Mesti Rasa Nak Menangis Bila Tengok Drama Rindu Kasih
Mesti Rasa Nak Menangis Bila Tengok Drama Rindu Kasih. Assalamualaikum semua ! Lama dah tak cerita tentang drama yang akak follow. Rindu Kasih, drama yang baru akak ikuti dah nak masuk episod 12 dah pun tinggal beberapa episod saja lagi sebelum berakhir. Menarik dengan lakonan yang mantap daripada pelakon.
Sinopsis DramaSelepas ditinggalkan Shida, kehidupan Khalid menjadi tidak keruan bersama anak mereka, Salina yang berusia beberapa bulan. Untuk menyara anak kecilnya, Khalid terpaksa bekerja.
Khalid membesarkan Salina seorang diri dan merahsiakan tentang Shida, yang telah ditahan polis kerana menjual dadah.
Zamani meminta Amir memanggil Khalid dan Salina untuk bertemu dengannya di mana Zamani membuat permintaan terakhir kepada Halijah untuk mengahwinkan Amir dengan Salina.
Amir akur menikahi Salina kerana amanah ayahnya, walaupun tanpa restu si ibu. Apakah suratan yang akan tertulis buat Salina dan Amir?
Rindu KasihEpisod: 15
Tarikh Tayangan: 16 November 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Disney+ Hotstar
Penulis Skrip: K. Adlie & Shaza Talib
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: P&D Pictures Sdn Bhd
Watak Pelakon
Izzue Islam sebagai Amir
Ummi Nazeera sebagai Salina
Nafiz Muaz sebagai Hisham
Amyza Aznan sebagai Shida
Arash Mohd sebagai Khalid
Shazia Rozaini sebagai Huda
Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah
Ezzaty Abdullah sebagai Murni
Kenapa Korang Kena Tonton?Drama ni pada akak perlu korang tonton sebab isu yangdipaparkan memang banyak berlaku dalam masyarat kita. Dendam, benci, yang memang tak pernah padam dalam diri manusia. Biasanya yang menjadi mangsa adalah anak-anak.
Umie Nazirah memang best bawa wataknya. Begitu juga dengan Fazlina Ahmad Daud yang membawa watak ibu mertua yang membenci menantunya disebabkan dendam lama. Sampaikan kita yang tengok pun rasa sangat benci dan geram.
Akak memang tak suka sangat follow drama yang banyak episodnya. Lambat nak tunggu habis. Drama ni 15 episod, okay lah.
Kalau korang tak sempat nak follow waktu siarannya. Boleh je tengok melalui Disney Hotstar. Sekarang ni kan pelanggan Astro boleh dapat Disney Hotstar ni free. Eh! Bukan promote yer....sekadar memberitahu kalau korang tak tahu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azirahman.com/2022/12/mesti-rasa-nak-menangis-bila-tengok-drama-rindu-kasih.html