Mic Lemah Kerana Pucuk Pimpinan Bn Terdahulu
B Nantha Kumar 
 
    Presiden MIC, SA Vigneswaran mendakwa parti yang mewakili kaum India menjadi lemah kerana sikap pucuk pimpinan BN terdahulu
Beliau  berkata peranan MIC dikurangkan apabila BN membuka pintu kepada  parti-parti berteraskan kaum India yang digelarkan sebagai 'parti  sahabat BN'.
Akibatnya, kata Vigneswaran, MIC gagal menawan pengundi dari kaum India sejak pilihan raya umum 2008.
"Tindakan  pucuk pimpinan BN terdahulu yang memberi kepentingan kepada-kepada  parti-parti 'sahabat BN' menjejaskan reputasi MIC sehingga mereka tidak  menghiraukan dan enggan mendengar kepada kami," katanya.
Beliau  berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai mesyuarat  Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC di Ibu Pejabat parti itu di Kuala  Lumpur semalam.
Bagaimanapun Vigneswaran tidak menjelaskan siapakah pucuk pimpinan terdahulu yang dimaksudkan.

"Di zaman Tun Mahathir (Dr Mahathir Mohamad sebagai Presiden BN) MIC sentiasa dihormati sebagai komponen BN.
"Selepas itu, pada PRU 12, impak Hindraf menjejaskan sedikit pengundi India kepada MIC.
"Ini  membuka kepada pimpinan BN membawa masuk empat parti India  masing-masing Kimma, Makkal Sakthi, MIUP (Malaysian Indian United Party)  dan IJP (Parti Keadilan India) sebagai parti sahabat BN.
"MIC  menjadi lemah dalam usaha mengekalkan sokongan pengundi India sehingga  pada 2018, peratus sokongan pengundi India kepada BN jatuh kepada 20  hingga 25 peratus sahaja," katanya.
Tambah speaker Dewan Negara itu, sebaliknya pucuk pimpinan BN mengkritik MIC di atas kegagalan tersebut.
Sementara  itu Vigneswaran berkata BN bersetuju untuk menubuhkan sebuah  jawatankuasa khas bagi mendengar serta menyelesaikan perbalahan dalaman  melibatkan parti-parti komponennya.
"Selepas ini 'nothing doing'.  MIC akan menjadi komponen tunggal mewakili kaum India dalam BN buat  masa ini. Tetapi, kami akan (terbuka untuk) bekerjasama dengan  parti-parti lain," katanya. 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/mic-lemah-kerana-pucuk-pimpinan-bn.html