Siapa Saudara Khairul Nizam Yang Membuatkan Ramai Rakyat Malaysia Menangis
Semangat Luar Biasa OKU Saudara Khairul Nizam buat rakyat malaysia menangis!!!
Assalamualaikum. Hai semua. Tidak semua insan dilahirkan dengan sempurna. Diri ini berasa sangat bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan yang sempurna. Saudara khairul Nizam. Siapa dia yang membuatkan rakyat malaysia menangis hanya dengan semangat luar biasa OKU nya?? Apakah kaitannya dengan kemampuan 3 jarinya yang membuatkan beliau sangat berjaya dalam kerjaya dan kehidupannya??
Saudara Khairul Nizam merupakan pengasas Jamu Mall. Jika dapat dilihat laman webnya, ternyata ianya sangat berjaya menambat hati pelbagai pihak usahawan untuk menjual produk di dalam laman webnya. Kejayaan demi kejayaan yang beliau kecapi dengan kemampuan 3 jari membuatkan beliau kelihatan sangat istimewa dan tambahan pula beliau merupakan seorang OKU.
Tak kenal maka tak cinta. Untuk mengenali beliau lebih jauh, boleh la meninton luahan hati nya di facebook beliau. Sangat terkesan dan terharunya dengan ayat-ayat yang terkeluar dari bicaranya, pastinya anda juga akan merasa hiba dan sayu melihat pahit jerih dan payah nya beliau untuk sampai ke tahap sekarang.
Diusia 30 .. dengan keadaan cacat .. aku bersyukur dengan kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan banyak negara aku dan sampai.. yg paling best aku dapat sediakan rumah meeah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...
Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??
Lihatlah aku ...
kehidupan aku dulu tak macam ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .
Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..
Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...
Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !!
Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...
Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..
Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yang kuat , kasih sayang yang hebat , keberanian yang tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua pasukan aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!! "Pesanan saudara Khairul Nizam.
Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!
Nak kenal saudara Khairul Nizam, jom follow dia.
FB : https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/
PAGE : https://www.facebook.com/Jamumallcom/
IG : https://www.instagram.com/hyekhairul/Website : https://jamumall.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.khatyaiman.com/2019/05/siapa-saudara-khairul-nizam-yang-membuatkan-ramai-rakyat-malaysia-menangis.html