peperangan yang bakal kita lalui adalah peperangan sesama muslim. Pada waktu itu tiada lagi mesin yang canggih kesemua menggunakan pedang, tombak dan panah. Imam Mahdi akan menawan kawasan-kawasan negara Islam yang menentang dirinya sebagai khalifah. Memang benarlah kita akan berperang sesama orang islam. Orang islam itu tidak berbaiah kepada Imam Mahdi dan dia hanya menjalankan tanggungjawap sebagai tentera negeri mereka.
Mimpi 3
Pada suatu tempat yang gelap dan berbukit. Aku mencari jalan-jalan menuju ke destinasi yang bercahaya, aku pasti destinasi itu jalan keluar untuk aku. Aku tidak sedar adakah aku sudah hidup atau sudah mati dan mencari jalan keluar menuju ke syurga. Pada rekahan bukit gunung aku melalui denai-denai yang sempit keseorangan.
Di sana aku mencari rombongan yang akan aku pergi jalan bersama. Aku tidak pasti di manakah mereka berada. Aku terus jalan dan jalan. Hingga aku berjumpa dengan seekor kucing. Aku nampak kucing itu berbeza, seperti dia sedang solat. Aku jalan lagi dan aku terjumpa arnab. Aku nampak dia seperti seorang yang alim dan solat.
"Boleh tahu, kat mana jalan nak keluar? Saya sebenarnya tengah cari kawan-kawan saya"
Saya tak pasti dia boleh jawap atau tidak, tapi memandangnya seperti seorang yang berilmu.
"Itu dia! mereka dah gerak tu. Ikut lah mereka!"
"Oh! terima kasih! kawan saya tu!"
Ada 3 orang lelaki yang berjalan dengan membawa backpack seperti mereke juga sedang mengembara menuju ke destinasi yang jauh.
"Mereka tu nak pergi syurga." kata arnab itu.
Aku hanya terdiam. Adakah aku bermimpi atau aku sudah mati? Aku kenal seorang dari lelaki itu. Ada dua lagi aku tidak pasti wajah mereka. Di tempat yang agak gelap dan berbukit aku teruskan perjalanan ikut mereka dari belakang.
Aku mengikut mereka dari belakang, kami menyelusuri denai-denai kecil yang gelap lagi merbahaya. Aku rasakan ianya seperti kembara jungle tracking di kaki gunung. Kaki ini tidak boleh tersilap langkah, gaung yang jauh dan tinggi itu menyeramkan. Ada kalanya kedudukan gunung itu agak tinggi dan nampak kabus asap dan aku mengikut mereka masuk ke dalam gua gelab. Tapi aku rasa pelik, mengapa aku nampak mereka, padahal dalam gua itu gelap. Aku boleh berjalan dan teruskan perjalanan yang aku rasakan sangat jauh dan tidak tahu bila akan tiba ke destinasi. Aku cuba bayangkan jika aku tidak berhati-hati dan terjatuh di gaung bawah, sudah tertentu sukar aku mencari balik rombongan yang nak ke syurga, sedangkan mereka semakin hampir dan aku semakin jauh jika aku terlepas dari mereka.
==========================
Makna mimpi setelah munajat
Dalam mimpi itu mereka semua membawa backpack dan mereka sedang mengembara menuju ke destinasi. Itulah hidup kita yang sebenar satu pengembaraan menuju ke syurga. Kita tidak akan bawa seluruh barang-barang perhiasan, wang dan berbagai peralatan dalam hidup yang tidak diperlukan dalam perjalanan ini. Seperti dalam hadis, hiduplah umpama seorang musafir. (maaf aku tak sempat nak cari hadis ini secara detail).
Perjalanan ke syurga itu adalah sukar dan bahaya dipenuhi dengan ranjau dan lurah-lurah berbukit yang boleh menjunamkan kita jauh dari trek kebenaran. Jika kita tersilap langkah kita akan tersesat dari arah kebenaran. Ikutilah golongan-golongan pendakwah dan mereka yang berjuang semata-mata kerana Allah kerana mereka sedang membawa kita semua ke syurga. Mereka ada cahaya yang boleh menerangi kita tatkala di tempat yang gelap. Ikutlah dalam jemaah supaya kita ada teman untuk berbual dalam perjalanan yang jauh sukar untuk kita menuju destinasi terakhir iaitu syurga.
Bila aku terjaga aku cuba munasabah diri, betapa ramai pendakwah-pendakwah yang aku kenali, tidak ramai yang bersama dalam rombongan menuju ke syurga. Masya Allah sungguh menyeramkan!
Aku juga tidak pasti akhirnya aku bagaimana. Semoga Allah bersama diriku dan orang-orang yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan jihad ini.
Tips untuk bermimpi yang baik.
1) Bacalah Al Quran sehingga tertidur.
2) Tidur dengan mengiring ke kanan mengikut sunnah Nabi Muhamad s.a.w. (sangat penting)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://infojelita.blogspot.com/2019/10/mimpi-akhir-zaman-berperang-dengan.html