Remoka Sambal Goreng Budu Tersohor Di Kelantan
Assalamualaikum..
Kali kedua kot Cik Nor dengar pasal sambal goreng budu ni. Kali pertama Cik Nor dengar masa Bengkel Keusahawan yang dianjurkan oleh syarikat telekomunikasi Digi. Oleh kerana tak kenal sangat owner dia maka Cik Nor ignore jer lah pasal sambal goreng budu ni. Dalam hati siap kata, aku tak makan budu buat apa nak ambik tahu.haha.Jahat punya perangai Cik Nor. Lagi pun masa bengkel tu Cik Nor kat depan sebagai media dan owner dia sebagai peserta dan dok kat belakang. Itu yang malas nak pusing belakang sebab full dewan masa tu
Kali kedua dengar bila jumpa sendiri dengan owner dia masa kami sama-sama menerima jemputan dari Tourism Malaysia untuk ke program mereka selama 3 hari ke Kuala Lumpur. Mula-mula jumpa tu dia tak adalah nak cerita sangat pasal sambal goreng budu ni, sehinggalah hari nak balik tu dia bagi sorang satu pek mudah dibawa ke mana-mana sorang satu untuk dicuba. Dah lama sebenarnya balik dari Kuala Lumpur tapi hari baru sempat cuba sambal goreng budu ni.
Jangkaan pertama Cik Nor, mesti sambal ni bau budu kan? Opss..first impression Cik Nor silap kerana tiada sedikit pun bau budu dan rasanya tiada rasa budu. Kalau Cik Nor yang dah lama tak makan budu ni boleh hadap sorang-sorang satu pek tu apalagi korang yang memang langsung tak makan budu. Kenapa Cik Nor kata macam tu sebab sambal ini dihasilkan dengan cara memasak yang agak lama untuk memastikan sambal ini berkualiti tinggi. Sambal goreng budu ini terhasil apabila bahan-bahan seperti ikan, bawang merah goreng, cili padi hijau dan budu diadun selama lebih kurang 12 jam. Lama betul nak buat sambal goreng budu ni patut bila kita makan rasanya sedap sangat
Sambal goreng budu ni sesuai dimakan dengan apa sahaja. Bagi korang yang malas masak macam Cik Nor ni, makan dengan nasi panas-panas pun boleh bertambah tau. Selain itu korang boleh makan sambal goreng budu ini dengan lempeng, bubur nasi, roti, nasi impit, laksa, pulut dan macam-macam lagi mengikut citarasa yang korang inginkan. Ratah macam tu pun boleh jugak.hihi. Tapi awas, sambal goreng budu pedas jugak.hehe
Sambal goreng budu ni didatangkan dalam 2 variasi. Satu dalam pek mudah bawa dan satu lagi dalam botol. Bagi korang yang suka travel dan tak suka sangat makan kat luar boleh la bawa sambal goreng budu ni sebagai penambah selera makan korang. Korang perlu ada nasi, telur dan sambal goreng budu ni dah cukup untuk buat korang makan tak ingat dunia. hehe
Membebel panjang-panjang tak ada guna kalau korang tak cuma sendiri sambal goreng budu ni yang dah masuk pasaran Singapura dan Thailand. Kata owner nya sambal goreng budu ini akan memperluaskan sayapnya ke luar negara sikit masa lagi. Ke mana nanti..tunggu. Korang jangan risau lah sebab produk ni dah mendapat pengiktirafan Halal JAKIM, MESTI, dah masuk paper, masuk tv dan paling penting ia merupakan produk Inovasi pertama di Kelantan
Kalau tak nak cuba lagi memang Cik Nor tak tahu nak cakap apa la. Bagi korang yang terasa nak cuba dan rajin nak jadi ejen/stokis cepat hubungi :
www.wasap.my/60179689389
atau lawati :
RemokaHQ
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://norminieza.blogspot.com/2020/01/remoka-sambal-goreng-budu-tersohor-di.html