Mfl Umum Kalendar Liga Malaysia 2021




Kuala Lumpur: Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan tarikh-tarikh bagi kalendar Liga Malaysia musim 2021 yang bakal membuka tirai pada Februari tahun depan.


Kalendar Liga Malaysia 2021 akan bermula dengan perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang menemukan juara CIMB Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan naib juara liga, Kedah pada 26 Februari 2021. 


Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam mesyuarat kali ke-23 baru-baru ini memutuskan bahawa Kedah akan mengisi slot Piala Sultan Haji Ahmad Shah sebagai status naib juara CIMB Liga Super selepas tiada pemenang Piala FA dan TM Piala Malaysia di mana kedua-dua kejohanan itu terpaksa dibatalkan ekoran pandemik COVID-19.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, perlawanan-perlawanan domestik seperti CIMB Liga Super dan Liga Premier bermula pada 27 dan 28 Februari 2021 dan bakal berakhir pada 20 dan 21 Ogos 2021.


Tambah beliau, kejohanan Piala FA bakal berlangsung pada 2 dan 3 Mac 2021 sehingga aksi final pada 11 September 2021 manakala TM Piala Malaysia bermula 17 dan 18 September 2021 sehingga 27 November 2021.


Manakala kejohanan Challenge Cup akan berlangsung pada 3 dan 4 September 2021 sehingga final pertama pada 6 atau 7 November 2021 diikuti final kedua pada 13 atau 14 November 2021.


“Bagi persiapan pasukan untuk musim 2021, pihak MFL telah menetapkan tempoh pendaftaran pertama, pasukan boleh mendaftarkan pemain bermula 21 November 2020 sehingga 14 Februari 2021 di mana mereka memiliki tempoh sehingga 12 minggu.


“Bagi tempoh pendaftaran kedua, pasukan boleh berbuat perkara sama bermula 12 Julai 2021 sehingga 8 Ogos 2021 di mana tempoh empat minggu masa telah diperuntukkan,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.


Dalam perkembangan sama, Dato’ Ab Ghani memberitahu perancangan kalendar baharu Liga Malaysia bagi musim 2021 telah mengambil kira pelbagai aspek.


Katanya, proses peralihan FA kepada FC di mana Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menyerahkan pengurusan FC kepada MFL secara rasmi pada 1 Januari 2021 setelah segala urusan semakan fasa kedua perpindahan selesai.


“Sepanjang bulan Januari 2021 beberapa siri taklimat oleh semua unit MFL kepada Pengurusan FC yang baharu untuk menyelaras pentadbiran pertandingan MFL dengan lebih teliti yang melibatkan Unit Pertandingan, Unit Komersil, Unit Media, Unit Penyiar Rasmi, Unit Strategi (ECP) dan lain–lain yang berkaitan bagi memastikan FC bersedia menghadapi Liga Malaysia musim 2021.


“Jadi MFL turut mengambil kira berkenaan Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 (FIFA dan AFC) Pasukan Kebangsaan, tarikh Asian Champions League 2021 dan AFC Cup 2021 yang melibatkan tiga pasukan dari Liga Malaysia.


“Selain daripada itu, kejohanan Piala AFF Suzuki 2021 (AFF) berlangsung pada 11 April hingga 8 Mei 2021 disusuli kejohanan AFC bawah 19 tahun (B-19) akan bermula 3 sehingga 20 Mac 2021.


“Penetapan tarikh baharu Kalendar Pertandingan MFL adalah tertakluk kepada penetapan kalendar atau tarikh perlawanan peringkat antarabangsa (Pasukan Kebangsaan dan Kelab) oleh FIFA, AFC dan AFF.


“Namun begitu, sebarang pindaan terhadap kalendar, jadual dan format pertandingan Piala Sumbangsih, CIMB Liga Super, Liga Premier, Piala FA, TM Piala Malaysia dan Challenge Cup 2021 adalah tertakluk kepada kelulusan Ahli Lembaga Pengarah MFL,” katanya.


Sementara itu, Dato’ Ab Ghani turut mengesahkan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah itu juga telah meluluskan prosedur Pengambilan dan Pendaftaran Pemain dan Pegawai Asing Musim 2021 di mana prosedur ini juga telah dibentangkan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS).


“Pasukan-pasukan yang hendak mengambil dan mendaftar pegawai dan pemain asing dari luar negara hendaklah memohon secara terus melalui surat rasmi kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia dengan menyertakan maklumat seperti senarai nama Pegawai dan Pemain yang hendak didaftarkan, salinan Pasport Pegawai dan Pemain yang sah dan maklumat berkaitan negara asal dari mana kemasukan Pegawai dan pemain berkenaan,” ujarnya.


Turut diputuskan dalam mesyuarat berkenaan adalah bermula musim 2021 dan seterusnya semua pemain yang berdaftar di dalam pasukan CIMB Liga Super dan Liga Premier 2021 wajib menandatangani kontrak sebagai pemain profesional termasuk pemain pasukan-pasukan PDRM dan ATM.


Pemain profesional tempatan atau dan pemain asing mestilah menandatangani kontrak seperti disediakan dan ditetapkan oleh pihak FAM sahaja dan lain-lain kontrak adalah tidak diterima.


Dato' Ab Ghani berharap, agar segala perancangan MFL bagi musim 2021 ini akan berjalan lancar dan bersama-sama berdoa supaya situasi COVID-19 di negara ini akan bertambah baik.


#MFL #LigaMalaysia2021



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.terengganusebelas.com/2020/11/mfl-umum-kalendar-liga-malaysia-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Karsten Nitzel Ketua Jurulatih Pasukan Selangor Untuk Kempen Liga Malaysia 2021

Karsten Nitzel Ketua Jurulatih Pasukan Selangor Untuk Kempen Liga Malaysia 2021

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 427 hits
Persatuan Bolasepak Selangor hari ini mengumumkan pelantikan Karsten Nitzel sebagai ketua jurulatih pasukan Red Giants untuk kempen Liga Malaysia 2021 Jurulatih berusia 52 tahun berasal dari Jerman dan pernah bermain untuk pasukan Freiburg ...
Tarikh Tarikh Penting Liga Malaysia 2021

Tarikh Tarikh Penting Liga Malaysia 2021

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 475 hits
Buat para peminat bolasepak tanah air Malaysian Football League telah mengumumkan Kalendar Liga Malaysia 2021 yang akan bermula pada bulan Februari tahun depan Kalendar ini mengandungi tarikh tarikh penting perjalanan liga liga kejohanan ke...
Nikon Malaysia Menghentikan Operasi Bermula 1 Januari 2021

Nikon Malaysia Menghentikan Operasi Bermula 1 Januari 2021

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 243 hits
Impak Covid 19 ke atas pelbagai industri dapat kita lihat di mana mana sahaja Saban hari ada sahaja tular di media sosial individu yang kehilangan kerja Bagi peminat fotografi di Malaysia Nikon 8211 satu nama besar industri ini akan menghen...
Malaysia S Economy Projected To Grow Up To 7 5 Next Year Says Government As It Tables Expansionary 2021 Budget

Malaysia S Economy Projected To Grow Up To 7 5 Next Year Says Government As It Tables Expansionary 2021 Budget

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 271 hits
Malaysia s economy is projected to rebound with a growth between 6 5 per cent and 7 5 per cent next year said the government on Friday as it unveiled an expansionary budget geared towards a recovery from COVID 19 The government led by Prime...
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 394 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Finas Umum Filem Roh Mewakili Malaysia Calon Anugerah Oscars

Finas Umum Filem Roh Mewakili Malaysia Calon Anugerah Oscars

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 339 hits
PUTRAJAYA Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia hari ini berbesar hati mengumumkan filem Roh mewakili negara ke Anugerah Academy ke 93 pada tahun depan Menurut kenyataan agensi itu cereka tempatan terbitan syarikat produksi Kuman Pict...
Playstation Asia Umum Ps 5 Pada Harga Rm1 869 Pra Tempahan Bermula Pada 12 November Di Malaysia

Playstation Asia Umum Ps 5 Pada Harga Rm1 869 Pra Tempahan Bermula Pada 12 November Di Malaysia

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 507 hits
Akhirnya PS5 akan dilancarkan di Malaysia 11 Disember ini dengan harga bermula RM1 869 00 Sony umum tarikh pelancaran PS5 SONY Interactive Entertainment hari ini mengumumkan tarikh pelancaran serta tanda harga untuk konsol terbaharu keluara...
Senarai Kumpulan Penerima Vaksin Covid 19 Di Malaysia Tahun 2021

Senarai Kumpulan Penerima Vaksin Covid 19 Di Malaysia Tahun 2021

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 322 hits
Susulan makluman daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia bahawa terdapat 11 calon vaksin Covid 19 yang berada pada peringkat ujian klinikal fasa 3 setakat 13 November lalu beberapa rundingan dengan pengeluar vaksin Covid 19 kini sudah berada ...
Peruntukan Jasa Malaysia 81 Juta Dalam Bajet Belanjawan 2021

Peruntukan Jasa Malaysia 81 Juta Dalam Bajet Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 544 hits
SOURCE appeared first on Melalui pembentangan Budget Belanjawan 2021 kerajaan Malaysia berbesar hati mengumumkan peruntukan untuk fungsi jabatan hal ehwal khas jasa diwujudkan semula selepas dibubarkan sebelum ini dengan bajet baru sebesar ...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

My Duty Role As Src Director Only Existed In Name Shahrol Tells Court

Taman Tema Genting Highland

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Tuah Adzmi Zack Zakwan Adikkk Muna Shahirah Wani Syaz Nurul Iman Ya Raya Chord

Neoclassical Apartments Interior Decor Inspirations



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Tadabbur Surah Surah Lazim Qarin Persiapan Mencari Lailatulqadar

Singo Pear Manfaat Pada Kesihatan Dan Petua Redakan Batuk

10 Malam Akhir Ramadan 2024 Kelebihan Tarikh Amalan Sunat

Cara Daftar Lalamove Online Driver Motor Dan Kereta

Hablun Minallah By Dr Hm Rakib S H M Ag Nurul Ikhlas Pekanbaru

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan