Mihun Goreng Simple
Hai
Assalamualaikum
Pagi ni LM goreng kan mihun je untuk sarapan anak anak ke sekolah. Kakak tak duduk asrama lagi sekarang ni. Maka jemaah geng sarapan bertambah la sorang lagi. Tapi geng tapau tak tentu. Kadang dia bawa bekal. Kadang takmo bekal sebab dah makan.
Pagi ni mihun simple je. LM ni biasanya bagi arahan je kadang orang kat rumah ni yang goreng. Tak tentu gak. Sebab semua cili dan bawang dah siap kisar. Sayur pun LM dah potong cuci siap siap. Maka tinggal lebur je lah.
Bahan:
Bihun brand jasmine.( LM tak habis kan sebungkus tu sebab azhad takda kat asrama. Apit jenis tak sarapan pagi dan LM tak boleh makan makanan berminyak)
1 biji bawang besar*kisar
2 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih-diketuk
Tumis semua ni sampai naik bau. Campur kan
setengah cawan isi awam.( LM guna dada a yang potong dadu)
Setengah bungkus fish ball
1 biji telur
1/2 biji tomato
Garam
2 sudu kicap manis
Sawi
Tauge jika ada(LM takda stok)
Ni saja bahan yang LM guna pagi ni. Biasanya suka buat rencah udang kering tapi takda stok. Maka tak letak lah. Masak dengan kasih sayang InsyaAllah sedap je kat tekak anak anak tu kot. Haha. Perasan!
Alhamdulillah Allah atur cantik Perjalanan hidup kita. Sehari lepas balik dari wad Maisarah pula buat keputusan takmo tinggal asrama. Maka, pagi ayah dia hantar. Balik kami upah grab ambil dia. Syukur dapat grab pemandu India yang fasih speaking maka boleh la dia ajak kakak berbual. Boleh bantu kakak speaking dengan lebih baik juga.
Bila operation ni memang pergerakan terbatas. Kadang mampu gerak tapi tak mampu buat. Tak mampu angkat. Tak mampu lenyek pisang pun. Syukur sangat kakak ada, maka dia lah banyak bantu bab kat dapur. Acha pun. Malah apit serta pakji semua turun padang.
Terima kasih kat Korang yang sentiasa bagi kata semangat. Kirim doa yang baik baik. Luka pembedahan LM ni belum pulih. Nanti LM cerita kat Korang. Luka dah buka jahit tau isnin lepas. Sampai demam oi ke harini.. Nanti I story okey!
Korang sarapan apa tu. Share la sini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://lydiamiza.blogspot.com/2020/01/mihun-goreng-simple.html