Miaces 2022 Platform Tangkis Dakwaan Buruh Paksa


 
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya masih lagi menghadapi cabaran seperti tuduhan buruh paksa dan isu kemampanan daripada pihak tertentu.KUALA LUMPUR: Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES) 2022 akan menjadi platform untuk menangkis dakwaan seperti buruh paksa dan isu kemampanan dalam sektor agrikomoditi.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin, berkata kerajaan akan memastikan syarikat dan kementerian dalam sektor agrikomoditi menjaga kebajikan pekerja dalam sektor perladangan selain akur kepada isu kemampanan seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) 2021-2030.
“Walaupun produk agrikomoditi kita mendapat sambutan yang memberangsangkan di pasaran global, kementerian masih lagi menghadapi cabaran seperti tuduhan buruh paksa dan isu kemampanan daripada pihak-pihak tertentu.
“Tuduhan-tuduhan ini adalah tidak berasas kerana beberapa faktor tidak diambil kira dan tiada penyiasatan yang terperinci sebelum tindakan dikenakan terhadap syarikat atau produk-produk agrikomoditi keluaran Malaysia,” katanya dalam ucapan pembukaan ketika majlis perasmian MIACES 2022.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
MIACES yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) diadakan bermula hari ini hingga 28 Julai.
Zuraida berkata, penganjuran MIACES bertemakan “Memajukan Sektor Agrikomoditi Dalam Ekosistem Lestari” bertujuan mempromosikan Malaysia sebagai hab antarabangsa sektor itu bagi mengukuhkan kedudukan negara sebagai pengeluar utama produk agrikomoditi serta mempamerkan inovasi dan teknologi tempatan di peringkat antarabangsa.
“Kita juga ingin menekankan usaha-usaha Malaysia untuk menjamin kemampanan dalam sektor ini dan bukannya seperti yang dipaparkan oleh tuduhan pihak-pihak tertentu,” katanya.
Melalui MIACES, Zuraida berkata, kementerian tersebut menyasarkan nilai eksport sebanyak RM300 bilion bagi 2022 berbanding RM209.5 bilion, pada 2021.
Katanya, peserta industri berpeluang untuk mengembangkan perniagaan, meneroka pasaran baharu bagi eksport agrikomoditi dan turut berpeluang mempamerkan produk keluaran masing-masing.
“Sesi padanan perniagaan yang bakal diadakan berpotensi menjadi platform kerjasama peserta industri peringkat antarabangsa dan berupaya membuka ruang kepada sektor agrikomoditi tempatan untuk menjana pendapatan, seterusnya meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” tambahnya.
Eksport produk agrikomoditi negara pada 2021 berjumlah RM209 bilion dengan mencatatkan peningkatan signifikan 38.4 peratus berbanding jumlah eksport pada 2020 sebanyak RM151 bilion.
Sementara itu, Zuraida berkata, sektor sawit merupakan penyumbang terbesar sebanyak RM108 bilion, diikuti getah dan kayu-kayan, masing-masing sebanyak RM71 bilion dan RM22.7 bilion.
Bagi tempoh Jan sehingga Mei 2022, eksport agrikomoditi mencatatkan sebanyak RM87.6 bilion, meningkat 2.7% berbanding RM85.3 bilion dalam tempoh yang sama pada tahun lalu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/07/miaces-2022-platform-tangkis-dakwaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langsung Awani Pagi Sit 2022 Platform Rancakkan Pelancongan Pulau Tioman 16 Julai 2022

Langsung Awani Pagi Sit 2022 Platform Rancakkan Pelancongan Pulau Tioman 16 Julai 2022

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 190 hits
Industri pelancongan mula bangkit untuk pemulihan dalam fasa peralihan ke endemik Di Pulau Tioman acara tahunan dalam kalender sukan selam Start in Tioman kembali tahun ini Bagaimana ia mampu jadi platform rancakkan semula sektor pelanconga...
21 07 2022 Panas Najib Mengaku Tiada Dakwaan Rasuah Terhadap Hakim N

21 07 2022 Panas Najib Mengaku Tiada Dakwaan Rasuah Terhadap Hakim N

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 165 hits
Datuk Seri Najib Razak melakukan percubaan yang terdesak untuk membatalkan keseluruhan perbicaraan penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd dengan membangkitkan dakwaan tidak berasas terhadap Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghaza...
Pembentukan Imca Sebagai Platform Membela Hak Pengguna Serata Dunia Ummah Today 18 07 2022

Pembentukan Imca Sebagai Platform Membela Hak Pengguna Serata Dunia Ummah Today 18 07 2022

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 231 hits
KUALA LUMPUR Pembentukan Persatuan Pengguna Muslim Antarabangsa sebagai platform kolaboratif untuk umat Islam di seluruh dunia bersatu menentang semua cabaran yang menafikan hak dan kedaulatan pengguna Muslim secara amnya Pengerusinya Dato ...
25 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Terkini 2022

25 Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland Terkini 2022

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 493 hits
Cameron Highland dah buka full sejak PKP dan negara beralih ke fasa endemik nah ini 25 Tempat Menarik di Cameron Highland yg korang mesti pergi Syok Save the list Boleh pergi cuti nanti 1 Ladang Teh BOH Sungai Palas Alamat Brinchang 39000 B...
Kkm Buka Permohonan Jururawat Julai 2022 Minima Spm Layak Mohon

Kkm Buka Permohonan Jururawat Julai 2022 Minima Spm Layak Mohon

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 323 hits
Jawatan Kosong Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2022 Minima SPM Layak Mohon Kekosongan Seluruh Negara Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mi...
Tawaran Program Diploma To Bachelor 2022 Jpa

Tawaran Program Diploma To Bachelor 2022 Jpa

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 351 hits
Jabatan Perkhidmatan Awam mengalu alukan pelajar cemerlang lepasan Diploma untuk memohon Program Diploma to Bachelor di bawah Program Dermasiswa Program ini memberi peluang kepada pelajar cemerlang lepasan Diploma tajaan JPA di bawah progra...
Rekomendasi Film Horor Thailand Terbaik 2022 Mulai Dari Horor Komedi Hingga Triller

Rekomendasi Film Horor Thailand Terbaik 2022 Mulai Dari Horor Komedi Hingga Triller

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 428 hits
Film film ini nggak hanya menyajikan cerita horor yang seram tapi juga misteri yang akan membuatmu makin penasaran
Scm Umumkan Deretan Sponsor Siaran Piala Dunia 2022 Di Indonesia

Scm Umumkan Deretan Sponsor Siaran Piala Dunia 2022 Di Indonesia

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 231 hits
SCM Umumkan Deretan Sponsor Siaran Piala Dunia 2022 di Indonesia Surya Citra Media selaku pemegang hak siar Piala Dunia 2022 di Indonesia mengumumkan empat perusahaan besar yang menjadi sponsor resmi untuk mendukung perhelatan akbar sepak b...
Analisis Gelombang Elliott Litecoin Untuk 18 Julai 2022

Analisis Gelombang Elliott Litecoin Untuk 18 Julai 2022

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 296 hits
Litecoin telah menembusi dengan baik di atas rintangan garis neckline berhampiran 53 00 Selain itu yang lebih penting rintangan pada 55 00 juga telah ditembusi yang memerlukan kenaikkan ke arah sasaran S H S pada 77 38 dan mungkin lebih dek...
Kemaskini S Pay Global Tukar Telefon Username Password Baru

Cerita Makan Kedai Tomyam Hujung Minggu Di Melaka

Belanja Makan Hujung Tahun Di Damas Arabic Restaurant Penang

Man With Flail Right Arm Awarded Rm850 000 For Medical Negligence

Filem Abah Saya Uncle Mike

Reka Bentuk Kotak Kreatif Untuk Hari Perayaan Panduan Praktikal

Perkeso Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2024 A Must Have For Every Housewife

Importance Of Good Manners In Life


echo '';
Siapa Ezwan Zain Ini Biodata Lelaki Yang Didakwa Sebagai Mr E Kekasih Baru Erra Fazira

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


Kompang Warisan Johor

Ocd Bila Kebersihan Jadi Obses Sampai Hidup Tak Tenang

Anna Sawai S Legs In Tights Pantyhose 5

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Wanita Maut Jatuh Tingkat 23 Kondominium